Algojo dari Sentul gantung lebih 850 banduan akhir di Singapura meninggal dunia pada usia 89 tahun susulan komplikasi COVID-19 - pakdin.my

Selama beberapa dekad, suaranya adalah yang terakhir didengari lebih 850 banduan di Singapura sebelum ke tali gantung.

Sebelum menarik tuil, tukang gantung kelahiran Kuala Lumpur, Darshan Singh meniupkan kata semangat agar mereka lebih berani kerana akan dihantar ke “tempat yang lebih baik”.

Menurut cucunya, Poojaa Darshan Kaur Gill, beberapa banduan hukuman gantung di Penjara Changi dipercayai meminta Darshan menjadi tukang gantung mereka.

Pooja berkata Darshan menenangkan banduan akhir itu, terutama mereka yang tidak menerima pelawat atau tiada sokongan agama.

Tukang gantung prolifik Singapura, yang dibesarkan di Sentul ini, meninggal dunia Ahad lalu, pada usia 89 tahun susulan komplikasi Covid-19.

Beliau dan rakan sepasukannya dalam pasukan hoki gabungan sekolah-sekolah Selangor, A Muthucumarasamy, sama-sama menyertai perkhidmatan penjara Singapura itu pada 1957.

Darshan menamatkan perkhidmatannya pada 2006 dan Muthucumarasamy, juga berusia 89 tahun, bersara beberapa tahun lebih awal sebagai penolong pengarah penjara.

Poojaa Darshan Kaur Gill berkata dia menghormati datuknya, Darshan Singh, kerana berani melaksanakan tugas menggantung banduan akhir.

Poojaa Darshan Kaur Gill berkata dia menghormati datuknya, Darshan Singh, kerana berani melaksanakan tugas menggantung banduan akhir. (Gambar Twitter)

Ketika bersara, Darshan pernah memberitahu The Straits Times bahawa dia cukup merindui pekerjaannya.

“Ya, saya tahu bagaimana untuk memastikan mereka gembira. Saya tahu seni itu.”

Beliau pernah menggantung 18 bekas samseng dalam sehari pada 29 Okt 1965, tiga orang pada satu-satu masa.

Mereka disabitkan membunuh empat pegawai penjara dalam satu rusuhan di Pulau Senang, sebuah bekas penjara dua tahun sebelumnya.

UTAMABERITAAMAlgojo dari Sentul gantung lebih 850 banduan akhir di Singapura meninggal dunia...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium