PERISTIWA SEBAGAI PENGAJARAN
More

    Naib juara Liga Super milik KDA FC

    KUALA LUMPUR — Kedah Darul Aman (KDA) FC mengesahkan gelaran naib juara Liga Super buat musim kedua berturut-turut dengan kemenangan bergaya mengatasi Melaka United FC 4-1 pada aksi terakhir liga di Stadium Darul Aman, Alor Setar, malam ini.

    Kejayaan itu turut menjamin slot pasukan dalam saingan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) musim depan sekali gus menamatkan perebutan tiga penjuru bersama Penang FC dan Terengganu FC (TFC) yang terikat 2-2 di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang.

    Pada aksi di Alor Setar, penyerang Tchetche Kipre meledak gol kesembilan peribadi musim ini selepas menjaringkan dua gol awal pasukan pada minit ke-24 dan minit ke-31 sebelum penyerang Melaka United FC Adriano Narcizo merapatkan kedudukan pada minit ke-50.

    Skuad bimbingan Aidil Sharin Sahak memuktamadkan kemenangan menerusi dua jaringan dalam tempoh dua minit yang dijaringkan ketua pasukan Baddrol Bakhtiar dan pemain muda Muhammad Fayadh Mohd Zulkifli Amin, masing-masing pada minit ke-67 dan minit ke-69.

    KDA FC muncul naib juara dengan mengumpul 43 mata, dua mata di hadapan Penang FC sementara TFC di tempat keempat dengan 38 mata.

    Di Stadium Bandaraya, hajat tuan rumah yang terpaksa bermain dengan 10 pemain seawal minit ke-13, untuk meraih tiga mata musnah di penghujung perlawanan selepas pemain tengah TFC Lee Tuck meledak gol penyamaan pada minit ke-80.

    Layangan kad merah diberikan kepada pertahanan tuan rumah Abdul Latiff Suhaimi susulan tindakan menjatuhkan kapten Endrik Dos Santos dalam kotak penalti dilihat berbaloi selepas Dos Santos gagal menyempurnakan sepakan penalti diberikan pengadil Mohd Amirul Izwan Yaacob.

    Tandukan Kapten TFC Argzim Redzovic pada minit ke-25 berjaya memecah kebuntuan perlawanan, namun Penang FC berjaya bangkit mendahului 2-1 menerusi jaringan Sheriddin Boboev pada minit ke-40 diikuti tandukan penyerang Anselmo Da Silva pada masa tambahan babak pertama.

    Pada masa sama, Petaling Jaya (PJ) City FC mencatat kemenangan 2-1 ke atas Selangor FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dengan menyaksikan penyerang import dari Nigeria Ifedayo Olusegun mengesahkan gelaran penjaring terbanyak Liga Super dengan jumlah 26 gol.

    Beliau menyempurnakan sepakan penalti pada masa kecederaan babak pertama untuk menyamakan kedudukan 1-1 sekali gus menafikan gol pembukaan Khyril Muhyeen Zambri pada minit ke-21, namun jaringan Muhammad Syahmi Zamri pada minit ke-62 memastikan tiga mata milik PJ City FC.

    Sementara itu, juara Liga Super Johor Darul Ta’zim (JDT) menutup saingan musim ini dengan kemenangan 2-1 menewaskan Kuala Lumpur (KL) City FC yang juga kemenangan ke-18 daripada 22 perlawanan pada aksi di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.

    Malang buat pasukan pelawat apabila dibolosi gol sendiri pemain pertahanan Nik Mohd Shahrul Azim Abdul Halim pada minit ke-70 selepas berjaya mengikat kedudukan 1-1 hasil jaringan pemain tengah Muhammad Izreen pada minit ke-25, menafikan gol pembukaan Muhamad Nazmi Faiz Mansor pada minit ke-16.

    Dalam pada itu, dua pasukan yang sah akan turun beraksi di saingan Liga Premier musim depan, Perak FC dan UiTM FC masing-masing mengutip tiga mata pada aksi terakhir dengan menundukkan lawan masing-masing.

    Perak FC menewaskan Sabah FC 2-0 di Stadium Perak, Ipoh sementara UiTM FC mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Sri Pahang FC di Stadium UiTM, Shah Alam.

    Berkaitan

    Harimau Malaya tewaskan Nepal 2-0 dalam Kelayakan Piala Asia 2027

    China haramkan 19 lot produk Thailand – Susu pekat manis gagal patuh standard keselamatan

    EPL: Liverpool perlu siapkan pengganti

    Pemeriksaan terperinci dilaksanakan terhadap individu, kereta, dan motosikal yang mencurigakan, terutamanya bagi mengesan bahan letupan, objek mencurigakan

    [VIDEO] Tiga agensi perketat kawalan di bandar Yala, cegah keganasan 10 hari terakhir Ramadan

    Terkini

    Nasib majikan pukul dua pengawal peribadi kerana berpuasa diketahui Jumaat ini

    Kronologi isu Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman

    Jawatankuasa Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman setuju pindah

    Popular

    Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

    6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

    [Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

    Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

    [Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas

    Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

    # Tag

    Beijing beri sokongan kepada syarikat permulaan AI Manus, dalam usaha China mencari penerus DeepSeek

    Popular

    Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

    6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

    6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

    [Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

    Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

    [Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas

    Terkini

    Nasib majikan pukul dua pengawal peribadi kerana berpuasa diketahui Jumaat ini

    Harimau Malaya tewaskan Nepal 2-0 dalam Kelayakan Piala Asia 2027

    China haramkan 19 lot produk Thailand – Susu pekat manis gagal patuh standard keselamatan

    Kronologi isu Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman

    Jawatankuasa Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman setuju pindah

    ‘Belum muktamad dengan imej ini, tapi segan bila tak bertudung’

    Maut terkena renjatan elektrik dipercayai ketika cuba curi kabel

    Tayang paha gebu, Ameera Khan dikecam tak hormat bulan Ramadan

    Â