Mohon kediaman mengikut Akta Ahli Parlimen (Saraan) dibuat 2018, kenapa sekarang dibangkitkan – Najib

Dia sendiri yang pinda Akta semasa dia PM4.

Office saya cuma mohon diberi kediaman selepas PRU14 seperti dalam akta dipinda dia.

Kerajaan beri 3 bidang tanah kerajaan untuk pilih maka saya pilih satu.

Tanah kerajaan dekat Dewan Bahasa dan Pustaka sebab keluarga saya rasa lokasi itu paling sesuai bagi mereka.

Bukan sudah diluluskan kerajaan hari ini pun.

Bukan saya minta hadiah RM100 juta dari kerajaan atau suruh kerajaan belanja untuk beli tanah tetapi kediaman seperti diberi kepada kesemua bekas-bekas Perdana Menteri.

Nilai RM100 juta itu diberi portal pro-PN MalaysiaNow dan cerita dikeluarkan sempena PRN Melaka walaupun permohonan saya dibuat pada tahun 2018 selepas PRU14.

Bukan kita tak tahu kenapa.

Malah pejabat bekas perdana Menteri saya cuma satu banglo disewa di Bukit Pantai.

Bukan kompleks besar macam perdana leadership foundation Mahathir.

Anak-anak saya pun bukan bilionaire macam anak-anak dia.

Lalu, dia tanya apa jasa saya sebagai PM?

Tak ada apa-apa pun jasa saya.

Cuma:
1. Menyelamatkan ekonomi negara daripada The Great Global Recession tahun 2008 hingga 2010.

2. Kadar pertumbuhan ekonomi antara paling tinggi dirantau ASEAN sepanjang tempoh saya PM.

3. Jumlah nilai pelaburan asing paling tinggi dalam sejarah dan antara paling tinggi antara negara-negara jiran semasa saya PM.

4. Aset negara naik RM1.2 trilion dari RM800 bilion ke RM2 trilion dari tahun 2008 ke 2017 masa saya PM.

Mahathir sendiri yang mengaku ini pada awal tahun 2020 walaupun banyak kali dia tipu bahawa negara sudah bankrap bawah Najib.

“Dr M: Malaysia can tap RM2 trillion savings to further stimulate economy”
https://www.theedgemarkets.com/article/dr-m-malaysia-can-tap-rm2-trillion-savings-further-stimulate-economy

5. Aset bersih Petronas naik 4 kali ganda dari RM114.4 bilion pada tahun 2008 ke RM432.8 bilion pada akhir tahun 2017 sebab saya guna 1MDB untuk menyelesaikan masalah perjanjian IPP berat sebelah yang merugikan negara sebanyak RM15 bilion setahun ketinggalan Mahathir.

Lalu jatuh RM51.8 bilion dari RM432.8 bilion ke RM381 bilion pada akhir tahun 2020 lepas sebab kerajaan PH kamu dan PN banyak menjarah Petronas sehingga ianya diturun penarafan untuk 3 tahun berturut-turut.

6. Nilai aset bersih Khazanah Nasional naik hampir 4 kali ganda dari RM33.7 bilion pada akhir tahun 2008 ke RM116.1 bilion pada akhir tahun 2017 sebelum PRU14

Lalu jatuh ke RMR1.6 bilion pada akhir tahun 2019 dan seterusnya ke RM81.9 bilion pada tahun 2020.

Kejatuhan RM34.2 bilion bawah PH dan PN sebab dorang banyak jual aset negara.

7. Indeks Bursa Malaysia naik dari 800 point ke hampir 1,900 point sebelum PRU14 yang menjadikan pasaran saham kita antara paling lama dalam trend menaik ataupun World;s longest bull-run market.

8. Selamatkan Proton yang sebelum ini rugi memanjang tiap-tiap tahun semasa dia penasihat Proton dan Pengerusi Eksekutif Proton. Walaupun DRB Hicom (bukan kerajaan) telah jual 49% saham kepada Geely tapi Proton kembali untung dan kuat sekarang.

