MENU

MENU

PERISTIWA SEBAGAI PENGAJARAN

OPR kekal pada 1.75 peratus – Bank Negara

KUALA LUMPUR – Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 1.75 peratus di mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) yang diadakan hari ini.

MPC menyifatkan pendirian dasar monetari adalah wajar dan akomodatif.

Selain itu, langkah-langkah fiskal dan kewangan akan terus mengurangkan kesan ekonomi terhadap perniagaan dan isi rumah serta memberikan sokongan kepada kegiatan ekonomi, kata BNM dalam satu kenyataan hari ini.

Kadar OPR itu kekal pada 1.75 peratus sejak 7 Julai, 2020.

BNM berkata berikutan keadaan pandemik yang tidak menentu, pendirian dasar monetari akan terus ditentukan oleh data dan maklumat baharu serta kesannya kepada prospek keseluruhan inflasi dan pertumbuhan dalam negeri.

Bank pusat menambah ia akan terus komited untuk menggunakan alat-alat dasarnya yang bersesuaian bagi mewujudkan keadaan yang menyokong pemulihan ekonomi yang berterusan.

Bagi ekonomi Malaysia, pelaksanaan semula langkah-langkah pembendungan di seluruh negara bagi mengekang penularan semula kes COVID-19 telah memperlahankan momentum pertumbuhan.

“Bagaimanapun, pelonggaran yang diberikan secara berperingkat baru-baru ini kepada lebih banyak sektor ekonomi untuk beroperasi, di samping kemampuan syarikat yang lebih tinggi untuk membuat penyesuaian dalam persekitaran operasi yang baharu serta sokongan dasar yang berterusan, sebahagiannya akan mengurangkan kesan tersebut dan membolehkan ekonomi terus berada pada landasan pemulihan.

“Pada masa hadapan, pelonggaran langkah-langkah pembendungan yang selanjutnya, kemajuan pesat program pemberian vaksin dalam negeri dan pengembangan permintaan global yang berterusan akan menyokong momentum pertumbuhan menjelang tahun 2022,” kata BNM.

Namun begitu, risiko terhadap prospek pertumbuhan kekal cenderung ke arah pertumbuhan menjadi lebih perlahan disebabkan oleh faktor luaran dan dalam negeri, tambahnya.

Faktor-faktor ini termasuk kelewatan dalam pelonggaran atau pelaksanaan semula langkah-langkah pembendungan secara keseluruhan yang disebabkan oleh kesan varian baharu COVID-19 yang membimbangkan serta pemulihan pertumbuhan global yang lebih rendah daripada jangkaan.

Sejak awal tahun hingga kini, purata inflasi keseluruhan ialah 2.3 peratus dan diunjurkan antara 2.0 peratus hingga 3.0 peratus pada tahun 2021.

Inflasi asas, seperti yang diukur oleh inflasi teras, dijangka kekal rendah, berpurata antara 0.5 peratus hingga 1.5 peratus untuk tahun ini, dalam keadaan lebihan kapasiti yang berterusan dalam ekonomi.

“Bagaimanapun, prospek ini terus bergantung pada perkembangan harga komoditi global dan langkah-langkah dasar bagi meringankan bebanan kos yang ditanggung oleh orang ramai.

“Namun begitu, inflasi asas dijangka kekal rendah secara relatif pada tahun 2022,” kata BNM.

Sementara itu, ekonomi global terus pulih, disokong oleh peningkatan aktiviti perkilangan dan perkhidmatan.

Menurut BNM, kekuatan pemulihan berbeza-beza merentas pelbagai negara terutamanya mengikut liputan pemberian vaksin, pelonggaran langkah-langkah pembendungan dan tahap sokongan dasar.

“Secara keseluruhan, imbangan risiko terhadap prospek pertumbuhan global cenderung ke arah pertumbuhan menjadi lebih perlahan.

“Hal ini disebabkan terutamanya oleh ketidakpastian berhubung dengan perkembangan pandemik berikutan munculnya varian yang membimbangkan dan potensi risiko volatiliti pasaran kewangan yang ketara berikutan perubahan dasar monetari ekonomi utama,” katanya. – Bernama

Berkaitan

Pelancaran Festival Songkran Betong berlansung meriah

Aaron-Wooi Yik singkir juara bertahan, hampiri gelaran sulung kejohanan Asia

BAC 2025: Aaron-Wooi Yik wakil tunggal negara di separuh akhir

亚亦君令补选 | 尤斯里亮相冷水河受瞩目 妻子亲生华裔家人出席支持

Terkini

亚亦君令补选 | 阿末扎希:国阵希盟团结一致 凝聚成一个团队出击

PRK Ayer Kuning: BN tumpu santuni pengundi, tiada ceramah besar-besaran – Ahmad Zahid

亚亦君令补选三角战 无独立人士插一脚

Popular

Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

[Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

[Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

64 remaja lelaki dan perempuan berpesta dadah di sebuah resort

Pertandingan tiga penjuru di PRK DUN Ayer Kuning

Gangguan Insulin punca kegemukan, puasa berkala turunkan rintangan, kurangkan berat badan dan gula dalam darah

Adakah terdapat kaedah untuk menyembuhkan gejala refluks asid gastrik (GERD) secara kekal?