UtamaGAYA HIDUPJDT rangkul kejuaraan Liga...

JDT rangkul kejuaraan Liga Super kali kelapan berturut-turut - pakdin.my

Jaringan hatrik penyerang import prolifik Bergson da Silva mengesahkan kejuaraan Liga Super kali kelapan berturut-turut buat Johor Darul Ta’zim (JDT) selepas membenam Sri Pahang FC 3-0 di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, malam ini.

Kemenangan ke-16 dicatat JDT selepas 20 perlawanan kempen musim 2021 itu meletakkan skuad Harimau Selatan 14 mata di hadapan Terengganu FC di kedudukan kedua, sekali gus menamatkan saingan perebutan takhta lebih awal dengan berbaki dua aksi liga.

Pada aksi itu, JDT memulakan perlawanan dengan cemerlang apabila mendahului seawal minit kesembilan berpunca kesilapan pemain tengah Mohammad Zazrir Naim Abdul Rani melakukan hantaran yang disambar Bergson sebelum melepasi kawalan tiga pertahanan untuk merembat gol pembukaan pasukan.

Pemain import kelahiran Brazil berusia 30 tahun itu kemudian bijak mencari ruang untuk memanfaatkan hantaran ‘maut’ daripada luar kotak penalti Safiq Rahim yang hanya melintasi pertahanan lawan sekali gus menjadikan kedudukan 2-0 pada minit ke-41.

Empat minit berselang, gerakan satu-dua antara Bergson dan seorang lagi pemain import Gonzalo Cabrera disempurnakan sebaiknya oleh Bergson yang melepaskan rembatan deras menewaskan penjaga gol Muhammad Daniel Wafiuddin Sa’dun untuk melengkapkan jaringan hatrik peribadi keduanya musim ini.

Jaringan hatrik Bergson itu menyaksikan beliau kini mendahului senarai penjaring terbanyak Liga Super dengan mengumpul 23 gol, memintas penyerang Selangor FC Ifedayo Olusegun yang berada di kedudukan kedua dengan perbezaan satu gol.

Kekalahan Sri Pahang FC pula menyaksikan skuad Tok Gajah masih belum selamat daripada zon penyingkiran apabila kini berkongsi 17 mata bersama Melaka United di kedudukan ke-10, empat mata di hadapan pasukan kedua tercorot Perak FC, dengan baki tiga perlawanan perlu ditempuh.

Sementara itu Sarawak United terus berada di landasan tepat untuk mendakap kejuaraan Liga Premier musim ini selepas mencatat kemenangan 3-0 ke atas PDRM FC di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur di Cheras.

Penyerang import dari Brazil Sandro da Silva meledak dua gol masing-masing pada minit ke-18 dan ke-36 sebelum giliran Uche Agba mencetak nama sebagai penjaring sekali gus mengumpul 13 gol keseluruhan untuk memberi saingan dalam perebutan gelaran pejaring terbanyak.

Pemain Terengganu FC II (TFC) Jordan Mintah mendahului senarai penjaring terbanyak Liga Premier dengan mencetak 14 gol setakat ini.

Sementara itu, Negeri Sembilan FC yang kini berada di kedudukan kedua liga dikejutkan dengan kekalahan 1-2 di tangan Kelantan FC sekali gus memberi tamparan dalam usaha memintas kedudukan Sarawak United FC.

Pada aksi di Stadium Sultan Muhammad IV di Kota Bharu, pemain tengah Syed Sobri Syed Mohamad meletakkan pasukan tuan rumah di hadapan pada minit ke-12, namun Negeri Sembilan FC pantas menyamakan kedudukan menerusi Francis Kone empat minit kemudian.

Seakan perlawanan tamat dengan keputusan seri, Nurshamil Abd Ghani muncul wira pasukan apabila meledak gol kemenangan pada minit ke-89 untuk membantu pasukan naik ke tangga kelima dengan mengumpul 24 mata.

Negeri Sembilan FC kini mengumpul 32 mata, lima mata di belakang pendahulu Sarawak United FC dengan berbaki tiga perlawanan perlu ditempuh.

Facebook Comments

Berkaitan

Baca Juga

‘Aplikasi Telegram Perdana Menteri digodam’ – ini jawapan dari Pasukan Telegram

Ini jawapan dari Pasukan Telegram: PUBLIC NOTICE  On 8 August , we were informed that personal Telegram accounts belonging to the Prime Minster and Minister of...

Siapakah peguam bela bagi kes rasuah Datuk Latif Bandi..??

Rupanya peguam dia adalah Datuk Hasnal Rezuar Merican.. Siapakah Datuk Hasnal Rezuar Merican..? Rupanya beliau adalah Timbalan Ketua UMNO Bahagian Selayang.Dan menetap di Dun Kuang dalam...

Bot penyeludup karam: Seorang maut, 35 pendatang asing diselamatkan

SHAH ALAM  -- Seramai 35 pendatang asing tanpa izin berjaya diselamatkan kru sebuah kapal tangki milik syarikat swasta, manakala seorang lelaki maut apabila bot...

Rakyat M’sia berkahwin di selatan Thailand dinasihat tidak lengahkan pendaftaran perkahwinan

PHUKET -- Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla Muhammad Ridzuan Abu Yazid menasihati rakyat Malaysia yang berkahwin di Selatan Thailand supaya tidak melengahkan pendaftaran perkahwinan...

[VIDEO] Ribut terbangkan khemah program Bekwoh Keluarga Malaysia

TUMPAT: Kawasan Pantai Geting, di sini, yang turut menjadi lokasi penganjuran Program Bekwoh Keluarga Malaysia Rakyat Tumpat dilanda ribut malam tadi 6 Ogos 2022. Keadaan...

[VIDEO] Tiga beranak maut kemalangan

KOTA KINABALU: Tiga beranak maut apabila kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki mereka terbabas lalu merempuh tiang jejambat di Jalan Lintas malam tadi 5...

Remaja parah langgar gajah

Kluang: Seorang pelajar sekolah menengah parah selepas terlanggar gajah di Jalan Kota Tinggi - Kluang berdekatan Taman Seri Impian di sini, kira-kira 10 malam...

[VIDEO] Perahu karam, budak lelaki 10 tahun hilang

KUCHING – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun dikhuatiri lemas apabila perahu yang dinaikinya bersama keluarga karam dalam kejadian di Sungai Rajang, Kapit, di...

Potong rambut panjang, pelajar serang guru guna batang penyapu

HULU SELANGOR: Seorang pelajar Tingkatan Tiga tergamak menyerang gurunya dengan batang penyapu sambil mengugut mahu membunuh mangsa, kerana berang rambutnya yang panjang dipotong dalam...

[VIDEO] Rasuah: Pemilik syarikat agensi pekerjaan antara dua lelaki ditahan SPRM

KUALA LUMPUR -- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang ahli perniagaan dan seorang pemilik syarikat agensi pekerjaan bagi membantu siasatan kes rasuah mendapatkan...

“Hitam Celah Paha Itu Normal” Doktor Pakar Bidas Jualan Produk Pemutih Buat Ibu Mengandung

Pakar perubatan, Dr. Amirah Azlan membidas segelintir peniaga produk kewanitaan yang gemar membuat promosi ‘murahan’ dengan memberi teori-teori kesihatan salah serta menakutkan masyarakat. Seperti yang...

Alat sulit ‘patah’ ketika hubungan intim ganas dengan isteri

JAKARTA – Alat sulit seorang lelaki berusia 50 tahun di Indonesia dipercayai ‘patah’ melakukan hubungan intim ganas bersama isterinya, lapor portal berita MailOnline semalam. Lelaki...