Friday, December 20, 2024

“Ramai panggil saya c*laka, bab*…” – Didakwa buka aib Raja Farah, Fauzi Nawawi mohon maaf

Pelakon, Fauzi Nawawi tampil memohon maaf atas kesalahannya terlepas kata mengenai isu melibatkan pengalaman berlakon bersama Raja Farah dalam filem Anak Halal.

Menurut Fauzi, laman sosialnya menjadi sasaran netizen yang mendakwanya membuka aib Raja Farah.

Ramai yang marah dan tidak berpuas hati dengan tindakan Fauzi mengulas babak rogol yang dilakonkan bersama aktres itu pada tahun 2007 dalam sebuah rakaman program televisyen.

Fauzi turut memuat naik video di Instagram memohon maaf kepada Raja Farah, suami, keluarga serta orang ramai yang tidak berpuas hati dengan kontroversi viral itu.

“Minta maaf kerana mungkin video ini agak lambat saya muat naik di media sosial kerana saya pun baru balik dari penggambaran. Saya kerja dan mendapat tahu mengenai berita ini pun sudah lewat malam semasa di set penggambaran.

“Kebetulan saya pun sedang menjalani babak yang berat, jadi terpaksa tutup semua komen sebab tak nak mengganggu fikiran. Saya tak tahu apa yang netizen marah sangat sampai sanggup maki dan hantar mesej yang bukan-bukan di Instagram.

“Begitu juga di Twitter, saya tengok ramai maki panggil saya celaka, babi. Tak apa, saya terima dengan lapang dada dan tenang walaupun kusut juga fikiran ini,” katanya.

Tambah Fauzi, rakaman program televisyen itu telah berlangsung semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0 lagi dan telah lama ditayangkan tapi tidak pasti mengapa ia dikecohkan sekarang.

“Sebenarnya, saya tersedar telah terlepas cakap selepas habis rakaman program itu. Saya sudah minta pihak penerbit atau produksi untuk memotong bahagian yang sensitif sebab masa kami bersembang antara lelaki ini, ada yang tak terkawal cakap dan terlepas pula nama Raja Farah.

“Ketika itu, hos bertanyakan tentang watak yang sering bawakan sekitar 13 tahun lalu yang begitu sinonim dengan saya. Bila sudah terlepas cakap, saya sendiri pun rasa perkara itu patut dibuang atau ditutup. Tak tahu pula baru hari ini (semalam) ia ditularkan di Twitter,” katanya.

Namun, Fauzi mengakui kesalahannya dan menganggap dirinya jahil selain berulang kali memohon maaf kepada semua pihak yang terkesan, terutama kepada Raja Farah, suami dan keluarga mereka yang tersinggung dengan tindakannya melalui rakaman video tersebut.

Berkaitan

DUNIA

[VIDEO] Jumlah kematian akibat perang Israel ke atas Gaza melebihi 45,000

DUNIA

Ribuan penduduk kepulauan Lautan Hindi maut; Taufan Chido paling dahsyat dalam...

DUNIA

Mayat lelaki Thailand yang melompat ke dalam Sungai Golok untuk melarikan...

Popular

NAJIB RAZAK

Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

EKONOMI
6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

[Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

AM

[Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas

NASIONAL

Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar...

EDITORIAL

Jangan Sampai Skandal Abdullah Ang Berulang…