UtamaNASIONALPeluang BN Menang Di...

Peluang BN Menang Di Selangor Cerah, Kata @zinmohamed - pakdin.my

Barisan Nasional (BN) berpeluang cerah merampas semula negeri Selangor daripada pembangkang pada pilihan raya umum ke-13 berdasarkan kaji selidik oleh BN Selangor.

Koordinator BN Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed berkata hasil keputusan kaji selidik itu pada minggu lepas mendapati rata-rata pengundi dari 29 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sekitar Selangor memilih BN untuk memerintah negeri tersebut.

“Hasil respons positif itu menunjukkan bahawa BN has crossed the line (melepasi garisan), bermaksud pada kertas, BN telah mendapat sokongan majoriti penduduk di Selangor kerana untuk memenangi negeri Selangor, BN perlu menang di 29 kawasan DUN daripada 56 kawasan DUN yang terdapat di Selangor,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri majlis meraikan Hari Pekerja peringkat Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di sini.

Katanya, kaji selidik itu oleh pihak ketiga yang dilantik oleh BN Selangor itu telah mendapat respons daripada penduduk setempat mengikut kategori umur, bangsa, pekerjaan dan kawasan DUN.

“Soalan yang disediakan termasuk adakah para pengundi memilih BN atau pembangkang, apakah mereka mahu mengekalkan wakil rakyat mereka yang sedia ada atau menukar kepada individu lain dan pelbagai soalan lain berkaitan pemerintahan kerajaan negeri,” katanya.

Bagaimanapun, Mohd Zin berkata hasil keputusan kaji selidik itu hanya menunjukkan indikator semasa dan bukannya jumlah yang muktamad kerana ia boleh berubah dari semasa ke semasa.

Sehubungan itu, beliau berkata BN Selangor telah bertindak proaktif dan agresif dengan menubuhkan Pusat Khidmat Rakyat Barisan Nasional (Pakar) yang boleh dihubungi pada bila-bila masa melalui talian 1-300-22-2626.

Pusat panggilan yang berperanan sebagai penghubung komunikasi antara parti dan rakyat akan menerima cadangan, aduan atau pertanyaan berhubung parti dan masalah setempat dari orang ramai, katanya.

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] Lori terbakar Km 266.3 arah Selatan dari Kuala Kangsar ke Ipoh

Kemalangan Km 266.3 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS Utara) arah Selatan dari Kuala Kangsar ke Ipoh (U) melibatkan sebuah lori terbakar yang mengakibatkan keadaan...

Myvi dipandu warga emas rempuh pasar raya

MANJUNG: Sebuah kereta Perodua Myvi hilang kawalan sebelum terbabas dan merempuh pasar raya Sakan Seri Manjung di Jalan Medan Sitiawan 1 di sini, petang...

KL City mara ke final Piala AFC

Kuala Lumpur: Kuala Lumpur City FC (KL City) mencipta sensasi apabila mara ke pentas final Piala AFC buat pertama kali sekaligus berpeluang mengulangi pencapaian...

Pengantin baharu mati sebab terlebih ‘ubat kuat’

Gara-gara terlebih makan ubat kuat atau ubat perangsang seks, suami isteri muda di Indonesia, maut. Pasangan itu ditemukan tidak bernyawa di sebuah bilik hotel di...

[VIDEO] PRU-15: Sah akan diadakan tahun ini

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sekali lagi mengesahkan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) akan diadakan pada tahun ini juga. Ahli Parlimen Bagan Datuk...

[VIDEO] PRU-15: Zahid, PM adakan pertemuan khas dengan 191 Umno bahagian

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mengadakan perjumpaan khas bersama 191 bahagian Umno hari ini. Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan...

[VIDEO] PRU15: PAS bebas guna lambang sendiri jika bersama BN kata Zahid Hamidi

“Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi sekali lagi menegaskan bahawa PAS perlu segera memutuskan kerjasamanya dengan Perikatan Nasional (PN) jika mahu terus bekerjasama dengan mereka. Tegas...

[VIDEO] PRU15: GRS setuju sokong calon BN, kata Zahid

Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bersetuju menyokong semua calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15), kata Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi. Dalam sidang...

[VIDEO] Kecoh konsert berhampiran masjid di Kedah

ALOR SETAR – Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) menegaskan pihaknya tidak pernah mengeluarkan sebarang lesen kepada penganjur sebuah festival untuk mengadakan konsert di Balai...

[VIDEO] Ahmad Zahid Sahkan Pertemuan Dengan Presiden Pas, Jawab Pelbagai Spekulasi

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan Presiden PAS, Tan Sri Haji Abdul Hadi Awang ada mengunjungi dan mengadakan pertemuan di kediamannya...

[VIDEO] Seorang meninggal dunia susulan gempa bumi di Sumatera Utara

Seorang meninggal dunia dalam gempa bumi kuat bermagnitud 6.1 yang melanda Tapanuli Utara, Sumatera Utara, Indonesia, jam 2.28 pagi waktu tempatan (3.28 pagi waktu...

[VIDEO] Bilangan penonton lebihi kapasiti stadium; 129 maut akibat rempuhan di Indonesia

JAKARTA: Menteri Koordinator Politik, Hukum dan Keamanan Indonesia Mahfud MD berkata bilangan penonton melebihi kapasiti yang dibenarkan memasuki stadium di mana rempuhan yang berlaku...