UtamaNASIONALMPPK, GPMS percaya Noraini...

MPPK, GPMS percaya Noraini pilihan tepat terajui KPT - pakdin.my

Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) dan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), berpandangan pemilihan Datuk Seri Dr Noraini Ahmad untuk kekal menerajui Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) adalah tepat bagi meneruskan kesinambungan dasar diperkenalkan sebelum ini.

Presiden MPPK, Muhammad Amir Asyraf Mohd Sabri, berkata pihaknya percaya Noraini akan dapat memimpin KPT dengan lebih baik dan meneruskan dasar yang memberi manfaat kepada mahasiswa.

“Sepanjang pentadbiran beliau sebelum ini, pelbagai inisiatif diberikan KPT terutama bagi memastikan pelajar terus dibantu dalam menghadapi pandemik COVID-19. Antara inisiatif diperkenalkan ialah pengurangan yuran sejak tahun lalu dan diteruskan pada tahun ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, inisiatif lain seperti Pakej Bantuan Pelan Data dan Peranti Pelajar IPT, diskaun tiket penerbangan khas untuk mahasiswa dan Foodbank Siswa, manakala awal Ogos lalu, KPT bekerjasama dengan Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) untuk vaksinasi warga pengajian tinggi bagi mewujudkan gelembung kampus.

“Inisiatif ini akan membolehkan suasana di kampus menjadi lebih selamat. Beberapa institusi pengajian tinggi (IPT) juga dijadikan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) dan dijangka diperluaskan bagi memastikan negara mencapai imuniti kelompok.

“MPPK yakin dengan kepemimpinan Noraini yang sentiasa menunjukkan keprihatinan terhadap agenda mahasiswa. Kami peluang menyampaikan hasrat mahasiswa melalui 11 Agenda Memartabat Mahasiswa kepada KPT dan tujuh daripada agenda itu telah direalisasikan oleh KPT,” katanya.

Sementara itu, Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Mohd Alif Anas Md Noor berkata, keputusan Perdana Menteri mengekalkan Noraini di KPT akan melancarkan proses penyusunan semula dan meneruskan agenda yang telah disusun untuk berdepan implikasi COVID-19.

Katanya, fokus utama KPT kini adalah mewujudkan gelembung selamat di IPT dengan mencapai tahap imunisasi kelompok secara maksimum melalui program vaksinasi mahasiswa agar universiti dapat dibuka semula dan mahasiswa boleh meneruskan pembelajaran secara bersemuka.

Mohd Alif Anas berkata, tuduhan kononnya Noraini gagal sebagai menteri KPT adalah tuduhan liar yang cuba mengkucar-kacirkan keadaan sedangkan sepanjang perkhidmatannya, menteri itu berjaya mewujudkan beberapa program berkesan untuk menjaga kebajikan mahasiswa.

Antaranya, subsidi data internet kepada mahasiswa, komputer riba percuma untuk pelajar B40, bantuan ‘one-off’ RM200 setiap mahasiswa dengan peruntukan RM168.3 juta dan pengurangan yuran asrama serta yuran perkhidmatan universiti awam sebanyak 15 peratus dengan peruntukan RM72 juta yang memanfaatkan 841,464 mahasiswa.

“KPT berjaya menjaga kebajikan mahasiswa sewaktu gelombang pertama dan kedua pandemik COVID-19 dengan memberi makanan dan keperluan asas percuma kepada mahasiswa terkandas di IPT sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan dengan memperuntukkan RM52.2 Juta.

“KPT juga berjaya mengatur proses penghantaran pulang mahasiswa ke kampung dengan kos tambahan RM17.4 juta membabitkan 57,565 pelajar seluruh negara,” katanya menambah, Universiti Malaya juga mendapat manfaat apabila 1,562 mahasiswanya dihantar pulang ke kampung termasuk 386 dari Sabah dan Sarawak.

