PERISTIWA SEBAGAI PENGAJARAN
More

    Kebenaran rentas negeri dijangka dimuktamad tiga minggu lagi

    JOHOR BAHRU — Kebenaran untuk rentas negeri dijangka dapat dimuktamadkan dalam tempoh tiga minggu lagi selepas negara mencapai kadar 90 peratus populasi dewasa yang lengkap suntikan vaksin COVID-19.

    Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata berikutan itu, beberapa langkah untuk menyegerakan vaksinasi populasi dewasa akan diambil dalam masa terdekat.

    Beliau berkata Angkatan Tentera Malaysia (ATM) diarah meningkatkan kerjasama dengan Kementerian Kesihatan (KKM) bagi memastikan orang ramai menerima vaksin lengkap sekali gus mencapai sasaran 90 peratus dalam tempoh itu.

    Katanya antara tindakan segera yang akan dilaksana oleh ATM ialah mengatur gerak lebih banyak Pasukan Vaksinasi Perubatan Medan (CMVT) di kawasan pedalaman selain memperluas program vaksinasi pandu lalu yang dilaksana oleh Kementerian Pertahanan kepada orang awam.

    “Insya-Allah, kebenaran rentas negeri yang ditunggu-tunggu ramai akan diumumkan dalam masa terdekat. Apa perancangan yang kita lakukan bersama KKM itu, kita harap dapat dijayakan dalam tempoh tiga minggu ini.

    “Jadi sebelum ia diumumkan, banyak perkara yang perlu difikirkan dari segi prosedur operasi standard (SOP) serta tanggungjawab agensi dalam melaksanakan pemantauan.

    “SOP rentas negeri kita akan umumkan sebelum pengumuman kebenaran rentas negeri dibuat dan ia akan diperinci dalam Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pandemik yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob minggu depan,” katanya selepas meninjau pusat pemberian vaksin pandu lalu di Batalion ke-6 Rejimen Renjer Diraja Kem Ulu Tiram di sini hari ini.

    Semalam, Perdana Menteri dilapor telah membayangkan kebenaran untuk rentas negeri akan dapat diberikan dalam tempoh beberapa minggu lagi dan berkata setakat 22 Sept, sebanyak 81 peratus populasi dewasa telah melengkapkan suntikan vaksin COVID-19.

    Hishammuddin juga berkata disiplin orang ramai akan menjadi elemen paling penting apabila rentas negeri dibenarkan kerana adalah mustahil untuk kerajaan memantau dan melaksanakan SOP menjaga setiap rakyat yang diberi kebenaran merentas negeri.

    “Sebab itu, disiplin orang ramai amat penting apabila menikmati kelonggaran yang bakal diumumkan. Kita harap mereka patuh kepada SOP yang ditentukan nanti,” katanya.

    # Tag

    Berkaitan

    Pelajar tingkatan 3 diserang sawan selepas hisap vape

    Dua beradik perempuan didakwa bergaduh di wad hospital sebelum kematian bapa

    Sin Chew Daily mohon maaf

    封面国旗设计失误 星洲日报致歉

    3 pegawai imigresen direman, disyaki terima habuan RM10 juta

    Popular

    Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

    [Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

    6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

    Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

    [Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas

    Terkini

    UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

    PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN

    PRK DUN Ayer Kuning: Barisan Nasional (BN) bergaya

    PRK DUN Ayer Kuning: Analisis Kekalahan PN

    Penggodam Ceroboh Bursa Malaysia: Bina Puri Holdings, Pos Malaysia terjejas teruk

    Hasrat PN gabung dengan UMNO hanya mimpi di siang hari – Ahmad Zahid

    PAS menggunakan UMDAP untuk menyerang UMNO

    PAS uses UMDAP to attack UMNO

    Tolong lah subscribe - klik butang dibawah