UtamaDUNIAKadar vaksinasi dalam kalangan...

Kadar vaksinasi dalam kalangan wanita hamil masih rendah di Thailand - pakdin.my

BANGKOK – Thailand hari ini menggesa semua wanita hamil untuk mendapatkan vaksin COVID-19 kerana jumlah ibu mengandung yang belum divaksinasi dijangkiti virus kian meningkat.

Jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA) Dr Taweesin Visanuyothin berkata, kadar vaksinasi dalam kalangan wanita hamil yang usia kandungan sekurang-kurangnya 12 minggu,  amat rendah iaitu hanya 7.5 peratus atau 37,357 daripada 500,000 orang.

Beliau berkata hanya 3,533 atau 0.7 peratus sahaja yang lengkap dua dos.

“Sehingga kini, kira-kira 2,542 ibu hamil telah dijangkiti COVID-19 dan 68 kematian dilaporkan.

“Kadar wanita hamil yang dijangkiti COVID-19 telah meningkat sejak Jun,” katanya pada taklimat harian COVID-19 di sini hari ini.

Sementara itu, menurut jurucakap kerajaan Thanakorn Wangboonkongchana, Thailand akan mendapatkan tambahan 9.9 juta dos vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech.

Beliau berkata, Kabinet hari ini meluluskan 4.7 bilion baht bagi mendapatkan vaksin mRNA tambahan untuk kumpulan berisiko tinggi termasuk pesakit yang mempunyai masalah kesihatan, wanita hamil, dan kanak-kanak berusia antara 12 hingga 17 tahun.

Terkini, kabinet meluluskan pembelian 100 juta dos vaksin COVID-19 termasuk 61 juta dos AstraZeneca, Sinovac (19 juta dos) dan Pfizer-BioNTech (20 juta dos).

Sejak vaksinasi dimulakan pada 28 Februari, Thailand telah menyuntik 30.95 juta dos termasuk 585,758 dos tambahan atau ‘booster’.

Sepanjang 24 jam lalu, Thailand mencatatkan 15,972 kes baharu COVID-19 dan 256 kematian, menjadikan jumlah jangkitan keseluruhan meningkat kepada 1.19 juta dan 11,399 kematian.

Taweesin berkata kadar kematian dalam negara adalah 0.97 peratus.

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] Atlet Muay Thai meninggal dunia selepas pukulan knockout petinju Malaysia

Seorang petinju dari Thailand yang juga peserta Kejohanan Muay Thai Ambang Merdeka 2022 di Padang Kolej Uniti Kota Bharu, Kampung Che Deris Badang di...

[VIDEO] Penduduk teruja lihat kapal layar mewah RM200 juta

KANGAR: Kehadiran sebuah kapal layar mewah jenis Adastra di muara Sungai Perlis, Kuala Perlis berhampiran Terminal Feri Kuala Perlis, di sini semalam ternyata menggamit...

[VIDEO] Pengkid berpakaian ihram boleh terkeluar Islam, murtad

Tindakan individu didakwa wanita berperwatakan lelaki berpakaian ihram di hadapan kaabah boleh dianggap sebagai mempersendakan agama yang dikhuatiri menyebabkan dia terkeluar daripada landasan Islam. Mufti...

[VIDEO] Salman Rushdie parah, perlukan mesin ventilator

WASHINGTON – Pengarang Britain, Salman Rushdie terpaksa menggunakan mesin ventilator dan berisiko hilang satu mata selepas ditikam berulang kali dalam satu acara kesusasteraan di...

[VIDEO] Tekong darat pandu 30km lawan arus bawa enam PATI dicekup

GUA MUSANG: Tindakan nekad seorang tekong darat yang membawa enam pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar melarikan diri sejauh 30 kilometer (km) membawa...

Parti Liar: Datuk Seri antara 25 ditahan di Janda Baik

BENTONG -- Seorang lelaki bergelar “Datuk Seri” merupakan antara 25 individu ditahan dalam “parti liar” di sebuah banglo yang disewa di Janda Baik, Bukit...

[VIDEO] Tiga lelaki ditemukan lemas di perairan Pulau Redang

KUALA TERENGGANU: Tiga daripada lima lelaki yang dilaporkan hilang selepas bot nelayan dinaiki mereka karam di perairan Pulau Redang Isnin lepas, ditemukan lemas hari...

Imigresen serbu ‘private party’ dan penempatan kontena warga asing

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah menjalankan satu siri operasi penguatkuasaan ke atas dua premis berbeza di Kuala Lumpur pada 6 Ogos 2022. Siri operasi...

‘Aplikasi Telegram Perdana Menteri digodam’ – ini jawapan dari Pasukan Telegram

Ini jawapan dari Pasukan Telegram: PUBLIC NOTICE  On 8 August , we were informed that personal Telegram accounts belonging to the Prime Minster and Minister of...

Siapakah peguam bela bagi kes rasuah Datuk Latif Bandi..??

Rupanya peguam dia adalah Datuk Hasnal Rezuar Merican.. Siapakah Datuk Hasnal Rezuar Merican..? Rupanya beliau adalah Timbalan Ketua UMNO Bahagian Selayang.Dan menetap di Dun Kuang dalam...

Bot penyeludup karam: Seorang maut, 35 pendatang asing diselamatkan

SHAH ALAM  -- Seramai 35 pendatang asing tanpa izin berjaya diselamatkan kru sebuah kapal tangki milik syarikat swasta, manakala seorang lelaki maut apabila bot...

Rakyat M’sia berkahwin di selatan Thailand dinasihat tidak lengahkan pendaftaran perkahwinan

PHUKET -- Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla Muhammad Ridzuan Abu Yazid menasihati rakyat Malaysia yang berkahwin di Selatan Thailand supaya tidak melengahkan pendaftaran perkahwinan...