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] Zahid bebas: Sampul apa boleh muatkan wang S$600,000 dan tiga saksi tak boleh dipercayai – Hakim

Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dilepas dan dibebaskan daripada 40 pertuduhan rasuah yang dihadapinya berhubung Sistem Visa Luar Negara...

[VIDEO] Pemandu lori maut, tujuh anggota polis cedera kemalangan di PLUS berhampiran R&R Pedas-Linggi

REMBAU: Seorang pemandu lori maut manakala tujuh anggota polis cedera dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Kilometer 225, Lebuhraya Utara-Selatan (arah utara) berhampiran Hentian...

[VIDEO] Peguam Anwar, Zulkifli Noodin suruh Azilah reka-cipta Akuan Bersumpah palsu sabitkan Najib, Rosmah bunuh Altantuya

Datuk Zulkifli Noordin bekas peguam Anwar berkata beliau membuat keputusan untuk meletakkan jawatan sebagai peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana tidak mahu bersubahat mengikut...

[VIDEO] Remaja hilang dari rumah ditemui lemas

MIRI – Seorang remaja perempuan yang dilaporkan hilang dari rumahnya sejak petang semalam ditemui lemas di Pantai Coco Cabana di sini petang tadi 19...

[VIDEO] Gunung berapi lumpur di Tabin, Lahad Datu ‘meletus’

KOTA KINABALU: Sebuah gunung berapi lumpur di Taman Hidupan Liar Tabin, Lahad Datu memuntahkan lumpur dalam jumlah yang banyak selepas dipercayai 'meletus' pagi tadi. Fenomena...

[VIDEO] Gempa Taiwan: Kereta api tergelincir, kedai serbaneka runtuh

TAIPEI: Gempa bumi sekuat 6.8 skala Richter yang menggegarkan tenggara Taiwan hari ini menyebabkan kereta api tergelincir dari landasan dan sebuah kedai serbaneka runtuh. Setakat...

[VIDEO] Laungan ‘bubar’ desak PM segerakan PRU

Laungan “bubar” bergema di Stadium Titiwangsa ketika Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob memulakan ucapan sempena pelancaran jentera Pemuda Barisan Nasional 2022. “Saya dengar dengan jelas,...

[VIDEO] “Sikit jer lagi” : Ikrar Ismail bubar parlimen dalam tempoh terdekat bakal jadi mimpi ngeri oposisi?

Sekali lagi di hadapan hadirin dalam majlis Pelancaran Jentera Pemuda Barisan Nasional (BN) 2022, PM9 Ismail Sabri Yaakob yang juga naib presiden UMNO berjanji...

Soalan untuk Ketua Hakim Negara

Tun Maimun kata, jangan komen penghakiman yang telah dibuat. Tanya dulu, apatah lagi jika ia bukan bidang kita. Sebenarnya banyak kali ditanya. Tetapi tidak...

[VIDEO] Andai UMNO-BN kembali berkuasa, Zahid ikrar tiada langkah politik balas dendam

Kerana setiap rakyat (tidak kira apa warna politiknya) berhak mendapat keadilan secara saksama. Inilah UMNO-BN, koalisi politik berprinsip dan akan terus teguh mempertahan dan mendaulatkan...

[VIDEO] Suami berselisih faham ahli sindiket dadah punca ejen kosmetik diculik, dilarikan ke Thailand

KOTA BHARU – Perselisihan faham antara suami kepada seorang ejen jualan kosmetik dengan ahli sindiket dadah dipercayai menjadi punca wanita itu diculik di rumahnya...

[VIDEO] Pedas dan tajam kritikan Dr. Tawfik : “Kekuatan politik Bersatu itu palsu, PAS kena sedar!”

https://youtu.be/Tq0IaeIDlLs Apapun kami percaya penganalisis sohor dari Universiti Malaya, Dr. Tawfik Yaakub ini menegur PAS dengan penuh kasih sayang walaupun nadanya keras. Jika melihat kepada siri-siri...