Antara Hidup Dan Mati, Gerak Khas Undercover Buat Penonton Teruja - pakdin.my

Drama bersiri popular Gerak Khas kini kembali dengan wajah wajah baru yang menampilkan jalan cerita yang bakal membuatkan penonton teruja.

Bukan hanya mengekalkan barisan pelakon asal seperti Erra Fazira, Salina Saibi, Gerak Khas Undercover juga akan menampilkan wajah baru seperti Datuk Rosyam Nor, Datuk Aaron Aziz, Elizabeth Tan, Raja Afiq dan ramai lagi.

Drama bersiri ini memaparkan beberapa tugas risikan (undercover) bagi membanteras jenayah antaranya, kes jenayah membabitkan kumpulan kongsi gelap remaja, kes pengedaran dadah dalam kalangan pelajar sekolah, sindiket penipuan jual beli kereta, kes pelacuran dan keldai dadah dalam kalangan pelajar kolej dan lain-lain.

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan Gerak Khas Undercover di TV3, setiap hari Jumaat, 10.30 malam bermula 1 Oktober 2021 dan di platform penstriman iQiyi pada hari yang sama ia disiarkan di seluruh Malaysia.

Drama bersiri ini akan disertakan dengan sari kata Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris serta boleh ditonton secara percuma pada bila-bila masa melalui laman www.iQ.com/local atau muat turun aplikasi iQiyi di App Store dan Play Store melalui pautan berikut: http://bit.ly/iQIYI

UTAMAGAYA HIDUPAntara Hidup Dan Mati, Gerak Khas Undercover Buat Penonton Teruja

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium