Friday, February 23, 2024

Ibu bapa punca 100 remaja di Kelantan tolak vaksin- pakdin.my

KOTA BHARU – Dianggarkan seramai 100 remaja di negeri ini dikesan enggan menerima suntikan vaksin Covid -19 selepas dipercayai terpengaruh dengan pendirian ibu bapa masing-masing.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Dr. Izani Husin berkata, berdasarkan maklumat yang diperoleh, kumpulan terbabit tidak memberi alasan khusus mengenai tindakan mereka menolak vaksin.

“Berkemungkinan besar pelajar-pelajar dipengaruhi oleh ibu bapa masing-masing. Selain itu, ada juga remaja terbabit masih menunggu kebenaran untuk menerima vaksin yang memerlukan persetujuan ibu bapa.

“Sehingga kini, kita mengesan kira-kira 100 remaja yang enggan divaksin, namun secara keseluruhan sambutan terhadap program vaksinasi dalam kalangan remaja amat menggalakkan sejak dimulakan 20 September lalu,” katanya selepas turun padang melihat perkembangan vaksinasi di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Remaja di Sekolah Kebangsaan Demit 2 di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Izani berkata, sehingga hari ini, kira-kira 160,000 remaja berusia antara 12 hingga 17 tahun di seluruh Kelantan sudah menerima sekurang-kurangnya suntikan dos pertama.

UtamaBERITAAMIbu bapa punca 100 remaja di Kelantan tolak vaksin

Ikuti kami di: FACEBOOK | INSTAGRAM | META | X | TIKTOK | YOUTUBE

POPULAR