BERITAPetak hadapan GP Itali milik Verstappen

Petak hadapan GP Itali milik Verstappen

MONZA – Pelumba Formula Satu (F1) pasukan Red Bull, Max Verstappen akan memulakan perlumbaan Grand Prix (GP) Itali di Litar Monza esok pada petak hadapan biarpun menamatkan sesi kelayakan sprint di tempat kedua sebentar tadi.

Petak hadapan menjadi milik Verstappen selepas pemenang acara sprint dari pasukan Mercedes AMG Petronas, Valtteri Bottas terpaksa memulakan perlumbaan di petak belakang apabila melakukan pertukaran enjin sebelum ini.

Verstappen yang memulakan sesi kelayakan sprint di petak kedua cuba memberikan saingan kepada Bottas sepanjang perlumbaan tersebut, namun gagal untuk mencari ruang melakukan pintasan.

“Ini adalah pingat pertama yang pernah saya menang sepanjang bergelar pelumba F1. Saya sangat gembira untuk menemui peminat-peminat di sini kerana mereka sangat ghairah dengan sukan permotoran.

“Saya sudah jangka keputusan seperti ini dan gembira untuk dapatkan sedikit mata. Apa yang pasti, perlumbaan esok akan menjanjikan satu aksi yang menarik dan sengit,” kata Verstappen sejurus tamat acara sprint.

Mengiringi Verstappen di barisan hadapan esok adalah pelumba pasukan McLaren, Daniel Ricciardo di petak kedua manakala seorang lagi pemandu McLaren, Lando Norris di petak ketiga.

Malang menimpa juara dunia tujuh kali dari pasukan Mercedes AMG Petronas, Lewis Hamilton apabila dia akan bermula di petak keempat selepas menamatkan kelayakan sprint di tempat kelima.-AGENSI

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Semua aset 1MDB telah diambil oleh kerajaan, tetapi masih dikira sebagai hutang 1MDB kepada kerajaan?

Terkini:

Keyakinan pendeposit “kekal utuh”

Menteri Agama Tak Tabayyun Dalam Isu RCI Tabung Haji?

[VIDEO] Hotel FELDA mana nak dijual? PMX, jangan buat rakyat keliru

Mengenai kami