9. Yang lain-lain seperti sambungan LRT1 dan LRT2, LRT3, MRT, ECRL, Pan Borneo Highway tanpa tol, lebuhraya Central Spine Road ke Kelantan tanpa tol, MCKIP, TRX, Pangkalan Udara Sendayan serta Air base PDRM Subang (serta 7 lagi pangkalan udara dinaikkan taraf atau dibina 1MDB) dan lain-lain dalam masa 9 tahun sahaja itu tak perlu sebut.

10. Program-program seperti UTC, Klinik 1Malaysia, BR1M dan lain-lain yang berjaya menurunkan jurang pendapatan mengikut pekali GINI ke paling rendah dalam sejarah yang kemudian dinaikkan PH.

Malah mahkamah juga telah mengesahkan bahawa dana sebanyak RM642 juta yang saya terima dari Kementerian Kewangan Arab Saudi pun saya semuanya beri untuk kegunaan kebajikan dan program CSR bagi Rakyat. Bukan digunakan untuk peribadi saya pun.

Jika saya tamak, saya dah ambil RM100 juta dari RM642 juta itu untuk beli rumah besar-besar seperti rumah kamu di Country Heights. Masih lagi baki RM542 juta untuk beri pada Rakyat.

Tapi saya tak buat begitu pun.

Sebab itu Mahathir masih penuh dengki dengan saya. Sebab saya langsung tak ada sebarang jasa atau pencapaian.

Nak pertikaikan apa yang saya tulis di atas ini, dipersilakan Mahathir.

Facebook Comments

BERKAITAN

Kategori:

TERKINI

Padah benarkan pelajar perempuan ambil gambar tanpa baju

Guru seni wanita, 41, dipecat selepas membiarkan pelajar berusia 15 tahun bergambar TANPA BAJU dan murid lain membuat simulasi melancap dan memegang botol alkohol...

Kesesakan LRT: PH melalak dan merapu sembang fasal dasar pengangkutan awam, rakyat teraniaya

Korang nak tahu tak fasal LRT 3 yang dijangka dirasmikan dan digunapakai tahun 2023 nanti actually tersasar dari jadual asal sepatutnya tahun 2020 dah...

Gol pelik punca Selangor diratah JDT

Ketua jurulatih Selangor FC, Michael Feichtenbeiner menyifatkan dua gol pada awal permainan yang dijaringkan Johor Darul Ta'zim (JDT) mematahkan semangat pemainnya hingga diratah 1-5...

[Video] Jalan sesak akibat Kemalangan 2 lori terbalik di KM 425.7 (arah utara) PLUS Utara di antara Bukit Beruntung & Bukit Tagar.

Kejadian berlaku kira-kira jam 10 pagi di KM425.7 (arah utara) Lebuhraya Plus diantara Bukit Beruntung ke Bukit Tagar. Kesesakan berlaku sejauh 18 kilometer dari Rawang...

Syed Saddiq mempergunakan nama ibu bapa untuk berbohong?

Syed Saddiq didakwa mengeluarkan wang tunai RM1.12 juta secara tidak jujur daripada akaun bank PPBM untuk kegunaan sendiri. Daripada situ, dia menggunakan RM100k untuk membeli...

[Video] Seorang daripada dua remaja hilang akibat arus deras di Penampang ditemukan

Penampang: Seorang daripada mangsa yang dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus deras di Sungai Kampung Pogunon, sejak semalam, ditemukan lemas di Sungai Moyog Kampung Pagansakan...

SPRM akan siasat individu terima dana UKSB termasuk Muhyiddin Yassin

SPRM dalam kenyataan berkata, agensi itu juga mengesahkan sudah menerima beberapa aduan terhadap individu terbabit Siasatan yang akan dijalankan mengikut bidang kuasa yang...

Artis versetile, Adibah Noor meninggal dunia

Ramai peminat masih tidak dapat menerima kenyataan pemergian artis versatile Adibah Nor. Media sosial di penuhi dengan berita pemergian beliau. Berita awal mengenai pemergian Allahyarham...

2 remaja maut motosikal bertembung kereta di Kalumpang

HULU SELANGOR: Dua remaja lelaki maut selepas motosikal dinaiki mereka, bertembung sebuah kereta di Kilometer 75 Jalan Kuala Lumpur-Ipoh dekat Taman Keliang, Kalumpang di...