UtamaNASIONALSijil vaksinasi MySejahtera bukan...

Sijil vaksinasi MySejahtera bukan ‘sijil cikai’ - pakdin.my

Sejak sijil vaksinasi menjadi ‘dokumen’ penting untuk melakukan aktiviti harian, golongan antivaksin antara yang resah gelisah kerana tidak memiliki sijil berkenaan.

Sehubungan dengan itu, terdapat segelintir daripada mereka bertindak untuk membeli sijil vaksinasi bagi membolehkan mereka ‘bebas’ dan mendapat kelebihan seperti mereka yang sudah melengkapkan dua dos suntikan vaksin.

Rentetan itu, seorang pengarah filem mendedahkan bahawa penggunaan sijil palsu tidak mungkin membolehkan seseorang melepasi sempadan negara.

Menurut laporan, Chong Keat Aun yang berkongsi pengalamannya ke luar negara berkata, ‘cakap-cakap’ sesetengah pihak bahawa MySejahtera hanyalah sekadar sijil domestik adalah tidak benar.

“Ada kawan yang berpendapat bahawa sijil palsu dapat digunakan untuk urusan di sempadan.

“Jika anda betul-betul ingat MySejahtera tidak ada gunanya di luar negara, maka anda akan menderita dan terkandas di pintu keluar dan pintu masuk,” katanya.

Keat Aun yang berkongsi pengalamannya keluar negara berkata, semasa urusan pendaftaran masuk (check-in) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), petugas akan bertanya sama ada sudah menerima vaksin sebelum meminta bukti ujian PCR tempoh 48 jam dalam MySejahtera.

Katanya, hanya maklumat digital mengenai vaksinasi dalam MySejahtera diterima dan sijil dalam bentuk kertas adalah ditolak.

“Semasa memasuki pintu pelepasan dan pasport diperiksa, pegawai juga akan meminta menunjukkan aplikasi tersebut.

“Bila tiba di tempat pesta filem di Switzerland, petugas acara turut meminta maklumat vaksinasi dan ujian PCR dalam aplikasi tersebut.

Pengarah filem dari Kedah itu juga berkongsi pengalamannya semasa balik ke tanah air apabila terserempak seorang warganegara Malaysia yang kehilangan telefon pintar, sekali gus tidak dapat membuka aplikasi itu.

“Walaupun dia membawa sijil kertas, tetapi ia ditolak oleh petugas.

“Mujur rakannya ada satu lagi telefon dan penumpang itu segera membeli kad telefon dan memuat turun MySejahtera.

“Selepas hampir setengah jam, maklumat MySejahtera berjaya ditunjukkan dan barulah dia boleh menaiki pesawat untuk pulang ke Malaysia,” ujarnya.

Facebook Comments

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] Tekong darat pandu 30km lawan arus bawa enam PATI dicekup

GUA MUSANG: Tindakan nekad seorang tekong darat yang membawa enam pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar melarikan diri sejauh 30 kilometer (km) membawa...

Parti Liar: Datuk Seri antara 25 ditahan di Janda Baik

BENTONG -- Seorang lelaki bergelar “Datuk Seri” merupakan antara 25 individu ditahan dalam “parti liar” di sebuah banglo yang disewa di Janda Baik, Bukit...

[VIDEO] Tiga lelaki ditemukan lemas di perairan Pulau Redang

KUALA TERENGGANU: Tiga daripada lima lelaki yang dilaporkan hilang selepas bot nelayan dinaiki mereka karam di perairan Pulau Redang Isnin lepas, ditemukan lemas hari...

Imigresen serbu ‘private party’ dan penempatan kontena warga asing

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah menjalankan satu siri operasi penguatkuasaan ke atas dua premis berbeza di Kuala Lumpur pada 6 Ogos 2022. Siri operasi...

‘Aplikasi Telegram Perdana Menteri digodam’ – ini jawapan dari Pasukan Telegram

Ini jawapan dari Pasukan Telegram: PUBLIC NOTICE  On 8 August , we were informed that personal Telegram accounts belonging to the Prime Minster and Minister of...

Siapakah peguam bela bagi kes rasuah Datuk Latif Bandi..??

Rupanya peguam dia adalah Datuk Hasnal Rezuar Merican.. Siapakah Datuk Hasnal Rezuar Merican..? Rupanya beliau adalah Timbalan Ketua UMNO Bahagian Selayang.Dan menetap di Dun Kuang dalam...

Bot penyeludup karam: Seorang maut, 35 pendatang asing diselamatkan

SHAH ALAM  -- Seramai 35 pendatang asing tanpa izin berjaya diselamatkan kru sebuah kapal tangki milik syarikat swasta, manakala seorang lelaki maut apabila bot...

Rakyat M’sia berkahwin di selatan Thailand dinasihat tidak lengahkan pendaftaran perkahwinan

PHUKET -- Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla Muhammad Ridzuan Abu Yazid menasihati rakyat Malaysia yang berkahwin di Selatan Thailand supaya tidak melengahkan pendaftaran perkahwinan...

[VIDEO] Ribut terbangkan khemah program Bekwoh Keluarga Malaysia

TUMPAT: Kawasan Pantai Geting, di sini, yang turut menjadi lokasi penganjuran Program Bekwoh Keluarga Malaysia Rakyat Tumpat dilanda ribut malam tadi 6 Ogos 2022. Keadaan...

[VIDEO] Tiga beranak maut kemalangan

KOTA KINABALU: Tiga beranak maut apabila kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki mereka terbabas lalu merempuh tiang jejambat di Jalan Lintas malam tadi 5...

Remaja parah langgar gajah

Kluang: Seorang pelajar sekolah menengah parah selepas terlanggar gajah di Jalan Kota Tinggi - Kluang berdekatan Taman Seri Impian di sini, kira-kira 10 malam...

[VIDEO] Perahu karam, budak lelaki 10 tahun hilang

KUCHING – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun dikhuatiri lemas apabila perahu yang dinaikinya bersama keluarga karam dalam kejadian di Sungai Rajang, Kapit, di...