UtamaNASIONALBORNEOCOVID: 1.02 juta lagi...

COVID: 1.02 juta lagi penduduk Sabah perlu divaksin untuk capai imuniti kelompok - pakdin.my

Sumbangan untuk memastikan blog ini terus bersiaran: Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]

Penulis yang mengikuti program vaksinasi COVID-19 untuk masyarakat pedalaman Sabah baru-baru ini melihat sendiri betapa teguhnya semangat keprihatinan masyarakat Sabah yang kekal diwarisi sejak generasi terdahulu, jelas terpancar dalam kepayahan hidup sepanjang Pandemik COVID-19 ini.
Meskipun tersisih daripada kemewahan dan permodenan, namun mereka tetap gigih berusaha mendapatkan apa sahaja maklumat terkini mengenai COVID-19 dan berkongsi maklumat yang diperolehi. Mereka juga berhubung dengan banyak pihak untuk mendapatkan bekalan vaksin bagi penduduk kampung.

Dr Rose Nani Mudin

KOTA KINABALU — Seramai 1.02 juta lagi penduduk dewasa Sabah perlu divaksin dalam usaha mencapai imuniti kelompok bagi membendung penularan COVID-19 di negeri itu, kata Pengarah Kesihatan Sabah Dr Rose Nani Mudin.

Beliau berkata setakat semalam, lebih 1.29 juta individu atau 47 peratus daripada populasi dewasa di Sabah telah melengkapkan kedua-dua dos manakala lebih 1.75 juta individu atau 63.7 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan peringkat negeri.

“Sasaran Sabah adalah untuk mencapai 80 peratus (pemberian vaksin) dos pertama dan 60 peratus bagi dos dua pada 30 Sept ini.

“Justeru, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah menggesa penduduk yang belum divaksinasi untuk datang secara jumpa terus ke mana-mana pusat pemberian vaksin terdekat manakala bagi penduduk yang tinggal di pedalaman atau kawasan sukar dicapai, boleh datang ke aktiviti ‘outreach’ di kawasan tersebut bagi mendapatkan vaksin COVID-19,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Dr Rose Nani berkata vaksin diberikan secara percuma untuk semua individu tanpa mengira taraf kewarganegaraan dan penduduk tanpa dokumen juga diminta agar segera mendapatkan vaksinasi.

Beliau turut menafikan mesej tular di media sosial yang mendakwa pemberian vaksin di Sabah dikenakan bayaran.

“Terdapat juga pihak yang menakutkan penduduk bukan warganegara dengan mengatakan mereka ditahan oleh pihak berkuasa semasa mengambil vaksin. Perkara ini adalah tidak benar.

“Tujuan utama pemberian vaksin kepada semua adalah bagi memastikan penduduk yang tinggal di Sabah selamat daripada jangkitan COVID-19,” katanya.

Dr Rose Nani juga berkata dua daerah di Sabah merekodkan pencapaian 100 peratus penduduk dewasa menerima suntikan vaksin dos pertama iaitu Beaufort dan Putatan manakala Kinabatangan adalah daerah yang mencatatkan kadar vaksinasi terendah di negeri itu.

Beliau berkata analisis data dari Hospital Queen Elizabeth turut mendapati individu tidak divaksin berdepan risiko mengalami komplikasi jangkitan COVID-19 yang teruk.

“Sejumlah 80 hingga 90 peratus pesakit di unit rawatan rapi (ICU) adalah mereka yang tidak divaksinasi. Vaksin adalah sangat penting kepada setiap individu dan ia dapat mengurangkan risiko jangkitan serta kematian,” katanya.

Facebook Comments

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] Enam maut, lapan cedera van terbabas turun dari Genting Highlands – Bomba

Kemalangan tersebut berlaku pada 1:15 tengah hari semasa van yang dinaiki 14 orang itu sedang dalam perjalanan turun dari Genting Highlands. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162266

[VIDEO] Ada perkara tak ikut peraturan dalam perolehan vaksin, kata PM

“sebahagiannya tidak mengikuti peraturan dan ditandatangani oleh menteri tanpa persetujuan Jabatan Peguam Negara”. BACA selanjutnya di https://pakdin.my/162255

[VIDEO] Gempa 7.4 SR gegar Turkiye dan Syria

Wilayah Gaziantep, Sanliurfa, Diyarbakır, Adana, Adıyaman, Malatya, Osmaniye, Hatay dan Kilis terjejas teruk akibat gempa itu. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162244

[VIDEO] SPRM siasat ‘sedekah’ ketika PRU15, jejaki 90 pengundi

Kami sedang mengenal pasti 90 individu di Terengganu yang dikatakan menerima pemberian wang untuk mengundi sebuah parti politik pada PRU15 BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162224/?amp=1

[VIDEO] Mahkamah Sepanyol tolak rayuan waris Sulu

Azalina berkata, keputusan mahkamah perlembagaan itu mengesahkan pembatalan Stampa sebagai penimbang tara. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162214/?amp=1

[VIDEO] PATI bina penempatan haram lengkap sekolah di Nilai

Ketika serbuan dilakukan, terdapat cubaan daripada beberapa orang PATI meloloskan diri daripada ditahan pegawai Imigresen malah ada yang cuba bertindak agresif BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162197/?amp=1

Pembersihan UMNO: Tunggu sesi akan datang, kata Ahmad Zahid

Ketika diasak pemberita di Majlis Personaliti Quran di sini pada Isnin, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata: "Tunggulah, dalam sesi akan datang" BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162188/?amp=1

[VIDEO] Tindakan pantas guru selamatkan lebih 20 murid jatuh laut akibat jeti runtuh

Ketua UMNO Bahagian Semporna, Abdul Manan Indanan, berkata pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian itu dan semua murid serta guru dilaporkan selamat. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162171/?amp=1

Tuntutan waris Kumpulan Sulu: Mahkamah Luxembourg tarik balik perintah sekatan

Azalina juga menegaskan bahawa kerajaan Malaysia tidak akan berhenti berusaha untuk melindungi dan memelihara kepentingan negara. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162161/?amp=1

[VIDEO] Letupan Masjid di Peshawar, Pakistan: 46 maut, 150 cedera

Perdana Menteri Shebaz Sharif mengatakan letupan itu sebagai serangan bunuh diri. Terdapat sekurang-kurangnya 260 orang di masjid itu BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162150/?amp=1

Gopal Sri Ram, Pendakwa kes 1MDB juga menjadi pembela Firma Guaman yang disaman 1MDB – tidak ada konflik kepentingan?

Orang yang diupah oleh kerajaan untuk mendakwa mereka yang menimbulkan masalah kepada 1MDB juga adalah orang yang sama diupah oleh salah satu firma yang didakwa atas kelalaian sehingga menyebabkan berlaku masalah kepada 1MDB BACA seterusnya di:https://pakdin.my/162140

2 kali gagal singkir pendakwa raya, akhirnya tersingkir sendiri

Terdapat akuan bersumpah dari bekas TS Apandi Ali bahawa Sri Ram pernah datang ke rumah memberitahu bahawa Mahathir meminta beliau bantu untuk membuat tangkapan ke atas DSN. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162129