Maybank: 158088200693
PayPal: [email protected]

Maybank: 158088200693
PayPal: [email protected]

Di sebalik kemerdekaan: Orang kampung pernah diculik, polis dibunuh – Veteran polis - pakdin.my

Di sebalik kemerdekaan: Orang kampung pernah diculik, polis dibunuh – Veteran polis - pakdin.my

Orang kampung diculik, polis dibunuh dan ada yang hilang entah ke mana.
Keadaan itu dinyatakan veteran polis Lans Koperal (B) Abdullah Othman, 92, ketika mengenang kesengsaraan sebelum negara mencapai kemerdekaan terutama ketika komunis mengganas di Terengganu.

Mengingat kembali peristiwa itu, Abdullah berkata pada 1949, beliau yang bertugas di Balai Polis Kemasik telah diminta membantu anggota polis diserang komunis di Kampung Air Jernih, Kemasik, namun apabila tiba di situ, pasukan yang bertempur itu didapati telah meninggal dunia.

“Melihat darah dan mayat empat rakan setugas membuatkan saya sentiasa sedih sehingga ke hari ini. Kejam sungguh mereka (komunis), bukan sahaja membunuh anggota polis malah menculik orang kampung yang tidak berdosa.

“Kebanyakan mangsa culik tidak dapat ditemukan sama ada hidup atau mati,” katanya ketika ditemui Bernama di kediamannya di Taman Sri Penunjuk, Kijal di sini.

Abdullah yang pernah diminta beberapa pihak untuk berkongsi pengalaman di sebalik kemerdekaan tanah air berkata jerit perih melawan komunis dan perjuangan memastikan negara bebas daripada cengkaman penjajah berbaloi apabila tiba 31 Ogos 1957.

Ia bukan sahaja tarikh keramat tetapi juga ‘tuah’ apabila beliau dapat menyaksikan sendiri bendera Union Jack diturunkan pada malam 30 Ogos 1957 dan mendengar laungan ‘Merdeka’ pada keesokannya oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

“Ketika itu perasaan bercampur baur antara gembira dan syukur. Ada yang tidak dapat menahan sebak dan kami saling berpelukan. Air mata saya mengalir laju terkenang pelbagai kejadian di depan mata,” katanya dalam nada sebak.

Menurut Abdullah, beliau berpeluang hadir ke majlis menurunkan Union Jack di Padang Kelab Selangor itu kerana sedang menjalani latihan polis hutan di Dusun Tua, Hulu Langat, Selangor dan ditugaskan untuk mengawal keselamatan bermula 30 Ogos 1957 dan keesokannya di Stadium Merdeka.

BACA juga  Sahabat kopi

Abdullah berkata selepas selesai bertugas di Padang Kelab Selangor, beliau dan anggota polis lain bergegas ke Depot Polis Kuala Lumpur (kini Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur) untuk membuat persiapan sebelum ke Stadium Merdeka dan setiba di sana, beliau dapat menyaksikan ribuan orang ramai telah hadir untuk bersama-sama menyambut kemerdekaan.

“Tepat pukul 12 tengah malam 31 Ogos 1957, ramai yang menyaksikan detik bersejarah itu. Saya cukup berbangga apabila melihat bendera kita dinaikkan dan berkibar megah. Sudah terlalu lama rasanya (ketika itu) menunggu saat pembebasan tanah air.

“Ketika pengisytiharan itu, saya ditempatkan di lokasi yang agak tinggi untuk memantau keadaan keselamatan dan dari situ dapat dilihat dengan jelas seluruh keadaan di dalam stadium,” katanya dengan menambah pengalaman tersebut paling berharga buat dirinya sepanjang berkhidmat lebih 30 tahun dalam pasukan Polis Diraja Malaysia.

Bapa kepada empat anak yang saban tahun akan menonton semula detik kemerdekaan menerusi televisyen mahupun Internet dengan ditemani isteri Ngah Jusoh, 88, berkata usia lanjut bukan penghalang untuk beliau menzahirkan semangat patriotik.

Berdasarkan prinsip itu, beliau sering menghiasi kawasan rumahnya dengan Jalur Gemilang sekali gus mengingatkan generasi kini tentang pentingnya menghayati kemerdekaan negara.

Berkaitan

Berkaitan

MESTI BACA

[VIDEO] Teman lelaki bunuh, bakar kekasih hamil

Suspek didakwa telah memukul, menikam dan menoreh perut mangsa sebelum membakar mayat kekasihnya pada malam kejadian dan kembali ke tempat kejadian keesokan hari membawa tong berisi petrol untuk membakar mayat itu sekali lagi. BACA seterusnya di https://pakdin.my/165235

Pembunuh Canny Ong Telah Jalani Hukuman Digantung

Bekas pencuci kabin kapal terbang, Ahmad Najib Aris dihukum gantung sampai mati pada Jumaat berikutan sabitan bersalah oleh Mahkamah Tinggi kerana merogol dan membunuh...

[VIDEO] Ibu mengaku tidak bersalah lakukan amang seksual terhadap anak lelaki

Tertuduh yang berusia 33 tahun didakwa sebagai seorang wanita yang mempunyai hubungan amanah iaitu ibu kandung telah melakukan perbuatan tersebut ke atas dua anaknya di kediaman mereka di sebuah pangsapuri di Puncak Alam pada 8 malam. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/164496

Hujan membasahi Kaabah selepas subuh

Jemaah Malaysia yang menetap di Hotel Abraj Al-Janadriyah turut teruja dengan hujan tersebut apabila masing-masing mengambil video dan gambar dari lobi hotel serta tingkap bilik masing-masing. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165348

Benarkah lelaki sukakan wanita berbadan ‘chubby’ ???

Siapa kata wanita berisi lebih sukar untuk mendapat teman lelaki untuk dijadikan pasangan hidup. Sebenarnya ramai wanita yang cantik dan kurus masih single berbanding dengan wanita yang berisi. Kenapa lelaki sukakan wanita yang berisi?

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara – Padang Rengas – Bukit Mertajam – Padang Besar

KTMB Perkenal Laluan Padang Rengas – Bukit Mertajam PADANG RENGAS – Perkhidmatan komuter Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) hari ini memperkenalkan laluan baharu antara stesen...

[VIDEO] Reman lelaki bunuh, bakar teman wanita hamil disambung lima hari

suspek berusia 20 tahun yang merupakan bekas penuntut kolej, telah membawa mangsa menaiki kereta seterusnya bertengkar dengan wanita tersebut sebelum dipukul di kepala BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165326

Cina DAP demonstrasi bantah Guru Melayu bertugas di SMJK(C) Pulau Sebang, Melaka

Dia juga mendakwa, SMJK Pulau Sebang merupakan sekolah Cina TETAPI TELAH DIJAJAH oleh Melayu memandangkan 60% daripada guru-guru di sekolah tersebut adalah guru-guru Melayu.a

TERKINI

[VIDEO] Ahmad Zahid minta MCMC pantau hantaran naratif kaum, agama melampau

Dalam soal pembangunan sebuah negara, budaya menghormati agama dan bangsa perlu diterapkan oleh semua pihak meskipun berbeza fahaman politik.- Ahmad Zahid BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165438

Hujan membasahi Kaabah selepas subuh

Jemaah Malaysia yang menetap di Hotel Abraj Al-Janadriyah turut teruja dengan hujan tersebut apabila masing-masing mengambil video dan gambar dari lobi hotel serta tingkap bilik masing-masing. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165348

Wanita maut dipercayai ditikam bekas tunang

Mangsa wanita berusia 22 tahun yang bekerja sebagai pembantu kedai ditemui terlentang di lantai dengan beberapa kesan tikaman BACA setrusnya di https://pakdin.my/165338

[VIDEO] Reman lelaki bunuh, bakar teman wanita hamil disambung lima hari

suspek berusia 20 tahun yang merupakan bekas penuntut kolej, telah membawa mangsa menaiki kereta seterusnya bertengkar dengan wanita tersebut sebelum dipukul di kepala BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165326

Pengurusan matawang ringgit

Dalam kata-kata pelabur dan penganalisa dulu, Malaysia destinasi pilihan pelaburan di rantau Asia. Malaysia was the preferred investment destination in Asia. Itu dulu lah. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165311

Bekas MB Negeri Sembilan Mohd Isa kembali sertai UMNO

"Terima kasih terima saya jadi ahli UMNO, saya tidak pernah menentang parti. BACA setrusnya di https://pakdin.my/165303

[VIDEO] Perolehan daripada LIMA ‘23 pastikan keupayaan pertahanan pada tahap optimum – Mohamad Hasan

“Sepanjang lima hari acara berlangsung, rakan pertahanan saya bertukar pandangan tentang banyak perkara. Antaranya bagaimana kita boleh terus mengukuhkan kerjasama serantau BACA setrusnya di https://pakdin.my/165294

Shereen raih emas acara 400M pada kejohanan NCAA, Colorado

Beliau yang menggalas cabaran negara pada Sukan SEA Kemboja baru-baru ini juga nyata berada dalam kelas tersendiri apabila menepati ramalan memenangi pingat emas acara 400m selepas merekodkan 52.53s. BACA setrusnya di https://pakdin.my/165285