Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]
UtamaNASIONALVaksin: Sultan Johor titah...

Vaksin: Sultan Johor titah guru perlu jadi contoh, lindungi murid - pakdin.my

Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar hari ini bertitah para guru perlu menjadi contoh serta melindungi murid dan bukan membahayakan mereka dengan menolak untuk menerima vaksin COVID-19.

Sultan Ibrahim menerusi hantaran di laman Facebook rasmi baginda bertitah hal ini kerana pengambilan vaksin adalah penting dan perlu dipertingkatkan bagi mencapai sasaran imuniti kelompok di negara ini, seterusnya berupaya membendung penularan jangkitan.

“Kakitangan awam termasuk golongan guru perlu memahami betapa pentingnya pengambilan vaksin untuk melindungi diri, keluarga serta masyarakat. Guru-guru patut jadi contoh dan melindungi anak murid, bukannya membahayakan mereka, apatah lagi sesi persekolahan akan dibuka tidak lama lagi.

“Saya dan keluarga juga sudah lengkap mengambil dua dos vaksin. Jangan mudah terpengaruh dengan golongan antivaksin sebagaimana saya tegaskan sebelum ini. Percayalah pakar perubatan kita yang bertauliah. Mereka yang menolak vaksin tanpa sebab sahih seolah-olah merelakan diri dijangkiti,” titah baginda.

Baginda dalam pada itu bertitah agar semua rakyat Johor dapatkan suntikan vaksin dengan segera, supaya boleh kembali bekerja, berniaga dan menjalani kehidupan seperti biasa.

Semalam, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim menitahkan Pengarah Pendidikan Negeri Johor dan seramai 779 guru di negeri ini yang dilaporkan menolak untuk menerima vaksin COVID-19 menghadap baginda dalam masa terdekat.

Titah itu susulan daripada Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya negeri Mazlan Bujang memberitahu Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor semalam terdapat golongan guru yang menolak pemberian vaksin.

Sehingga 19 Ogos, seramai 45,448 atau 96.26 peratus guru di Johor telah menerima dos pertama dan seramai 23,746 guru sudah lengkap menerima kedua-dua dos suntikan vaksin.

— BERNAMA

Bernama menyediakan sumber terkini maklumat berita sahih dan komprehensif kepada umum dan agensi media. Berita kami dipaparkan di laman web www.bernama.com ; siaran BERNAMA TV: Saluran Astro 502, Saluran unifi TV 631, Saluran MYTV 121 IFLIX; dan siaran Bernama Radio di frekuensi FM93.9 bagi Lembah Klang, Johor (FM107.5), Kota Kinabalu (FM107.9) and Kuching (FM100.9).

Ikuti kami media sosial :

Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio

Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio

Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial

TikTok : @bernamaofficial

Facebook Comments

Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] Kangar dilanda ribut, rumah dan gerai bazar Ramadan rosak

Tinjauan mendapati, banyak premis jualan makanan dan minuman serta premis menjual pakaian bagi menyambut Aidilfitri rosak selepas bumbung dan gerai mereka diterbangkan angin ribut. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/163010

Mahkamah jenayah Kuwait jatuhkan hukuman penjara 10 Tahun ke atas Jho Low

Pihak Pendakwa Raya juga mendakwa mereka sebagai “kumpulan penjenayah terancang" telah melakukan pengubahan wang haram dalam mata wang China, iaitu sebanyak 343 juta Renminbi (RM4.95 bilion), dan mengetahui bahawa dana itu adalah hasil daripada jenayah, kecurian wang dan pelaburan dana sovereign fund Malaysia. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162999

[VIDEO] Malaysia benam Hong Kong 2-0, tutup siri aksi persahabatan dengan bergaya

Ia kemenangan kedua skuad Harimau Malaya bimbingan Kim Pan Gon, dalam jendela perlawanan antarabangsa FIFA dari 20-28 Mac selepas mengatasi Turkmenistan 1-0 di venue sama, Khamis lepas. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162987

[VIDEO] MINDEF terima 50 ambulans, perkasa tahap perkhidmatan Kor Kesihatan ATM

Penerimaan aset-aset berkenaan adalah amat penting untuk mutu perkhidmatan Kor Kesihatan ATM dapat dipertingkatkan agar hal ehwal anggota akan terus menjadi keutamaan. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162976

Isteri maut, suami kritikal keracunan makan ikan buntal

“Siasatan dibuat mendapati, ikan yang dipesan mereka datang daripada seorang nelayan di Endau, Mersing dan diproses oleh pengedar di Batu Pahat. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162963

[VIDEO] Pelukis pelan didakwa hantar komunikasi jelik

Muhammad Firdaus Embong, 39, selaku orang kena saman (OKS) didakwa menggunakan aplikasi Facebook 'Firdaus Embong' untuk membuat dan memulakan penghantaran komunikasi berbentuk gambar dan teks yang jelik sifatnya dengan niat untuk menyakiti hati orang lain BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162952

[VIDEO] Detik-detik kubah Masjid Tifatul runtuh ketika Salat Tarawih, 14 Jemaah cedera

Akibatnya, sekurang-kurangnya 14 mangsa dcedera dan 5 daripadanya dikejarkan ke hospital berhampiran, akibat kecederaan parah. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162939

[VIDEO] Mahkamah Rayuan benar permohonan Ahmad Zahid dapatkan pasport secara kekal

Menerusi afidavit sokongan, Ahmad Zahid berkata hakim Mahkamah Tinggi terkhilaf dan salah dalam menggunakan budi bicara ketika menolak permohonannya untuk mendapatkan dokumen itu secara kekal. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162928

[VIDEO] Pemilihan UMNO Bawa Gelombang Baharu, Bersama Rapatkan Saf Demi Pengukuhan – Zahid

Saya harus bersama-sama dengan mereka untuk membina kekuatan baharu dan merapatkan saf barisan kepimpinan di setiap peringkat,” katanya. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162918

Soon Huat-Shevon kempunan raih gelaran Terbuka Switzerland

Soon Huat-Shevon yang turun sebagai pilihan keenam kejohanan terpaksa akur, apabila penampilannya pada musim ini disekat Jiang Zhen dan Wei Ya BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162907

[VIDEO] Bencana alam melanda tiga kawasan di Sumatera Barat mengakibatkan seorang maut

Sementara itu, puting beliung melanda Desa Lubuk Begalung di Lakitan Nagari Selatan, Kecamatan Lengayang, Kabupaten Pesisir Selatan BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162896

[VIDEO] APMM Kelantan tahan empat bot, 31 nelayan Vietnam ceroboh perairan negara

Keempat-empat bot juga tidak memiliki permit untuk menangkap ikan di bawah Akta Perikanan 1985. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162883