BERITATommy Thomas dedah beliau dan Mahathir berperanan memilih dan melantik hakim-hakim negara

Tommy Thomas dedah beliau dan Mahathir berperanan memilih dan melantik hakim-hakim negara

Hari ini, ada bekas hakim yang keluarkan kenyataan bahawa ianya salah bagi Perdana Menteri untuk campur tangan dalam pelantikan hakim-hakim negara.

Bahawa pelantikan hakim-hakim perlu hanya di bawah kuasa Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC) tanpa campur tangan pihak lain termasuk PM.

Saya setuju dengan kenyataan bekas hakim ini.

Tapi, kenapa pula bekas hakim ini membisu apabila Tommy Thomas mendedahkan dalam buku dia bahawa Tommy dan PM7 yang berperanan memilih dan melantik hakim-hakim negara pada zaman pemerintahan PH?

Memandangkan amaran tegas dia hari ini, adakah bekas hakim ini bersetuju bahawa RCI perlu dilaksanakan segera untuk menyiasat campur tangan PM7 dan peguam negara dalam sistem perundangan negara seperti didedahkan buku Tommy Thomas?

Rujukan:
https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2021/09/18/not-for-pm-to-decide-on-appointment-of-top-judges-say-ex-judges/
https://mykmu.net/2021/02/03/tommy-thomas-dedahkan-mahathir-lantik-ketua-hakim-negara-tidak-ikut-proses-ditetapkan/

 

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

[VIDEO] Peguam Dakwa Bekas CEO 1MDB Mengaku Kelirukan Mahkamah dan Reka Minit Mesyuarat Bersama Jho Low

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami