NASIONALNAHAS & BENCANAMayat wanita tersangkut dahan pokok dalam sungai

Mayat wanita tersangkut dahan pokok dalam sungai

BATANG KALI – Seorang wanita ditemui maut dan tersangkut pada dahan pokok dalam sungai berhampiran sebuah pusat percutian di Jalan Batang Kali – Genting, di sini pada Ahad.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 1.11 petang.

Menurutnya, seramai lapan orang anggota berlainan pangkat dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu bergegas ke lokasi kejadian dan tiba pada jam 1.40 petang.

“Setibanya di sana, pihak bomba menemui seorang wanita dianggarkan berusia 30-an tersangkut pada dahan pokok yang berada dalam sungai.

“Pihak bomba mengambil mayat dan menyerahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Identiti mangsa bagaimanapun masih belum dikenal pasti,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

 

 

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

[VIDEO] Alhamdulillah, Jaslinda Dah Jumpa! Dua Minggu Survive Minum Air Periuk Kera

[VIDEO] Tragedi Sungai Banting, Linga: 8 selamat, 1 hilang

Permintaan Ayam Tua Meningkat Menjelang Hari Gawai Dayak

Terkini:

Keyakinan pendeposit “kekal utuh”

Menteri Agama Tak Tabayyun Dalam Isu RCI Tabung Haji?

[VIDEO] Hotel FELDA mana nak dijual? PMX, jangan buat rakyat keliru

Mengenai kami