Didakwa masuk MCA, DAP batal keahlian ADUN Malim Nawar - pakdin.my

PUNCAK ALAM: Jawatankuasa Disiplin DAP membatalkan keahlian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Malim Nawar, Leong Cheok Keng, selepas laporan media mengaitkannya menyertai MCA sebelum ini.

Pengerusinya Chong Chieng Jen berkata, pihaknya sudah memberikan surat tunjuk sebab kepada wakil rakyat berkenaan pada 6 Jan lalu, selepas Leong dilihat memilih memaklumkan kepada media untuk tidak akan menjawab surat itu.

“Atas sebab itu, Leong membuatkan Jawatankuasa Disiplin tiada pilihan lain, menamatkan keahlian partinya berkuatkuasa serta merta,” katanya dalam kenyataan.

Chong berkata, Perlembagaan DAP sudah jelas tidak membenarkan ahli parti menyertai mana-mana parti politik lain. Disebabkan itu, mana-mana ahli yang diketahui memohon atau memegang keahlian parti politik lain akan dibatalkan keahliannya.

“Memiliki dua keahlian adalah dianggap satu pengkhianatan kepada parti,” katanya.

Sebelum ini, China Press memetik sumber menyatakan MCA sedang dalam proses memuktamadkan keanggotaan Leong.

Presiden MCA Wee Ka Siong secara peribadi juga dilapor akan menyerahkan kad keahlian kepada ADUN berkenaan.

Ditanya mengenai perkara itu, Leong memilih untuk berdiam diri tetapi memberi jaminan kepada pengundi di kawasannya bahawa pusat khidmatnya akan terus beroperasi.

UTAMAPOLITIKDidakwa masuk MCA, DAP batal keahlian ADUN Malim Nawar

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium