PERISTIWA SEBAGAI PENGAJARAN
More

    Siasat dakwaan ADUN Warisan ditawar RM1 juta

    PUTATAN – Gerakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Malaysia menggesa polis menjalankan siasatan berhubung dakwaan Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal bahawa terdapat tawaran RM1 juta dan jawatan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang keluar daripada parti berkenaan.Presidennya, Datuk Fadli Fathullah berkata, laporan polis telah dibuat bagi mewakili kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berkaitan kenyataan Mohd Shafie melalui sidang akhbarnya.

    Menurutnya, laporan polis itu dibuat supaya pihak berkuasa termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melakukan siasatan.

    “Selaku Presiden Gerakan NGO Malaysia, kita memohon siasatan lanjut dilakukan terhadap Mohd Shafie berhubung kenyataan bahawa pihak beliau menerima panggilan oleh beberapa individu daripada GRS menawarkan wang RM1 juta dan jawatan sekiranya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang bersetuju menyertai kerajaan GRS.

    “Gerakan NGO menafikan sekeras-kerasnya kenyataan dan tuduhan ini. Kami minta pihak berwajib seperti SPRM melakukan siasatan dengan lebih telus untuk menghadapi situasi pergolakan politik ketika ini,” katanya kepada Sinar Harian selepas membuat laporan di Balai Polis Putatan di sini pada Ahad.

    Beliau berkata, tuduhan Mohd Shafie itu akan menggugat kedudukan dan mengganggu urusan kerajaan selain mencemari kedudukan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor serta imej kerajaan GRS.

    Beliau berkata, pihaknya tidak mahu bekerjasama dengan mana-mana pihak jika terdapat unsur pembabitan rasuah sama ada daripada pihak pembangkang atau GRS.

    Pada Sabtu, Mohd Shafie dalam sidang akhbarnya mendakwa beberapa ADUN Warisan turut dipengaruhi untuk keluar daripada parti dan ditawarkan wang RM1 juta sekiranya menyertai GRS.

    Dakwaan itu didedahkan selepas ADUN Sindumin, Datuk Sr Yusof Yacob mengumumkan keluar daripada Warisan pada Jumaat.

    # Tag

    Berkaitan

    UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

    Penggodam Ceroboh Bursa Malaysia: Bina Puri Holdings, Pos Malaysia terjejas teruk

    PAS uses UMDAP to attack UMNO

    Kumpulan Pemisah serang kereta polis di Songkhla, seorang maut

    Lelaki dari Narathiwat ditembak mati di Yala

    Popular

    Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

    Gaji PDRM, ATM ikut perkhidmatan awam

    [Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

    6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

    Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

    Terkini

    UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

    PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN

    PRK DUN Ayer Kuning: Barisan Nasional (BN) bergaya

    PRK DUN Ayer Kuning: Analisis Kekalahan PN

    Penggodam Ceroboh Bursa Malaysia: Bina Puri Holdings, Pos Malaysia terjejas teruk

    Hasrat PN gabung dengan UMNO hanya mimpi di siang hari – Ahmad Zahid

    PAS menggunakan UMDAP untuk menyerang UMNO

    PAS uses UMDAP to attack UMNO

    Tolong lah subscribe - klik butang dibawah