[Video] #PRNMelaka: ‘Pembelot’ berdepan kesukaran tanpa BN, kata Najib - pakdin.my

Bekas pemimpin Barisan Nasional (BN) yang melompat keluar akan berdepan kesukaran untuk kembali menang di kerusi ditandingi ketika menjelang pilihan raya, kata Najib Razak.

Merujuk kepada pemimpin BN mahupun Umno terdahulu yang sudah meninggalkan parti berkenaan, bekas Perdana Menteri dan Presiden Umno itu, berkata golongan itu sebenarnya dilihat sebagai kuat kerana mendapat sokongan daripada parti.

“Apabila mereka tidak mempunyai parti yang besar dan kuat seperti BN di belakang mereka, kita dapat lihat mereka tidak seberapa pun, tidak seperti yang kita fikirkan dulu masa dia dalam Umno,” katanya dalam wawancara di laman Facebook Umno.

“Masa mereka lompat mereka tak sedar tapi… bila mereka berdepan pilihan raya negeri atau pilihan raya kecil, apatah lagi pilihan raya umum nanti… (mungkin mereka sedar) salah satu faktor yang amat penting adalah kekuatan parti di belakang kita, yang sebelum ini dimenangi sebab disokong sepenuhnya parti,” katanya tanpa menyebut pihak mana yang dimaksudkan.

Wawancara dalam talian itu dilakukan bagi mengangkat semangat penyokong BN dan Umno menjelang hari pengundian pilihan raya negeri (PRN) Melaka, pada Sabtu depan.

Dua wakil Umno, iaitu bekas Ketua Menteri Idris Haron (Sungai Udang) dan Nor Azman Hassan (Pantai Kundor) antara individu yang bertanggungjawab meruntuhkan kerajaan negeri selepas menarik sokongan. Mereka telah dipecat, dan masing-masing kini menjadi ahli PKR serta Amanah.

Idris akan bertanding di kerusi Asahan, manakala Nor Azman kekal mahu mempertahankan kerusi Pantai Kundor dalam PRN Melaka minggu depan.

Menyentuh keputusan BN bertanding “secara solo” pada PRN Melaka, Najib berkata, gabungan itu tiada pilihan selepas PAS memutuskan bertanding di bawah Perikatan Nasional (PN), yang dipimpin Bersatu.

Keputusan PAS itu menimbulkan persoalan berhubung masa depan Muafakat Nasional (MN) – perikatan antara Umno dan PAS yang dibentuk pada September 2019 dengan sasaran menyatukan undi Melayu-Muslim.

“Bergerak solo bukan pilihan kita. Kita bersedia bekerjasama dengan PAS di bawah MN. Kita harapkan sangat MN jadi ‘template’ untuk pilihan raya bermula di Melaka… namun kita tidak ada pilihan,” katanya dengan menambah beliau percaya tidak semua kalangan penyokong PAS yang suka apabila MN tidak menjadi kenyataan.

“Saya berani katakan keputusan tersebut tidak melambangkan isi hati setiap anggota PAS. Saya anggap walaupun tidak jadi secara formal, tetapi ia boleh berlaku juga secara tidak langsung, maknanya orang PAS pun boleh sokong BN dan kita tak tutup pintu sama sekali.

“Mungkin di PRU15, mana tahu boleh jadi satu kenyataan nanti.”

Janngan lupa subscribe

UTAMANAJIB RAZAK #PRNMelaka: ‘Pembelot’ berdepan kesukaran tanpa BN, kata Najib

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium