“Saya rasa berdosa, takut azab Allah dari kejian manusia” – Didakwa dengki terhadap Ebit Lew, Firdaus Wong buka mulut - pakdin.my

Sejak tular video seks yang didakwa milik pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew (UEL), pelbagai spekulasi mulai timbul.

Malah, nama pendakwah Firdaus Wong turut terpalit gara-gara mendedahkan perbualan lucah didakwa milik UEL.

Terbaharu, menerusi program bual bicara TV9, Sembang Viral yang dihoskan oleh Datuk Rosyam Nor, Firdaus Wong telah tampil bersuara bagi merungkai segala persoalan dan tohmahan yang dilemparkan olehnya.

Menerusi temubual terbabit, Rosyam menjelaskan tanggapan warganet mengenai Firdaus yang dilihat sebagaii seorang yang berani dan lantang bersuara mengenai isu tersebut.

Namun, pendakwah itu mengakui agak takut berdepan dengan mangsa dan individu yang datang mengadu kepadanya.

“Saya rasa berdosa dan tidak tahu nak jawab apa di akhirat sana sekiranya tidak membantu mangsa-mangsa kezaliman ini. Saya takut azab Allah daripada kejian mahupun hinaan manusia.

“Buat pengetahuan semua, bukan semua mangsa mengadu kepada saya. Saya ada ramai kawan aktivis dan mereka datang kepada saya untuk minta kerjasama sebaik sahaja mendapat aduan daripada mangsa. Oleh itu, pihak saya akan membantu,” katanya.

Firdaus turut menjawab segala tohmahan dan fitnah yang dilemparkan oleh warganet yang mendakwa dirinya mempunyai hasad dengki terhadap pendakwah itu.

“Dalam hati saya maafkan mereka dan saya kasihan dengan mereka sebab ada banyak benda saya tahu tapi tak boleh bagi tahu.

“Walaupun ada yang herdik, caci, ada yang suruh saya keluar daripada agama dan masuk semula ke agama lama, saya tetap maafkan semua,” katanya.

UTAMAGAYA HIDUPHIBURAN“Saya rasa berdosa, takut azab Allah dari kejian manusia” – Didakwa dengki...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium