PERISTIWA SEBAGAI PENGAJARAN
More

    Tiada keperluan pertikai keabsahan PM melalui usul undi percaya

    KUALA LUMPUR   — Tiada keperluan untuk pembangkang mempertikaikan keabsahan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan penilaian dibuat Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam memilih perdana menteri menerusi usul undi percaya di Dewan Rakyat. 

    Pakar Perlembagaan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Prof Madya Dr Muhammad Fathi Yusof berkata ini memandangkan keabsahan seseorang perdana menteri itu wujud apabila beliau telah dipilih oleh Yang di-Pertuan Agong, mengangkat sumpah jawatan dan menandatangani Surat Cara Pelantikan.

    Perdana menteri yang ada sekarang telah melalui kesemua proses itu, katanya.

    “Selepas lalui proses itu maka Perdana Menteri dapat keabsahan untuk laksana tanggungjawab. Kalau kita kata perlu tunggu usul undi percaya di Dewan Rakyat baru dapat keabsahan, maknanya arahan perdana menteri sebelum pengesahan di Parlimen itu tidak sah dan kedudukannya boleh dipertikai.

    “Bahkan (kedudukan) menteri-menteri pun boleh dipertikai kerana perdana menteri yang nasihat Yang di-Pertuan Agong untuk melantik mereka, jadi saya rasa itu satu hujah yang tidak wajar,” katanya ketika menjadi panel webinar Intelektual Negara bertajuk “Usul Undi Percaya: Masih Perlukah?’ di sini, malam tadi.

    Walaupun Yang di-Pertuan Agong memiliki kuasa yang luas dalam melantik Perdana Menteri, Muhammad Fathi menjelaskan bahawa Seri Paduka sangat teliti dan mengambil kira pandangan semua pihak dalam membuat sebarang keputusan memilih pemimpin nombor satu negara itu.

    Jelas beliau, ini dibuktikan dengan tindakan Seri Paduka meminta Surat Akuan Bersumpah dari Ahli Parlimen, memanggil 114 Ahli Parlimen bagi mengesahkan kepercayaan mereka terhadap Ahli Dewan Rakyat yang telah dicalonkan sebagai perdana menteri serta mengadakan perbincangan dengan Majlis Raja-Raja Melayu.

    “Dari sudut Perlembagaan Persekutuan dan sudut moral sah, dari sudut kaedahnya sangat kukuh maka sepatutnya semua pihak terima dan move forward (terus mara)  jangan tengok belakang terus bergerak laksanakan tanggungjawab,” katanya.

    Menerusi pendekatan diambil Datuk Seri Ismail Sabri dalam mengadakan perbincangan dengan pembangkang dan memberi ruang kepada mereka untuk berada di dalam jawatankuasa penting kerajaan, Muhammad Fathi berpendapat ia merupakan satu perkara yang amat besar.

    “Jadilah pembangkang baik dengan ruang yang ada ini, kita nak pembangkang yang kuat supaya proses semak imbang berjalan dengan hebat, dalam keadaan pembangkang kuat dan diberi peluang terlibat gunakan ruang ada untuk beri sumbangan pada negara,” katanya.

    Senada dengan Muhammad Fathi, Pengerusi Kelab Usahawan dan Profesional Malaysia (KUPM) Datuk Dr Sr Kamarul Rashdan Salleh berkata usul undi percaya tidak wajar diteruskan kerana faktor kestabilan negara, selain kerajaan perlu menumpukan kebajikan rakyat dari pelbagai sudut.

    “Pengharapan biarlah usul undi percaya tidak berlaku, bukan kerana takut tapi dalam keadaan semua parti tiada majoriti, tapi berapa kali nak cerita benda sama,” katanya.

    Kamarul berkata polemik politik yang melanda negara ini tidak boleh diteruskan kerana ia akan menjejaskan seluruh perancangan kerajaan baharu.

    “Saya yakin Peguam Negara (Tan Sri Idrus Harun) akan memainkan peranan beliau dalam menasihati Seri Paduka tentang aspek undi percaya tidak perlu diadakan dan kerajaan perlu fokus dalam menangani pandemik COVID-19,” katanya.

    Berkaitan

    Kelulusan RUU Perkhidmatan Parlimen peristiwa penting dalam lipatan sejarah – Azalina

    Kes Ismail Sabri: SPRM tahan pengurup wang bantu siasatan

    KTMB sedia tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Utara

    Perkhidmatan ETS dari stesen Segamat bermula – Jadual perjalanan

    Terkini

    [VIDEO] Tiga agensi perketat kawalan di bandar Yala, cegah keganasan 10 hari terakhir Ramadan

    Beijing beri sokongan kepada syarikat permulaan AI Manus, dalam usaha China mencari penerus DeepSeek

    Penerima STR Fasa 2 dapat RM650 mulai Isnin 24 Mac

    Pembunuh bertopeng tembak mati penternak lembu di Pattani

    Sheryy Alhadad terkejut digelar ikon Ramadan

    Adakah seorang jurutera yang cuai bertanggungjawab melumpuhkan Heathrow?

    George Foreman, bekas juara tinju heavyweight meninggal dunia

    Popular

    Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

    6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

    [Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

    Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

    [Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas

    Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

    # Tag
    Berkaitan

    Kelulusan RUU Perkhidmatan Parlimen peristiwa penting dalam lipatan sejarah – Azalina

    Kes Ismail Sabri: SPRM tahan pengurup wang bantu siasatan

    KTMB sedia tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Utara

    Perkhidmatan ETS dari stesen Segamat bermula – Jadual perjalanan

    Popular
    NAJIB RAZAK

    Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

    6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan
    EKONOMI

    6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

    EKONOMI

    [Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

    DUNIA

    Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

    Terkini
    Pemeriksaan terperinci dilaksanakan terhadap individu, kereta, dan motosikal yang mencurigakan, terutamanya bagi mengesan bahan letupan, objek mencurigakan