NASIONALNAHAS & BENCANALelaki Rohingya mati lemas, rakan masih hilang

Lelaki Rohingya mati lemas, rakan masih hilang

ALOR SETAR – Seorang lelaki Rohingya mati lemas manakala rakannya dipercayai daripada etnik sama masih hilang selepas motosikal dinaiki mereka terbabas ke dalam terusan berdekatan Kampung Pulau Bidin, Pokok Sena dekat sini kira-kira pukul 8 malam ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kedah, Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam berkaitan kejadian pada pukul 8.16 malam.

Kata beliau, seorang mangsa yang dikenali sebagai Mohamad Rofiq Mohd. Shah Alam, 26, diselamatkan orang awam sebelum anggota bomba tiba.

“Namun anggota perubatan yang tiba mengesahkan lelaki itu telah meninggal dunia manakala seorang lagi mangsa masih belum ditemui,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tambahnya, operasi pencarian di permukaan sungai sedalam kira-kira tiga meter itu masih dijalankan bagi mengesan seorang lagi mangsa. – K! ONLINE

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

[VIDEO] Saman seksual: Keputusan permohonan Perdana Menteri 30 September

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami