PILIHAN RAYA#PRNMelaka: Ada penerimaan positif, meyakinkan pengundi terhadap PN - Azmin

#PRNMelaka: Ada penerimaan positif, meyakinkan pengundi terhadap PN – Azmin

Ada penerimaan positif dan meyakinkan daripada pengundi Melaka terhadap Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, kata Pengarah Pilihan Raya PN Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu berkata walaupun masih sukar memaklumkan angka kawasan yang mampu dikuasai PN tetapi beliau yakin ada ruang pada pecutan terakhir kempen yang berbaki beberapa hari lagi.

“Kita bertanding di semua 28 kerusi DUN (Dewan Undangan Negeri) Melaka, harapan kita untuk pastikan PN dapat sokongan majoriti rakyat Melaka, ada perkembangan positif dan meyakinkan di beberapa kawasan yang kita turun berkempen sekarang ini.

“Walaupun dalam keadaan SOP (prosedur operasi standard) ketat, kita memang kena bekerja kuat dan kita akan cuba yang terbaik dalam pecutan terakhir ini,” katanya selepas solat Isyak berjemaah dan menghadiri jamuan makan malam di Surau Akbar Ali, Kampung Tedong, Serkam hari ini.

PN bertanding pada PRN Melaka yang dijadualkan 20 Nov ini dengan Bersatu di 15 kerusi, PAS (lapan) dan Gerakan (5).

Beliau juga berkata calon Ketua Menteri sudah dikenal pasti dan akan diumum secepat mungkin selepas PRN Melaka jika PN berjaya membentuk kerajaan negeri.

Katanya seperti yang diumumkan oleh Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin, calon Ketua Menteri adalah daripada Bersatu. – BERNAMA

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Kenyataan Fahmi Fadzil sambut keterbukaan BN runding kerusi Melaka: Antara pragmatisme politik dan bayangan pengaruh DAP?

Terkini:

Menteri Agama Tak Tabayyun Dalam Isu RCI Tabung Haji?

[VIDEO] Hotel FELDA mana nak dijual? PMX, jangan buat rakyat keliru

Mengenai kami