Kadar kesuburan Malaysia pada 2020 terendah dalam tempoh empat dekad - pakdin.my

Kadar Kesuburan Jumlah (TFR) bagi wanita umur reproduktif di Malaysia merosot kepada 1.7 anak pada 2020 berbanding 1.8 anak pada 2019, menurut laporan Vital Statistics Malaysia 2021 yang dikeluarkan hari kini.

“Kadar kesuburan pada 2020 adalah yang terendah dalam tempoh empat dekad dengan 4.9 anak bagi setiap wanita pada 1970.

“Kadar kesuburan Malaysia adalah di bawah paras penggantian 2.1 anak sejak tahun 2013,” kata Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin ketika mengulas laporan itu.

Laporan itu mengandungi statistik kelahiran dan kematian berdasarkan ciri-ciri demografi di peringkat pentadbiran daerah, negeri dan nasional pada 2020.

Berdasarkan manual Principles and Recommendations For A Vital Statistics (Revision 3), United Nations Statistics Division (2014), paras penggantian 2.1 bermaksud purata bilangan anak yang perlu dilahirkan oleh seseorang wanita dengan menanggung seorang anak perempuan yang hidup sehingga anak itu melahirkan anak.

Mohd Uzir berkata semua negeri mencatatkan TFR di bawah paras penggantian kecuali Terengganu (2.9 anak), Wilayah Persekutuan Putrajaya (2.8 anak) dan Kelantan (2.7 anak).

Beliau berkata trend kemerosotan kadar kesuburan di Malaysia adalah selari dengan negara maju lain seperti Australia (1.7 anak), United Kingdom (1.7 anak), Amerika Syarikat (1.7 anak), New Zealand (1.6 anak), Jepun (1.4 anak) dan Korea Selatan (0.9 anak).

Katanya bilangan kelahiran hidup yang dicatatkan pada tahun 2020 ialah 470,195 iaitu menurun sebanyak 3.6 peratus berbanding 487,957 pada 2019.

“Ini merupakan kelahiran hidup terendah dalam tempoh sedekad. Lebih ramai bayi lelaki dilahirkan berbanding bayi perempuan iaitu masing-masing 243,617 dan 226,578,” katanya.

Mohd Uzir berkata penurunan jumlah kelahiran hidup telah menyumbang kepada kemerosotan dalam Kadar Kelahiran Kasar (CBR) daripada 15.0 kelahiran pada 2019 kepada 14.4 bagi setiap penduduk pada 2020.

“Trend penurunan dalam kelahiran ini disumbangkan oleh peningkatan taraf pendidikan wanita dan peningkatan pembabitan wanita dalam tenaga buruh,” katanya.

Beliau berkata faktor seperti peningkatan purata umur perkahwinan pertama, kesan evolusi perbandaran, perubahan gaya hidup, status ekonomi dan peningkatan penggunaan kaedah merancang keluarga turut menyumbang kepada trend penurunan kelahiran.

Katanya purata umur ibu bagi kelahiran hidup pertama meningkat 0.1 tahun daripada 27.9 tahun pada 2019 kepada 28.0 tahun pada 2020.

Mohd Uzir berkata Terengganu mencatatkan kadar tertinggi dengan 21.6 kelahiran bagi setiap seribu penduduk pada 2020 manakala Pulau Pinang mencatatkan kadar terendah dengan 11.1 kelahiran.

Kadar CBR tertinggi pada 2020 dicatatkan oleh daerah Kuala Terengganu, Terengganu dengan 26.9 kelahiran bagi setiap seribu penduduk manakala Kinabatangan, Sabah mencatatkan kadar terendah dengan 3.7 kelahiran.

Beliau berkata jumlah kematian yang dicatatkan di Malaysia pada 2020 ialah 166,507 menyaksikan penurunan sebanyak 4.2 peratus berbanding 173,746 kematian pada 2019.

Katanya Kadar Kematian Kasar (CDR) terus menurun daripada 5.3 pada 2019 kepada 5.1 kematian bagi setiap seribu penduduk pada 2020.

Mohd Uzir berkata berdasarkan CBR dan CDR di Malaysia, secara purata 14.4 orang dilahirkan dan 5.1 orang meninggal dunia bagi setiap seribu penduduk pada 2020 dengan nisbah 2.8 kelahiran bagi setiap kematian.

Beliau berkata jika melihat pada 10 tahun lepas, bagi setiap seribu penduduk secara purata 17.2 orang dilahirkan dan 4.6 orang meninggal dunia dengan nisbah 3.7 kelahiran bagi setiap kematian.

UTAMABERITAAMKadar kesuburan Malaysia pada 2020 terendah dalam tempoh empat dekad

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium