Friday, February 23, 2024

West Ham menang di Old Trafford selepas 14 tahun- pakdin.my

MANCHESTER – Penantian selama 14 tahun West Ham United untuk mencatat kemenangan di Old Trafford akhirnya berakhir apabila mereka menewaskan Manchester United 1-0 pada aksi pusingan ketiga Piala Liga Inggeris awal pagi semalam.

Selepas tiga hari berlangsungnya aksi dramatik melibatkan kedua-dua pasukan pada saingan Liga Perdana Inggeris, mereka kembali membuat perhitungan yang menyaksikan West Ham meraih kemenangan menerusi gol tunggal perlawanan oleh Manuel Lanzini.

Pada aksi berkenaan, West Ham berpeluang menambah ja­ringan menerusi Jarrod Bowen, Andry Yarmolenko dan Mark Noble tetapi kesemua mereka gagal menyudahkan peluang yang terhidang.

“Ia adalah malam yang menakjubkan buat West Ham dan diri saya sendiri. Ia kemenangan yang sangat dinantikan oleh semua pemain West Ham di Old Trafford kerana pengalaman ini tidak selalu datang.

“Saya fikir para peminat kami yang sanggup berada di sini untuk menyaksikan kemenangan West Ham, anda semua sangat hebat. Kali terakhir kami memenangi perlawanan di Old Trafford ketika sayaa masih bermain bersama Carlos Tevez iaitu kira-kira 14 tahun yang lalu,” kata Noble.

Noble mengakui kegagalan menyempurnakan penalti pada aksi Ahad lalu di Stadium London memberikan impak dan kekecewaan yang cukup besar buat dirinya.

“Berada di rumah pada malam selepas perlawanan tersebut, saya melalui fasa kekecewaan yang amat berat tetapi bangun pada pagi Isnin, saya bertekad untuk membuat persiapan lebih baik bagi menghadapi perlawanan kali ini.

“Anda sentiasa akan berdepan situasi itu (kekecewaan) sebagai pemain bola sepak. Namun, saya sudah cukup matang untuk menguruskan perasaan seperti itu. Kali ini, saya membuktikan bahawa kekecewaan itu tidak membunuh semangat saya,” jelasnya.  AGENSI

UtamaGAYA HIDUPWest Ham menang di Old Trafford selepas 14 tahun

Ikuti kami di: FACEBOOK | INSTAGRAM | META | X | TIKTOK | YOUTUBE

POPULAR