PERISTIWA SEBAGAI PENGAJARAN
More

    Palestin namakan lokasi di Barat Gaza sebagai “Jalan Malaysia”

    Majlis Perbandaran Gaza menamakan sebatang jalan di barat bandar raya itu sebagai ‘Jalan Malaysia’ sempena Hari Kebangsaan negara ke-64, pada Selasa.

    Berkongsi pengumuman itu menerusi kemas kini Twitter, Pengerusi Pertubuhan Kebudayaan Palestin Malaysia (PCOM), Muslim Imran menyatakan, papan tanda jalan berkenaan terletak di bulatan Ansar, ke barat Bandar Raya Gaza.

    Beliau turut menyiarkan gambar proses memasang papan tanda jalan itu yang tertulis dalam bahasa Arab dan Inggeris.

    Papan tanda itu turut menyatakan, Malaysia adalah negara Asia Tenggara yang mendapat kemerdekaan daripada Britain pada 31 Ogos 1957 dengan Kuala Lumpur menjadi ibu negara.

    “Malaysia mempunyai peranan penting dalam menyokong perjuangan Palestin. Ia sentiasa mendesak supaya Israel menamatkan pendudukan serta penduduk Palestin mendapat kembali semua hak mereka. Ia juga menentang usaha menjadikan pendudukan Israel sebagai suatu yang normal,” menurut papan tanda itu.

    Sementara itu, ketika dihubungi Bernama, Muslim berkata ini adalah kali pertama sesuatu tempat atau lokasi utama di Palestin dinamakan sempena nama Malaysia.

    “Ia dianggap sebagai menghargai solidariti Malaysia dengan Palestin. Rakyat Palestin di Gaza terutamanya, yang menerima sumbangan dari Malaysia serta komitmen negara ini terhadap perjuangan Palestin sejak sekian lama,” katanya.

    Muslim turut menegaskan penghargaan dan penghormatan ini sudah pasti akan memberikan impak positif terhadap hubungan dua hala antara Malaysia dan Palestin.

    Katanya, hubungan kedua-dua negara akrab sejak sekian lama dan  persahabatan semakin utuh tahun demi tahun.

    “Keputusan Malaysia menamakan sebatang jalan di Kuala Lumpur sebagai ‘Jalan Palestin’ dan tindakan Palestin menamakan pula sebatang jalan di Gaza sebagai ‘Jalan Malaysia’, adalah satu langkah kebaikan bagi menandakan hubungan akrab ini.

    “Diharapkan suatu hari ini, rakyat Malaysia dapat melawat Palestin  yang bebas dan merdeka,” katanya.

    Tahun lalu, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur menamakan Jalan Raja Laut 1 sebagai Jalan Palestin, sebagai simbol sokongan Malaysia terhadap perjuangan penduduk Palestin.

    Berkaitan

    PAS uses UMDAP to attack UMNO

    Kumpulan Pemisah serang kereta polis di Songkhla, seorang maut

    Lelaki dari Narathiwat ditembak mati di Yala

    Kerajaan Uttarakhand, India tutup Lebih 50 Madrasah ‘haram’ dalam dua minggu

    Terkini

    Hasrat PN gabung dengan UMNO hanya mimpi di siang hari – Ahmad Zahid

    PAS menggunakan UMDAP untuk menyerang UMNO

    Popular

    Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

    [Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

    6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

    Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

    [Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas

    Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

    # Tag

    Serangan ke atas penduduk Buddha Thai di Kampung Chang Tor, Narathiwat

    Popular

    Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

    [Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

    6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

    6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

    Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

    [Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas

    Terkini

    Hasrat PN gabung dengan UMNO hanya mimpi di siang hari – Ahmad Zahid

    PAS menggunakan UMDAP untuk menyerang UMNO

    PAS uses UMDAP to attack UMNO

    Kumpulan Pemisah serang kereta polis di Songkhla, seorang maut

    Lelaki dari Narathiwat ditembak mati di Yala

    Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

    Pelajar tingkatan 3 diserang sawan selepas hisap vape