UtamaNUSANTARASingapura benar jururawat hospital...

Singapura benar jururawat hospital awam pakai tudung - pakdin.my

Sumbangan untuk memastikan blog ini terus bersiaran: Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]

Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong hari ini mengumumkan mulai November, jururawat yang beragama Islam dalam sektor kesihatan awam akan dibenar memakai tudung ketika menyarung seragam.

“Saya harap keputusan ini akan diterima semua pihak dengan semangat yang betul, dalam usaha memperkukuh iltizam bersama kita dalam masyarakat berbilang kaum dan agama di Singapura,” kata Lee ketika berucap sempena Rapat Umum Hari Kebangsaan (NDR) 2021 di sini hari ini.

Pada ucapan sempena NDR, selain bahasa Inggeris, perdana menteri kebiasaannya menyampaikan ucapan dalam tiga bahasa termasuk Melayu dan Cina.

“Kami membuat penyesuaian dengan berhati-hati demi memastikan keharmonian kaum dan agama. Pendekatan seperti ini, telah membuahkan hasil sejak bertahun-tahun.

“Dan kita harus meraikan apa yang telah dicapai: negara yang benar-benar berbilang kaum, berbilang agama, dengan kita dapat menyaksikan banyak interaksi mesra dan akrab dipaparkan setiap hari,” kata Lee.

Pada 2014, Lee berkata terdapat perbincangan hangat mengenai isu tudung dan mesyuarat tertutup dengan pemimpin Islam juga telah diadakan.

“Kami berbincang dari hati ke hati. Mereka menjelaskan kepada saya mengapa pemakaian tudung  penting dan mereka berharap kerajaan akan membenarkan.

“Saya beritahu mereka bahawa saya amat memahami, tetapi saya juga menjelaskan perspektif kerajaan dan alasan di sebalik dasar kami,” kata Lee.

Namun, disebabkan beberapa alasan yang kukuh, Lee berkata untuk Angkatan Bersenjata Singapura (SAF), Home Team dan perkhidmatan beruniform yang lain, kerajaan perlu mengekalkan status quo.

“Mereka menegakkan undang-undang Singapura. Mereka mesti selalu dilihat menjalankan tugas mereka tanpa rasa takut atau pilih kasih.

“Sebab itu mereka semua memakai seragam yang sama,” katanya.

Bagi jururawat di hospital, Lee berkata, “di sini, percanggahan pendapat cuba diseimbangkan.”

“Satu pihak adalah kemahuan rakyat manakala kerajaan di satu lagi sudut, memikirkan aspek kebangsaan dan perkara spesifik.

“Pesakit di hospital pula sering resah dan adakalanya tenat. Jadi penting mereka melihat semua jururawat dalam keadaan sama. Pada satu lagi aspek pula, jururawat juga perlu berasa selesa untuk menjaga semua pesakit, tidak kira agama atau kaum.

“Kami tidak mahu perbezaan ketara dalam isu pakaian seragam jururawat menjadikan perkara ini sukar ditangani,” kata Lee.

Perdana Menteri berkata, beliau sudah pun memberitahu pemimpin Islam pada 2014 bahawa dasar kerajaan dalam sektor penjagaan kesihatan tidak bermakna ia tidak boleh diubah.

“Kami memantau keadaan. Jika dan bila kita mahu mengubah pendirian, kami pasti akan terlebih dulu memastikan semua – Islam dan bukan Islam – faham serta dapat menerima perubahan itu. Kerana bertudung bukan saja isu membabitkan orang Islam. Ia isu negara,” katanya.

Sejak itu, Lee berkata kerajaan sentiasa memantau rapat keadaan berkenaan.

“Kami memantau secara menyeluruh dan mendapati interaksi antara kaum kekal mesra. Bukan Islam semakin terbiasa dan dapat menerima wanita Islam memakai tudung.

