PH Melaka rujuk mahkamah kerajaan caretaker

MELAKA – Pakatan Harapan (PH) Melaka mempersoalkan kewajaran pelantikan Datuk Seri Sulaiman Md. Ali sebagai caretaker Ketua Menteri dan akan merujuk kepada mahkamah bagi memastikan keabsahan pengumuman keputusan itu.

Pengerusinya, Adly Zahari berkata, tugas pentadbiran kerajaan negeri itu sepatutnya dipertanggungjawabkan kepada Setiausaha Kerajaan Negeri sehingga Ketua Menteri baharu dilantik.

“Perkara itu juga selari dengan apa yang berlaku pada 2 Mac 2020.

“PH Melaka akan merujuk kepada mahkamah bagi memastikan keabsahan “caretaker government” sepertimana yang diumumkan oleh Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh,” katanya dalam satu kenyataan dikeluarkannya hari ini.

Semalam empat ADUN iaitu Datuk Seri Idris Haron (BN-Sungai Udang), Datuk Nor Azman Hassan (BN-Pantai Kundor), Datuk Noor Effandi Ahmad (Bersatu-Telok Mas) dan Datuk Norhizam Hassan Baktee (Bebas-Pengkalan Batu) mengumumkan menarik sokongan terhadap kerajaan negeri pimpinan Sulaiman.

Ab. Rauf pada petang tadi mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, di Seri Negeri selepas dipersetujui Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Ali Mohd. Rustam dan pentadbiran kerajaan negeri akan berjalan seperti biasa diurus oleh kerajaan caretaker pimpinan Sulaiman sehingga pilihan raya diadakan kelak.

Dalam pada itu, Adly turut menyifatkan permohonan Sulaiman kepada Mohd. Ali untuk membubarkan DUN Melaka adalah langkah tidak bertanggungjawab.

“PH berpandangan bahawa permohonan Sulaiman itu mempamerkan sikap beliau yang tidak bertanggungjawab kerana rakyat masih lagi bergelut dengan pandemik Covid-19, malah pilihan raya negeri (PRN) Sarawak telah ditangguhkan atas alasan yang sama,” katanya.

Facebook Comments

BERKAITAN

TERKINI

Syed Saddiq mempergunakan nama ibu bapa untuk berbohong?

Syed Saddiq didakwa mengeluarkan wang tunai RM1.12 juta secara tidak jujur daripada akaun bank PPBM untuk kegunaan sendiri. Daripada situ, dia menggunakan RM100k untuk membeli...

[Video] Seorang daripada dua remaja hilang akibat arus deras di Penampang ditemukan

Penampang: Seorang daripada mangsa yang dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus deras di Sungai Kampung Pogunon, sejak semalam, ditemukan lemas di Sungai Moyog Kampung Pagansakan...

SPRM akan siasat individu terima dana UKSB termasuk Muhyiddin Yassin

SPRM dalam kenyataan berkata, agensi itu juga mengesahkan sudah menerima beberapa aduan terhadap individu terbabit Siasatan yang akan dijalankan mengikut bidang kuasa yang...

Artis versetile, Adibah Noor meninggal dunia

Ramai peminat masih tidak dapat menerima kenyataan pemergian artis versatile Adibah Nor. Media sosial di penuhi dengan berita pemergian beliau. Berita awal mengenai pemergian Allahyarham...

2 remaja maut motosikal bertembung kereta di Kalumpang

HULU SELANGOR: Dua remaja lelaki maut selepas motosikal dinaiki mereka, bertembung sebuah kereta di Kilometer 75 Jalan Kuala Lumpur-Ipoh dekat Taman Keliang, Kalumpang di...

Dr Mahahir lindungi Muhyiddin daripada didakwa – Razlan

Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Razlan Rafii mendakwa berlaku pendakwaan terpilih ketika pentadbiran Mahathir Mohamad, susulan laporan Muhyiddin Yassin dikatakan menerima dana daripada Ultra...

Benarkah Muhyiddin sedang di rawat ketika dikatakan menerima wang dari UKSB?

"Saya sedang rawat kanser. Tak mungkin terima sogokan" Katanya, ini kerana antara Jun hingga Ogos 2018 beliau menjalani pembedahan kanser dan kemudian mengambil cuti selama...

[Video] Tragedi 15 rumah terbakar di Petagas

PUTATAN: Lebih 10 rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Contoh, Petagas, di sini, malam tadi. Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim, berkata...

[Video] DUA pelajar pondok di temui terapung dalam keadaan berpelukan

KOTA BHARU: Dua pelajar sebuah pondok di Pasir Tumboh di sini, yang hilang di Sungai Machang, Limbat, petang semalam ditemukan lemas, jam 8.40 pagi...