back to top
Peristiwa menjadi pengajaran
More

    👳‍♀️ Pak Din @ pakdin.my

    “Kalau ada yang patah hati, tolong maafkan saya”- Remy Ishak

    Berita pernikahan Hero Malaya, Remy Ishak ternyata mengundang reaksi ramai peminat wanita terutama di laman sosial. Ramai dilihat yang terhibur dengan pelbagai reaksi yang ditonjolkan oleh para peminat Remy.

    Terbaru, menerusi video yang dimuat naik di Instagram, Remy sempat memuat naik video menunjukkan reaksi peminatnya tatkala mengetahui dia ingin mendirikan rumah tangga.

    Walaupun video tersebut hanya bersifat gurauan semata-mata. Remy memohon maaf kepada peminat sekiranya ramai yang patah hati dengan keputusannya untuk bernikah.

    Menerusi video tersebut, dapat dilihat seorang wanita yang kecewa dan sedih dengan perkhabaran pernikahan Remy, malah turut kedengaran lagu Hati Yang Kau Sakiti nyanyian Rossa yang dimainkan.

    “Saya tahu mereka semua adalah peminat dan penyokong yang bergurau untuk menceriakan hari saya, tapi kalau ada yang betul-betul patah hati, tolong maafkan saya,” tulisnya.

    Remy Ishak selamat diijabkabulkan dengan wanita pilihan hatinya, Ezza Yusof. Pernikahan yang dilakukan secara tertutup itu diadakan di Masjid Negara, Sabtu lalu.

    Get new posts by email:

    ⫻ Berkaitan

    📠 Terkini

    🔥 Popular

    Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

    Enjoy this blog? Please spread the word :)

    Send this to a friend