“Dalam banyak keadaan juga wanita Islam yang bertudung kebanyakannya selesa bersosial dengan lelaki dan wanita bukan Islam. Terutamanya di hospital, sesetengah staf yang tidak berseragam, memakai tudung dan kami melihat hubungan mereka dengan pesakit serta rakan, begitu baik,” katanya.

Lee berkata, lagi pun generasi muda Singapura kini sudah lebih menerima perbezaan agama dan kaum.

Facebook Comments

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] Enam maut, lapan cedera van terbabas turun dari Genting Highlands – Bomba

Kemalangan tersebut berlaku pada 1:15 tengah hari semasa van yang dinaiki 14 orang itu sedang dalam perjalanan turun dari Genting Highlands. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162266

[VIDEO] Ada perkara tak ikut peraturan dalam perolehan vaksin, kata PM

“sebahagiannya tidak mengikuti peraturan dan ditandatangani oleh menteri tanpa persetujuan Jabatan Peguam Negara”. BACA selanjutnya di https://pakdin.my/162255

[VIDEO] Gempa 7.4 SR gegar Turkiye dan Syria

Wilayah Gaziantep, Sanliurfa, Diyarbakır, Adana, Adıyaman, Malatya, Osmaniye, Hatay dan Kilis terjejas teruk akibat gempa itu. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162244

[VIDEO] SPRM siasat ‘sedekah’ ketika PRU15, jejaki 90 pengundi

Kami sedang mengenal pasti 90 individu di Terengganu yang dikatakan menerima pemberian wang untuk mengundi sebuah parti politik pada PRU15 BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162224/?amp=1

[VIDEO] Mahkamah Sepanyol tolak rayuan waris Sulu

Azalina berkata, keputusan mahkamah perlembagaan itu mengesahkan pembatalan Stampa sebagai penimbang tara. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162214/?amp=1

[VIDEO] PATI bina penempatan haram lengkap sekolah di Nilai

Ketika serbuan dilakukan, terdapat cubaan daripada beberapa orang PATI meloloskan diri daripada ditahan pegawai Imigresen malah ada yang cuba bertindak agresif BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162197/?amp=1

Pembersihan UMNO: Tunggu sesi akan datang, kata Ahmad Zahid

Ketika diasak pemberita di Majlis Personaliti Quran di sini pada Isnin, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata: "Tunggulah, dalam sesi akan datang" BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162188/?amp=1

[VIDEO] Tindakan pantas guru selamatkan lebih 20 murid jatuh laut akibat jeti runtuh

Ketua UMNO Bahagian Semporna, Abdul Manan Indanan, berkata pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian itu dan semua murid serta guru dilaporkan selamat. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162171/?amp=1

Tuntutan waris Kumpulan Sulu: Mahkamah Luxembourg tarik balik perintah sekatan

Azalina juga menegaskan bahawa kerajaan Malaysia tidak akan berhenti berusaha untuk melindungi dan memelihara kepentingan negara. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162161/?amp=1

[VIDEO] Letupan Masjid di Peshawar, Pakistan: 46 maut, 150 cedera

Perdana Menteri Shebaz Sharif mengatakan letupan itu sebagai serangan bunuh diri. Terdapat sekurang-kurangnya 260 orang di masjid itu BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162150/?amp=1

Gopal Sri Ram, Pendakwa kes 1MDB juga menjadi pembela Firma Guaman yang disaman 1MDB – tidak ada konflik kepentingan?

Orang yang diupah oleh kerajaan untuk mendakwa mereka yang menimbulkan masalah kepada 1MDB juga adalah orang yang sama diupah oleh salah satu firma yang didakwa atas kelalaian sehingga menyebabkan berlaku masalah kepada 1MDB BACA seterusnya di:https://pakdin.my/162140

2 kali gagal singkir pendakwa raya, akhirnya tersingkir sendiri

Terdapat akuan bersumpah dari bekas TS Apandi Ali bahawa Sri Ram pernah datang ke rumah memberitahu bahawa Mahathir meminta beliau bantu untuk membuat tangkapan ke atas DSN. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162129