PERISTIWA SEBAGAI PENGAJARAN
More

    13 ditahan dalam parti liar di inap desa

    SUNGAI PETANI – Seramai 11 lelaki dan dua wanita ditahan bersama satu peket dadah jenis ketamin dalam serbuan Ops Parti Liar di sebuah inap desa di Taman Permaipura, Bedong dekat sini awal pagi ini.

    Kesemua mereka berusia antara 18 hingga 22 tahun itu ditahan sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda kira-kira pukul 4.30 pagi.

    Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah memberitahu, suspek lelaki yang ditahan berusia antara 18 hingga 22 tahun manakala dua wanita pula masing-masing berusia 19 dan 20 tahun.

    “Pemeriksaan lanjut menjumpai satu peket dadah ketamin dari poket seluar suspek berusia 21 tahun yang bekerja sebagai operator kilang dari Taman Ria Jaya di sini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

    Kata beliau, seramai enam lelaki didapati positif dadah jenis ketamin. Menurutnya, kesemua suspek dikompaun di bawah Peraturan 10(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021 (PPDPPB) kerana berkumpul tanpa penjarakan fizikal.

    “Suspek berusia 21 tahun disiasat atas kesalahan memiliki dadah di bawah Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

    “Lima lagi suspek yang positif dadah disiasat atas kesalahan memasukkan dadah ke dalam tubuh badan di bawah Seksyen 15(1)(a) ADB 1952,” ujarnya.

    Katanya, suspek utama direman selama empat hari bermula hari ini manakala lima lagi ditahan lanjut untuk soal siasat.

    “Tujuh lagi dibebaskan setelah selesai soal siasat dan dikompaun di bawah Peraturan 10 PPDPPB 2021,” katanya.

    # Tag

    Berkaitan

    Pelajar tingkatan 3 diserang sawan selepas hisap vape

    Dua beradik perempuan didakwa bergaduh di wad hospital sebelum kematian bapa

    Sin Chew Daily mohon maaf

    封面国旗设计失误 星洲日报致歉

    3 pegawai imigresen direman, disyaki terima habuan RM10 juta

    Popular

    Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

    [Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

    6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

    Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

    [Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas

    Terkini

    UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

    PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN

    PRK DUN Ayer Kuning: Barisan Nasional (BN) bergaya

    PRK DUN Ayer Kuning: Analisis Kekalahan PN

    Penggodam Ceroboh Bursa Malaysia: Bina Puri Holdings, Pos Malaysia terjejas teruk

    Hasrat PN gabung dengan UMNO hanya mimpi di siang hari – Ahmad Zahid

    PAS menggunakan UMDAP untuk menyerang UMNO

    PAS uses UMDAP to attack UMNO

    Tolong lah subscribe - klik butang dibawah