Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]
UtamaNAJIB RAZAKSaksi patut dipenjarakan atas...

Saksi patut dipenjarakan atas kesalahan CBT dan pengubahan wang haram dana 1MDB kata peguam Najib - pakdin.my

  • Adakah anda mendapat kebenaran BNM apabila memindah berjuta-juta wang daripada 1MDB kepada pelbagai entiti?
    Saya tidak pasti.
  • Adakah anda tahu bahawa adalah satu kesalahan jika anda tidak mendapat kebenaran BNM?
    Saya tidak tahu tetapi kemungkinan, ya.
  • Adakah anda sedar bahawa anda telah melakukan pecah amanah (CBT) terhadap dana syarikat?
    Ya dari segi teknikal.
  • Secara teknikalnya ia adalah CBT dan juga pengubahan wang haram.
    Ya.

—————
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1Malaysia Development Berhad (1MDB) memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa beliau tidak pasti sama ada syarikat itu telah mendapatkan kelulusan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk memindahkan sejumlah besar wang kepada pelbagai entiti.

Mohd Hazem Abdul Rahman, 49, berkata demikian semasa pemeriksaan balas oleh peguam utama pembelaan Muhammad Shafee Abdullah pada perbicaraan bekas perdana menteri Najib Razak membabitkan RM2.3 bilion dana 1MDB.

Muhammad Shafee menyoal saksi pendakwaan ke-10 itu mengenai pinjaman USD975 juta oleh 1MDB dari Deutsche Bank untuk tujuan membeli semula saham syarikat itu daripada seorang rakan pelaburannya.

Peguam itu berkata, sebahagian daripada pinjaman itu tidak digunakan untuk tujuan sebenar tetapi telah dipindahkan dalam dua bahagian (USD223 juta dan USD475 juta) iaitu dari 1MDB Energy Holdings Limited kepada syarikat Aabar Investment PJS Ltd (Seychelles) pada September 2014 dan kemudian kepada pelbagai entiti.

Muhammad Shafee: Adakah anda tahu bahawa kebenaran diperlukan untuk pemindahan sejumlah besar wang dari Malaysia?

Mohd Hazem: Saya setuju dari segi teknikal.

Muhammad Shafee: Adakah anda mendapat kebenaran BNM apabila memindah berjuta-juta wang daripada 1MDB kepada pelbagai entiti?

Mohd Hazem: Saya tidak pasti.

Muhammed Shafee: Adakah anda tahu bahawa adalah satu kesalahan jika anda tidak mendapat kebenaran BNM?

Mohd Hazem: Saya tidak tahu tetapi kemungkinan, ya.

Muhammad Shafee: Adakah pinjaman daripada Deutsche Bank untuk tujuan tertentu dan apabila tujuan itu tidak dipenuhi, adakah anda sedar bahawa anda telah melakukan pecah amanah (CBT) terhadap dana syarikat?

Mohd Hazem: Ya dari segi teknikal.

Muhammad Shafee: Secara teknikalnya ia adalah CBT dan juga pengubahan wang haram.

Mohd Hazem: Ya.

Muhammad Shafee kemudian bertanya sama ada sesiapa telah menyiasat beliau di bawah CBT atau kesalahan pengubahan wang haram dan Mohd Hazem menjawab: Tidak.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sangat baik dengan anda,” kata peguam itu sambil menambah saksi itu patut dipenjarakan atas kesalahan CBT dan pengubahan wang haram dana tersebut.

Najib, 68, berdepan empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan rasuah berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama.

Perbicaraan di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah bersambung 13 Sept ini.

Facebook Comments

Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] MINDEF terima 50 ambulans, perkasa tahap perkhidmatan Kor Kesihatan ATM

Penerimaan aset-aset berkenaan adalah amat penting untuk mutu perkhidmatan Kor Kesihatan ATM dapat dipertingkatkan agar hal ehwal anggota akan terus menjadi keutamaan. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162976

Isteri maut, suami kritikal keracunan makan ikan buntal

“Siasatan dibuat mendapati, ikan yang dipesan mereka datang daripada seorang nelayan di Endau, Mersing dan diproses oleh pengedar di Batu Pahat. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162963

[VIDEO] Pelukis pelan didakwa hantar komunikasi jelik

Muhammad Firdaus Embong, 39, selaku orang kena saman (OKS) didakwa menggunakan aplikasi Facebook 'Firdaus Embong' untuk membuat dan memulakan penghantaran komunikasi berbentuk gambar dan teks yang jelik sifatnya dengan niat untuk menyakiti hati orang lain BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162952

[VIDEO] Detik-detik kubah Masjid Tifatul runtuh ketika Salat Tarawih, 14 Jemaah cedera

Akibatnya, sekurang-kurangnya 14 mangsa dcedera dan 5 daripadanya dikejarkan ke hospital berhampiran, akibat kecederaan parah. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162939

[VIDEO] Mahkamah Rayuan benar permohonan Ahmad Zahid dapatkan pasport secara kekal

Menerusi afidavit sokongan, Ahmad Zahid berkata hakim Mahkamah Tinggi terkhilaf dan salah dalam menggunakan budi bicara ketika menolak permohonannya untuk mendapatkan dokumen itu secara kekal. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162928

[VIDEO] Pemilihan UMNO Bawa Gelombang Baharu, Bersama Rapatkan Saf Demi Pengukuhan – Zahid

Saya harus bersama-sama dengan mereka untuk membina kekuatan baharu dan merapatkan saf barisan kepimpinan di setiap peringkat,” katanya. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162918

Soon Huat-Shevon kempunan raih gelaran Terbuka Switzerland

Soon Huat-Shevon yang turun sebagai pilihan keenam kejohanan terpaksa akur, apabila penampilannya pada musim ini disekat Jiang Zhen dan Wei Ya BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162907

[VIDEO] Bencana alam melanda tiga kawasan di Sumatera Barat mengakibatkan seorang maut

Sementara itu, puting beliung melanda Desa Lubuk Begalung di Lakitan Nagari Selatan, Kecamatan Lengayang, Kabupaten Pesisir Selatan BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162896

[VIDEO] APMM Kelantan tahan empat bot, 31 nelayan Vietnam ceroboh perairan negara

Keempat-empat bot juga tidak memiliki permit untuk menangkap ikan di bawah Akta Perikanan 1985. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162883

[VIDEO] 3 pendaki terkandas di Gunung Liang diselamatkan

Kesemua mangsa tidak dapat turun ke kaki bukit atas faktor cuaca dan laluan merintangi sungai telah dinaiki air disebabkan hujan lebat berterusan BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162873

[VIDEO] Dua jemaah pada Subuh maut akibat tanah runtuh ketika berada di dalam tandas masjid di Agam

Ketika ditemui seorang telah meninggal dunia, dan seorang lagi dalam keadaan kritikal BACA seerusnya di: https://pakdin.my/162861

[VIDEO] 60 mangsa banjir dipindah ke PPS di Taiping

Banjir berpunca daripada hujan lebat berterusan melebihi dua jam dan melibatkan kawasan perumahan yang rendah BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162851