Maybank: 158088200693
PayPal: [email protected]

Maybank: 158088200693
PayPal: [email protected]

S’pura, AS setuju tingkatkan kerjasama keselamatan siber dalam sektor awam, pertahanan & kewangan - pakdin.my

S’pura, AS setuju tingkatkan kerjasama keselamatan siber dalam sektor awam, pertahanan & kewangan - pakdin.my

SINGAPURA: Amerika Syarikat dan Singapura memeterai tiga Memorandum Persefahaman (MOU) untuk meluaskan kerjasama dalam keselamatan siber, umum Perdana Menteri Lee Hsien Loong pada Isnin (23 Ogos).

MOU itu merangkumi bidang keselamatan siber dalam sektor awam, pertahanan serta kewangan.

Ia dicapai sempena lawatan rasmi Naib Presiden AS Kamala Harris ke Singapura selama tiga hari di mana beliau ingin memperdalam kerjasama dua hala dalam beberapa bidang termasuk pertahanan dan keselamatan siber.

MOU pertama ditandatangani oleh Ketua Eksekutif Agensi Keselamatan Siber Singapura (CSA), David Koh, dan Pengarah Agensi Keselamatan Siber dan Keselamatan Prasarana AS (CISA) Jen Easterly. Ia adalah peluasan kepada MOU serupa yang ditandatangani pada 2016.

MOU itu menetapkan kerjasama dalam bidang-bidang seperti pertukaran maklumat secara berkala mengenai ancaman siber, penyelarasan respons terhadap insiden keselamatan siber serta latihan keselamatan siber bersama, menurut CSA dalam satu kenyataan pada Isnin.

Ia juga meliputi panduan bersama berhubung trend keselamatan siber sedia ada dan amalan-amalan terbaik, kerjasama bersama dalam kegiatan membangunkan keupayaan serta meningkatkan kesedaran mengenai keselamatan siber dalam negara masing-masing.

Encik Koh berkata Singapura dan AS berkongsi “kepentingan bersama yang mendalam” dalam menambah baik kerjasama keselamatan siber. Ini terutama sekali memandangkan keselamatan siber menjadi “pendaya utama” bagi kedua-dua negara untuk memanfaatkan faedah pendigitalan untuk mengembangkan ekonomi serta meningkatkan kehidupan rakyat negara masing-masing.

Cik Easterly berkata ancaman siber yang bersifat tiada sempadan menjadikan kerjasama antarabangsa “bahagian penting” dalam pendekatan pemerintah AS untuk menangani keselamatan siber.

“MOU itu membolehkan kami memperkukuhkan kerjasama sedia ada dengan Singapura supaya kami boleh berganding bahu dengan lebih berkesan untuk sama-sama mempertahankan diri daripada ancaman-ancaman masa kini serta melindungi diri terhadap risiko masa hadapan,” ujar beliau.

BACA juga  S'pura lapor 23 kes baru COVID-19 dalam masyarakat termasuk 2 bayi

CSA menyatakan MOU itu akan diluaskan untuk meliputi bidang kerjasama baru seperti teknologi penting serta kajian dan pembangunan (R&D).

KESELAMATAN SIBER DALAM BIDANG PERTAHANAN & KEWANGAN

Secara berasingan, Kementerian Pertahanan Singapura (MINDEF) juga menandatangani satu MOU mengenai kerjasama dalam ruang siber yang bertujuan untuk menjalin kerjasama siber antara kedua-dua pihak pertahanan.

Ditandatangani pada 20 Ogos, MOU tersebut akan meningkatkan kerjasama dalm perkongsian maklumat, pertukaran teknikal dan dari operasi ke operasi serta kolaborasi dalam usaha pembangunan keupayaan serantau antara MINDEF dan Jabatan Keselamatan AS.

“Kerjasama dan pendampingan seumpama itu amat bernilai secara profesional dan membantu membina persefahaman bersama selain memudahkan perkongsian maklumat dan kerjasama antara rakan-rakan kongsi yang dipercayai dalam usaha pembangunan keupayaan,” menurut MINDEF dalam satu kenyataan pada Isnin.

MOU ketiga mengenai kerjasama keselamatan siber dimeterai antara Penguasa Kewangan Singapura (MAS) dan Jabatan Perbendaharaan AS. Ia bertujuan mengekalkan dan mengukuhkan hubungan institusi dua hala.

MOU itu, yang ditandatangani pada 11 Ogos, akan merangkumi perkongsian maklumat berkaitan sektor kewangan. Ini termasuk peraturan dan panduan keselamatan siber, insiden keselamatan siber dan ancaman risikan keselamatan siber.

Kakitangan juga akan dilatih dan melakukan lawatan sambil belajar serta kegiatan membina kecekapan. Ini termasuk menjalani latihan keselamatan siber rentas sempadan, menurut MAS dalam satu kenyataan media pada Isnin.

– CNA/FZ/fz

Berkaitan

Berkaitan

MESTI BACA

[VIDEO] Teman lelaki bunuh, bakar kekasih hamil

Suspek didakwa telah memukul, menikam dan menoreh perut mangsa sebelum membakar mayat kekasihnya pada malam kejadian dan kembali ke tempat kejadian keesokan hari membawa tong berisi petrol untuk membakar mayat itu sekali lagi. BACA seterusnya di https://pakdin.my/165235

Pembunuh Canny Ong Telah Jalani Hukuman Digantung

Bekas pencuci kabin kapal terbang, Ahmad Najib Aris dihukum gantung sampai mati pada Jumaat berikutan sabitan bersalah oleh Mahkamah Tinggi kerana merogol dan membunuh...

Hujan membasahi Kaabah selepas subuh

Jemaah Malaysia yang menetap di Hotel Abraj Al-Janadriyah turut teruja dengan hujan tersebut apabila masing-masing mengambil video dan gambar dari lobi hotel serta tingkap bilik masing-masing. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165348

[VIDEO] Ibu mengaku tidak bersalah lakukan amang seksual terhadap anak lelaki

Tertuduh yang berusia 33 tahun didakwa sebagai seorang wanita yang mempunyai hubungan amanah iaitu ibu kandung telah melakukan perbuatan tersebut ke atas dua anaknya di kediaman mereka di sebuah pangsapuri di Puncak Alam pada 8 malam. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/164496

Benarkah lelaki sukakan wanita berbadan ‘chubby’ ???

Siapa kata wanita berisi lebih sukar untuk mendapat teman lelaki untuk dijadikan pasangan hidup. Sebenarnya ramai wanita yang cantik dan kurus masih single berbanding dengan wanita yang berisi. Kenapa lelaki sukakan wanita yang berisi?

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara – Padang Rengas – Bukit Mertajam – Padang Besar

KTMB Perkenal Laluan Padang Rengas – Bukit Mertajam PADANG RENGAS – Perkhidmatan komuter Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) hari ini memperkenalkan laluan baharu antara stesen...

Cina DAP demonstrasi bantah Guru Melayu bertugas di SMJK(C) Pulau Sebang, Melaka

Dia juga mendakwa, SMJK Pulau Sebang merupakan sekolah Cina TETAPI TELAH DIJAJAH oleh Melayu memandangkan 60% daripada guru-guru di sekolah tersebut adalah guru-guru Melayu.a

[VIDEO] Reman lelaki bunuh, bakar teman wanita hamil disambung lima hari

suspek berusia 20 tahun yang merupakan bekas penuntut kolej, telah membawa mangsa menaiki kereta seterusnya bertengkar dengan wanita tersebut sebelum dipukul di kepala BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165326

TERKINI

[VIDEO] Ahmad Zahid minta MCMC pantau hantaran naratif kaum, agama melampau

Dalam soal pembangunan sebuah negara, budaya menghormati agama dan bangsa perlu diterapkan oleh semua pihak meskipun berbeza fahaman politik.- Ahmad Zahid BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165438

Hujan membasahi Kaabah selepas subuh

Jemaah Malaysia yang menetap di Hotel Abraj Al-Janadriyah turut teruja dengan hujan tersebut apabila masing-masing mengambil video dan gambar dari lobi hotel serta tingkap bilik masing-masing. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165348

Wanita maut dipercayai ditikam bekas tunang

Mangsa wanita berusia 22 tahun yang bekerja sebagai pembantu kedai ditemui terlentang di lantai dengan beberapa kesan tikaman BACA setrusnya di https://pakdin.my/165338

[VIDEO] Reman lelaki bunuh, bakar teman wanita hamil disambung lima hari

suspek berusia 20 tahun yang merupakan bekas penuntut kolej, telah membawa mangsa menaiki kereta seterusnya bertengkar dengan wanita tersebut sebelum dipukul di kepala BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165326

Pengurusan matawang ringgit

Dalam kata-kata pelabur dan penganalisa dulu, Malaysia destinasi pilihan pelaburan di rantau Asia. Malaysia was the preferred investment destination in Asia. Itu dulu lah. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165311

Bekas MB Negeri Sembilan Mohd Isa kembali sertai UMNO

"Terima kasih terima saya jadi ahli UMNO, saya tidak pernah menentang parti. BACA setrusnya di https://pakdin.my/165303

[VIDEO] Perolehan daripada LIMA ‘23 pastikan keupayaan pertahanan pada tahap optimum – Mohamad Hasan

“Sepanjang lima hari acara berlangsung, rakan pertahanan saya bertukar pandangan tentang banyak perkara. Antaranya bagaimana kita boleh terus mengukuhkan kerjasama serantau BACA setrusnya di https://pakdin.my/165294

Shereen raih emas acara 400M pada kejohanan NCAA, Colorado

Beliau yang menggalas cabaran negara pada Sukan SEA Kemboja baru-baru ini juga nyata berada dalam kelas tersendiri apabila menepati ramalan memenangi pingat emas acara 400m selepas merekodkan 52.53s. BACA setrusnya di https://pakdin.my/165285