Malaysia perlu lihat kerajaan Taliban daripada sudut pandangan baharu

Malaysia perlu lihat kerajaan Taliban di Kabul daripada sudut pandangan baharu dan tidak lagi perlu pesimistik akan masa depan Afghanistan, kata mantan duta khas ke Afghanistan Datuk Seri Zainal Abidin Mahamad Zain.

“Ia satu senario yang berlainan pada hari ini, situasi berlainan, warga Afghanistan telah banyak berubah dan lebih ramai daripada mereka berilmu hari ini,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Zainal Abidin, 71, dilantik sebagai duta khas ke negara itu dari 2010 hingga 2014 oleh mantan perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Pada lewat 1970-an beliau pernah berkhidmat di kedutaan Malaysian di Iran yang turut menguruskan hal ehwal diplomasi dengan Afghanistan.

Malaysia, sebelum ini, banyak menyumbangkan kepada negara-negara yang menyaksikan kemusnahan besar akibat peperangan, khasnya di bawah Program Kerjasama Teknikal Malaysia.

“Kita menyediakan biasiswa kepada golongan muda meneruskan pengajian tinggi serta latihan bidang teknikal di pelbagai institusi di Malaysia,” kata Zainal Abidin, yang merupakan antara pegawai kementerian luar yang pernah membantu warga Malaysia yang terlibat dalam krisis di luar negara.

Dasar-dasar yang saling menguntungkan perlu diwujudkan seperti yang dilakukan dengan negara-negara lain sebelum ini, khasnya dengan bekerjasama bersama kuasa-kuasa besar.

Beliau memberi contoh aktiviti penerokaan petroleum di Sudan melalui usahasama PETRONAS dengan China National Petroleum Corporation, di mana kerjasama lebih kurang sama boleh diwujudkan untuk meneroka bersama sumber-sumber asli seperti lithium dan gangsa di Afghanistan.

Sementara itu, satu perspektif menarik  diutarakan oleh Pengerusi  Pergerakan Keadilan Monetari Malaysia Prof. Datuk Dr Ahamed Kameel Mydin Meera.

Menurut beliau situasi di Afghanistan kini menawarkan peluang untuk menubuhkan sistem ekonomi berasaskan kepada wakaf.

Krisis ekonomi dan kewangan yang dilaporkan, selain tragedi kemanusiaan melibatkan penduduknya menunjukkan kelemahan dalam kelestarian sistem sedia ada.

“Oleh itu terdapat keperluan untuk melihat melampaui institusi kewangan tradisional, serta model-model ekonomi untuk membentuk satu sistem yang lestari dan saksama yang  akan menguntungkan semua lapisan masyarakat,” kata Prof. Ahamed.

Model ekonomi wakaf yang diamalkan di Asia Tenggara boleh dilaksanakan di Afghanistan.

Prof Ahamed menambah kata walaupun Malaysia masih belum dapat mengiktiraf kerajaan baharu Taliban, persiapan perlu dilakukan bermula sekarang “supaya kita bersedia untuk membantu satu lagi negara membangun seperti Afghanistan”.

“Rakyat Malaysia yang mahu meneroka peluang-peluang di Afghanistan harus digalak berangkat ke  Kabul,” kata Prof Ahamed.

Bagaimanapun, pengerusi PEMBELA, Aminuddin Yahaya, berkata kini bukan masanya bagi pertubuhan-pertubuhan Melayu dan Islam untuk membantu Afghanistan.

“Kita perlu tunggu dan lihat perkembangan di situ, sama ada Taliban telah mengubah cara mereka mentadbir negara mereka,” kata Aminuddin.

PEMBELA merupakan gabungan pertubuhan-pertubuhan Islam yang memainklan peranan semak dan imbang sejak 2006.

Facebook Comments

BERKAITAN

Kategori:

TERKINI

Kesesakan LRT: PH melalak dan merapu sembang fasal dasar pengangkutan awam, rakyat teraniaya

Korang nak tahu tak fasal LRT 3 yang dijangka dirasmikan dan digunapakai tahun 2023 nanti actually tersasar dari jadual asal sepatutnya tahun 2020 dah...

Gol pelik punca Selangor diratah JDT

Ketua jurulatih Selangor FC, Michael Feichtenbeiner menyifatkan dua gol pada awal permainan yang dijaringkan Johor Darul Ta'zim (JDT) mematahkan semangat pemainnya hingga diratah 1-5...

[Video] Jalan sesak akibat Kemalangan 2 lori terbalik di KM 425.7 (arah utara) PLUS Utara di antara Bukit Beruntung & Bukit Tagar.

Kejadian berlaku kira-kira jam 10 pagi di KM425.7 (arah utara) Lebuhraya Plus diantara Bukit Beruntung ke Bukit Tagar. Kesesakan berlaku sejauh 18 kilometer dari Rawang...

Syed Saddiq mempergunakan nama ibu bapa untuk berbohong?

Syed Saddiq didakwa mengeluarkan wang tunai RM1.12 juta secara tidak jujur daripada akaun bank PPBM untuk kegunaan sendiri. Daripada situ, dia menggunakan RM100k untuk membeli...

[Video] Seorang daripada dua remaja hilang akibat arus deras di Penampang ditemukan

Penampang: Seorang daripada mangsa yang dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus deras di Sungai Kampung Pogunon, sejak semalam, ditemukan lemas di Sungai Moyog Kampung Pagansakan...

SPRM akan siasat individu terima dana UKSB termasuk Muhyiddin Yassin

SPRM dalam kenyataan berkata, agensi itu juga mengesahkan sudah menerima beberapa aduan terhadap individu terbabit Siasatan yang akan dijalankan mengikut bidang kuasa yang...

Artis versetile, Adibah Noor meninggal dunia

Ramai peminat masih tidak dapat menerima kenyataan pemergian artis versatile Adibah Nor. Media sosial di penuhi dengan berita pemergian beliau. Berita awal mengenai pemergian Allahyarham...

2 remaja maut motosikal bertembung kereta di Kalumpang

HULU SELANGOR: Dua remaja lelaki maut selepas motosikal dinaiki mereka, bertembung sebuah kereta di Kilometer 75 Jalan Kuala Lumpur-Ipoh dekat Taman Keliang, Kalumpang di...

Dr Mahahir lindungi Muhyiddin daripada didakwa – Razlan

Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Razlan Rafii mendakwa berlaku pendakwaan terpilih ketika pentadbiran Mahathir Mohamad, susulan laporan Muhyiddin Yassin dikatakan menerima dana daripada Ultra...