Apa jadi dengan laporan polis terhadap Zeti

Bekas Gabenor BNM dan keluarga Pengerusi PNB sekarang menerima RM686 juta dari Jho Low dan disembunyikan dalam akaun bank luar negara?

Didiamkan oleh kerajaan PH dan PN juga ahli politik mereka!

The Edge melaporkan bahawa keluarga Zeti menerima AS$ 16.22 juta (RM65.76 juta) dari Jho Low, melalui akaun keluarga di Singapura.

Suami Zeti adalah rakan Jho Low di Abu Dhabi Malaysia Kuwait Investment Corporation (ADKMIC), yang ditubuhkan pada tahun 2007, dengan hampir AS$ 153 juta (RM620.34 juta) dipindahkan ke syarikat itu dari 2011 hingga 2013.

==============
Apa jadi dengan laporan polis terhadap Zeti, soal Puad

Ahli Majlis Tertinggi Umno Puad Zarkashi menggesa bekas gabenor BNM Zeti Akhtar Aziz menjawab laporan mengenai transaksi dana ke dalam akaun suami dan anaknya.
PETALING JAYA: Ahli Majlis Tertinggi Umno, Puad Zarkashi meminta kemas kini daripada pihak berkuasa mengenai laporan polis yang dibuat terhadap bekas gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Zeti Akhtar Aziz dan keluarganya berhubung dakwaan mereka terlibat dalam skandal 1MDB.

Dalam catatan di Facebook, Puad mempersoalkan sekiranya wujud “konspirasi” untuk merahsiakan perkara itu dengan berkata, sudah dua bulan sejak laporan dibuat terhadap Zeti dan keluarganya.

Beliau juga bertanya mengapa kerajaan Perikatan Nasional dan Pakatan Harapan “menyembunyikan fakta” yang diakui oleh keluarga Zeti bahawa dana 1MDB dimasukkan ke akaun mereka melalui akuan berkanun (SD) pada 2019.

Puad juga menggesa Zeti menjawab laporan semalam yang mendakwa polis Singapura memberitahu BNM mengenai transaksi mencurigakan melibatkan syarikat milik suaminya dan anaknya, dengan dana yang berasal dari akaun dikaitkan dengan Low Taek Jho, atau Jho Low.

The Edge melaporkan berdasarkan dokumen yang dilihatnya, Jabatan Hal Ehwal Komersial (CAD) berkongsi maklumat dengan bank pusat itu pada 2015 dan 2016.

Zeti merupakan gabenor BNM ketika maklumat ini disampaikan kepadanya.

Ini melibatkan dana mencurigakan yang masuk ke dalam akaun bank milik Iron Rhapsody Ltd, yang dimiliki Tawfiq Ayman, dan seorang anak lelaki mereka yang tidak disebutkan namanya.

Pada Disember tahun lalu, Pemuda Umno membuat laporan terhadap Zeti dan keluarganya susulan dakwaan sebuah laman blog bahawa mereka menerima lebih RM100 juta daripada Low, termasuk dana 1MDB.

Menurut catatan tersebut, ahli keluarga Zeti didakwa membuat SD tersebut, yang menyaksikan mereka mengaku menerima dana daripada bank di Singapura, dan ia berasal daripada sebuah syarikat yang dikaitkan dengan Low.

Facebook Comments

BERKAITAN

TERKINI

Kesesakan LRT: PH melalak dan merapu sembang fasal dasar pengangkutan awam, rakyat teraniaya

Korang nak tahu tak fasal LRT 3 yang dijangka dirasmikan dan digunapakai tahun 2023 nanti actually tersasar dari jadual asal sepatutnya tahun 2020 dah...

Gol pelik punca Selangor diratah JDT

Ketua jurulatih Selangor FC, Michael Feichtenbeiner menyifatkan dua gol pada awal permainan yang dijaringkan Johor Darul Ta'zim (JDT) mematahkan semangat pemainnya hingga diratah 1-5...

[Video] Jalan sesak akibat Kemalangan 2 lori terbalik di KM 425.7 (arah utara) PLUS Utara di antara Bukit Beruntung & Bukit Tagar.

Kejadian berlaku kira-kira jam 10 pagi di KM425.7 (arah utara) Lebuhraya Plus diantara Bukit Beruntung ke Bukit Tagar. Kesesakan berlaku sejauh 18 kilometer dari Rawang...

Syed Saddiq mempergunakan nama ibu bapa untuk berbohong?

Syed Saddiq didakwa mengeluarkan wang tunai RM1.12 juta secara tidak jujur daripada akaun bank PPBM untuk kegunaan sendiri. Daripada situ, dia menggunakan RM100k untuk membeli...

[Video] Seorang daripada dua remaja hilang akibat arus deras di Penampang ditemukan

Penampang: Seorang daripada mangsa yang dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus deras di Sungai Kampung Pogunon, sejak semalam, ditemukan lemas di Sungai Moyog Kampung Pagansakan...

SPRM akan siasat individu terima dana UKSB termasuk Muhyiddin Yassin

SPRM dalam kenyataan berkata, agensi itu juga mengesahkan sudah menerima beberapa aduan terhadap individu terbabit Siasatan yang akan dijalankan mengikut bidang kuasa yang...

Artis versetile, Adibah Noor meninggal dunia

Ramai peminat masih tidak dapat menerima kenyataan pemergian artis versatile Adibah Nor. Media sosial di penuhi dengan berita pemergian beliau. Berita awal mengenai pemergian Allahyarham...

2 remaja maut motosikal bertembung kereta di Kalumpang

HULU SELANGOR: Dua remaja lelaki maut selepas motosikal dinaiki mereka, bertembung sebuah kereta di Kilometer 75 Jalan Kuala Lumpur-Ipoh dekat Taman Keliang, Kalumpang di...

Dr Mahahir lindungi Muhyiddin daripada didakwa – Razlan

Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Razlan Rafii mendakwa berlaku pendakwaan terpilih ketika pentadbiran Mahathir Mohamad, susulan laporan Muhyiddin Yassin dikatakan menerima dana daripada Ultra...