NASIONALNAHAS & BENCANALelaki lemas mandi di Sungai Kedondong, Batang Kali

Lelaki lemas mandi di Sungai Kedondong, Batang Kali

Seorang lelaki ditemukan lemas ketika mandi di Sungai Kedondong, Batang Kali di sini hari ini.

Kejadian dipercayai berlaku kira-kira pukul 3.50 petang apabila mangsa, Muhammad Kamal Nordin, 22, mandi bersama enam rakannya di lokasi kejadian.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 3.56 petang berhubung kejadian terbabit.

Beliau berkata, sepasukan enam anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu bergegas ke lokasi dan operasi pencarian dibantu Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dari BBP Shah Alam dan BBP Pelabuhan Klang.

“Mangsa ditemukan pada pukul 5.15 petang berhampiran tempat dia dipercayai tenggelam dengan kedalaman kira-kira tiga meter.

“Tujuh sekawan ini termasuk mangsa terdiri daripada lima lelaki dan dua perempuan dan mereka datang dari Gombak,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Berkaitan:
https://pakdin.my/tag/lemas+batang-kali/

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

[VIDEO] Alhamdulillah, Jaslinda Dah Jumpa! Dua Minggu Survive Minum Air Periuk Kera

[VIDEO] Tragedi Sungai Banting, Linga: 8 selamat, 1 hilang

Permintaan Ayam Tua Meningkat Menjelang Hari Gawai Dayak

Terkini:

Menteri Agama Tak Tabayyun Dalam Isu RCI Tabung Haji?

[VIDEO] Hotel FELDA mana nak dijual? PMX, jangan buat rakyat keliru

Mengenai kami