UtamaPOLITIKAzmin umum struktur PN...

Azmin umum struktur PN Selangor - pakdin.my

Badan Perhubungan Negeri (BPN) Perikatan Nasional (PN) Selangor hari ini mengumumkan pembentukan struktur organisasinya untuk menjana kekuatan baharu dan memperkukuhkan keyakinan rakyat.

Pengerusinya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, berkata PN Selangor komited menggembleng kekuatan setiap parti komponennya untuk mewakili kerencaman masyarakat dan kepelbagaian budaya di negeri berkenaan.

“Saya mengadakan pertemuan bersama Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Selangor, Datuk Abdul Rashid Asari dan Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi pada 5 Februari lalu untuk membincangkan pembentukan BPN PN Selangor.

“Perbincangan berlangsung dengan penuh semangat musyawarah memberi fokus kepada pembentukan struktur organisasi yang strategik, berwibawa dan dinamik untuk menjana kekuatan baharu demi memperkukuh keyakinan rakyat.

“Kita akan terus memperkukuh dan memberdaya kepimpinan sehingga ke peringkat akar umbi untuk menjamin kestabilan negeri serta kesejahteraan rakyat Selangor secara keseluruhannya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohamed Azmin berkata, lanskap politik Selangor dan cabaran semasa menuntut PN menampilkan politik progresif dengan fokus memperkukuh perpaduan, prihatin kebajikan, menjana pembangunan serta pertumbuhan ekonomi mampan.

Justeru, katanya, pengalaman bekerja bersama PPBM dan PAS dalam kerajaan negeri sebelum ini pasti akan memperkukuh kekuatan dasar serta pelaksanaan gerak kerja demi masa depan Selangor yang lebih gemilang.

Struktur organisasi BPN PN Selangor:

Pengerusi: Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (PPBM)

Naib Pengerusi: Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi (PAS)

Naib Pengerusi: Datuk Abdul Rashid Asari (PPBM)

Setiausaha: Muhammad Hilman Idham (PPBM)

Penolong Setiausaha: Mohamed Senu Saad (PAS)

Bendahari: Mohd Hasnizan Harun (PAS)

Penolong Bendahari: Wan Dzahanurin Ahmad (PPBM)

Ketua Penerangan: Shukor Mustafa (PPBM)

Penolong Ketua Penerangan: Damanhuri Dol (PAS)

Ketua Pemuda: Hanafi Zulkapli (PAS)

Naib Ketua Pemuda: Asyraf Halim (PPBM)

Ketua Wanita: Dr Daroyah Alwi (PPBM)

Naib Ketua Wanita: Noraini Hussin (PAS)

Pengarah Pilihan Raya: Datuk Zuraida Kamaruddin (PPBM)

Ahli Jawatankuasa Negeri :

1. Muslimin Yahaya (PPBM)

2. Mohd Shafie Ngah (PAS)

3. Datuk Suhaimi Mohd Ghazali (PPBM)

4. Noor Najhan Mohamad Salleh (PAS)

5. Mohd Rusnizan Ahmad (PPBM)

6. Dr Mohd Fuad Mohd Salleh (PAS)

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] MKT UMNO mahu Parlimen bubar dalam masa terdekat, PRU15 tahun ini

MESYUARAT Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno pada malam Jumaat mencapai ketetapan untuk Parlimen dibubarkan dalam masa terdekat bagi membolehlan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15)...

[VIDEO] Muhyiddin tak pernah beri kata dua kepada PAS, kata pemimpin Bersatu

Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin tidak pernah memberi sebarang kata dua kepada PAS sama ada perlu memilih Barisan Nasional (BN) atau Perikatan Nasional (PN) bagi...

[VIDEO] Wanita diculik ditemui mati dalam gaung

Lelaki berusia lingkungan 20-an dicekup susulan disyaki terlibat dalam kes culik seorang wanita yang ditemui mati dalam gaung di Bukit Tekali, Hulu Langat, pada...

[VIDEO] Polis kesan dua lelaki lepas tembakan depan rumah

LUMUT - Polis sedang mengesan dua lelaki yang terlibat dalam kejadian melepaskan tembakan di hadapan sebuah rumah di Sitiawan di sini pada Jumaat. Ketua Polis...

Polis nafi surat tular kes culik di Hulu Selangor

HULU SELANGOR – Polis menafikan dakwaan terdapat kes penculikan atau cubaan menculik di daerah itu sekali gus menegaskan orang ramai agar tidak mengeluarkan sebarang...

[VIDEO] Ular sawa ‘kenyang’ baham kambing dalam kandang

KULAI – Seorang lelaki terkejut melihat seekor ular sawa batik di dalam kandang yang kekenyangan selepas membaham kambing di Felda Inas, di sini hari...

Letupan bom di tepi jalan membunuh pegawai polis dan mencederakan empat lagi di selatan Thailand

Satu letupan bom di tepi jalan membunuh seorang pegawai polis dan mencederakan empat lagi pegawai di wilayah Pattani di selatan Thailand semalam. Beberapa anggota pegawai...

Pelajar perempuan dirogol di asrama sekolah di hadapan rakan-rakan

Seorang gadis berusia 17 tahun telah dirogol di hadapan rakan-rakannya oleh seorang pelajar lelaki berusia 15 tahun ketika dia berada di asrama kuarantin Covid-19...

Menteri BN dalam kerajaan dikelilingi ‘musuh dalam selimut’, kata Zahid

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Mahiaddin Md. Yasin tidak perlu beria-ia sangat mengumumkan Barisan Nasional (BN) musuh utama Perikatan Nasional (PN). Pengumuman itu sekadar...

[VIDEO] MBJB naik taraf pam air dalam usaha tangani banjir kilat

JOHOR BAHRU -- Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) akan menaik taraf pam air dari empat unit kepada enam unit di Rumah Pam Sungai Chat,...

[VIDEO] Polis kesan peragut rantai emas

KUALA LUMPUR – Polis sedang mengesan peragut di dalam sebuah video insiden ragut rantai emas yang sedang dipakai mangsa ketika duduk di atas motosikal...

[VIDEO] Jambatan Kampung Parit Baru runtuh

BATU PAHAT: Akibat dirempuh rumput tebal ketika air sungai deras, jambatan utama di Kampung Parit Baru, Parit Raja di sini runtuh semalam 24 September...