UtamaPOLITIKMB Kedah Tak Tahu...

MB Kedah Tak Tahu Undang-undang - pakdin.my

Satu laporan polis telah dibuat oleh rakyat Kedah yang juga plaintif/waris tanah waqaf khas Madrasah Salihiah, FIDEL FIRAIDI BIN MUSTAFFA, NO.K/P 631023-02-5229 terhadap YAB Dato’ Seri Azizan Razak, Menteri Besar Kedah atas kenyataan beliau di akhbar Utusan Malaysia dan Sinar Harian, yang disifatkan sebagai ugutan jenayah iaitu melanggar undang-undang kerana bertentangan dengan writ saman dan mendahului proses mahkamah.

Dalam kenyataan itu, Dato’ Seri Azizan berkata, “kerja-kerja meroboh madrasah itu kini boleh dilakukan pada bila-bila masa dan secepat mungkin meskipun kes berkenaan dibicarakan di mahkamah”. Alasan beliau ialah permohonan injunksi tersebut bukan melibatkan kerja meroboh tetapi hanya mengenai penjualan tanah.

Walaubagaimanapun, injunksi yang dipohon adalah berbunyi:

“SUATU PERINTAH INJUNKSI TERHADAP DEFENDAN-DEFENDAN (MAIK, PENTADBIR TANAH KOTA SETAR DAN KERAJAAN NEGERI KEDAH) UNTUK MENAHAN, DAN/ATAU MENGHALANG DEFENDAN-DEFENDAN SENDIRI, EJEN ATAU PENGKHIDMATNYA DARIPADA MEROBOHKAN DAN ATAU MENGOSONGKAN TANAH TERSEBUT SEHINGGA ARAHAN SELANJUTNYA DARIPADA MAHKAMAH YANG MULIA”

Nampak sangat MB Kedah langsung tidak tahu apa yang tertulis dalam permohonan injunksi yang jelas terdapat perkataan ‘menghalang’ dari ‘merobohkan’.

Jika Nik Aziz merasa dirinya jauh lebih hebat dari para Mufti dalam Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan, Azizan pula merasakan dirinya jauh mengatasi undang-undang dan hakim.

Inilah bukti bahawa pemimpin-pemimpin PAS itu amatlah sinonim dengan sifat riak, takbur, angkuh dan sombong.

Menurut waris tanah tersebut, beliau mengambil tindakan membuat laporan polis kerana bimbang jika kenyataan tidak bertanggungjawab sebegini tidak dibendung dan diambil tindakan dengan menghadapkan ustaz AZIZAN ke muka pengadilan, pertumpahan darah, pergaduhan, konflik antara waris dan jawatankuasa Madrasah Salihiah serta anak kariah dan seluruh umat Islam sekitar dengan kerajaan negeri boleh tercetus bila-bila masa sahaja.

Jelas, waris tersebut yang mewakili umat Islam sekitar dan pihak jawatankuasa Madrasah benar-benar tersinggung dan berang dengan Menteri Besar mereka. Nampaknya, ini bukan sahaja membabitkan masalah tanah waqaf dan sensitiviti umat Islam tetapi juga membabitkan hubungan antara rakyat dengan pemimpin.

Rakyat semakin menyampah melihat keangkuhan kepimpinan Kedah yang langsung tidak menepati ciri-ciri kepimpinan Ulama yang seharusnya bersifat tawaduk lagi zuhud.

Sifat ini, ditambah dengan pusat-pusat hiburan yang tumbuh bagai cendawan sejurus selepas PAS mengambil alih kerajaan negeri, menyebabkan rakyat tertanya-tanya di manakah letaknya Islam di dalam nama PAS?

Mungkin inilah contoh nyata Negara Kebajikan ala PAS di mana pemimpin mereka adalah Raja yang mengatasi kuasa mahkamah, undang-undang, hakim, Mufti dan juga Sultan-sultan. Bayangkan jika mereka memerintah negara, sifat diktator mereka pasti akan terserlah dengan lebih nyata, di mana rakyat akan dilayan seperti hamba.

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] Atlet Muay Thai meninggal dunia selepas pukulan knockout petinju Malaysia

Seorang petinju dari Thailand yang juga peserta Kejohanan Muay Thai Ambang Merdeka 2022 di Padang Kolej Uniti Kota Bharu, Kampung Che Deris Badang di...

[VIDEO] Penduduk teruja lihat kapal layar mewah RM200 juta

KANGAR: Kehadiran sebuah kapal layar mewah jenis Adastra di muara Sungai Perlis, Kuala Perlis berhampiran Terminal Feri Kuala Perlis, di sini semalam ternyata menggamit...

[VIDEO] Pengkid berpakaian ihram boleh terkeluar Islam, murtad

Tindakan individu didakwa wanita berperwatakan lelaki berpakaian ihram di hadapan kaabah boleh dianggap sebagai mempersendakan agama yang dikhuatiri menyebabkan dia terkeluar daripada landasan Islam. Mufti...

[VIDEO] Salman Rushdie parah, perlukan mesin ventilator

WASHINGTON – Pengarang Britain, Salman Rushdie terpaksa menggunakan mesin ventilator dan berisiko hilang satu mata selepas ditikam berulang kali dalam satu acara kesusasteraan di...

[VIDEO] Tekong darat pandu 30km lawan arus bawa enam PATI dicekup

GUA MUSANG: Tindakan nekad seorang tekong darat yang membawa enam pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar melarikan diri sejauh 30 kilometer (km) membawa...

Parti Liar: Datuk Seri antara 25 ditahan di Janda Baik

BENTONG -- Seorang lelaki bergelar “Datuk Seri” merupakan antara 25 individu ditahan dalam “parti liar” di sebuah banglo yang disewa di Janda Baik, Bukit...

[VIDEO] Tiga lelaki ditemukan lemas di perairan Pulau Redang

KUALA TERENGGANU: Tiga daripada lima lelaki yang dilaporkan hilang selepas bot nelayan dinaiki mereka karam di perairan Pulau Redang Isnin lepas, ditemukan lemas hari...

Imigresen serbu ‘private party’ dan penempatan kontena warga asing

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah menjalankan satu siri operasi penguatkuasaan ke atas dua premis berbeza di Kuala Lumpur pada 6 Ogos 2022. Siri operasi...

‘Aplikasi Telegram Perdana Menteri digodam’ – ini jawapan dari Pasukan Telegram

Ini jawapan dari Pasukan Telegram: PUBLIC NOTICE  On 8 August , we were informed that personal Telegram accounts belonging to the Prime Minster and Minister of...

Siapakah peguam bela bagi kes rasuah Datuk Latif Bandi..??

Rupanya peguam dia adalah Datuk Hasnal Rezuar Merican.. Siapakah Datuk Hasnal Rezuar Merican..? Rupanya beliau adalah Timbalan Ketua UMNO Bahagian Selayang.Dan menetap di Dun Kuang dalam...

Bot penyeludup karam: Seorang maut, 35 pendatang asing diselamatkan

SHAH ALAM  -- Seramai 35 pendatang asing tanpa izin berjaya diselamatkan kru sebuah kapal tangki milik syarikat swasta, manakala seorang lelaki maut apabila bot...

Rakyat M’sia berkahwin di selatan Thailand dinasihat tidak lengahkan pendaftaran perkahwinan

PHUKET -- Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla Muhammad Ridzuan Abu Yazid menasihati rakyat Malaysia yang berkahwin di Selatan Thailand supaya tidak melengahkan pendaftaran perkahwinan...