NASIONALAMBomba selamatkan wanita OKU

Bomba selamatkan wanita OKU

SANDAKAN – Seorang wanita orang kurang upaya (OKU) diselamatkan pasukan bomba selepas ditemui berada di luar tingkap bangunan di kedai Sim Sing Hup Batu 8, deakt sini semalam.

Wanita berusia lingkungan 20 tahun berkenaan diselamatkan dengan kadar segera ekoran dibimbangi terjatuh dari bangunan terbabit dalam kejadian pukul 4 petang itu.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.04 petang.

“Sepasukan lima anggota dan pegawai bersama sebuah jentera dikerah ke lokasi kejadian sejurus menerima laporan itu.

“Sebaik tiba dilokasi kejadian, kita dapati ada seorang wanita berada di luar tingkap di tingkat satu bangunan berkenaan dan terus bertindak menurunkan mangsa sebelum diserahkan kepada keluarga,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, tiada sebarang kecederaan dilaporkan dan mangsa berada dalam keadaan selamat.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

[VIDEO] Selepas Kemelut PH 1.0 2018-2020, Johor Kembali ke Landasan Tepat – Pemangku Sultan Johor

[VIDEO] Tragedi Sungai Banting, Linga: 8 selamat, 1 hilang

Permintaan Ayam Tua Meningkat Menjelang Hari Gawai Dayak

Terkini:

Menteri Agama Tak Tabayyun Dalam Isu RCI Tabung Haji?

[VIDEO] Hotel FELDA mana nak dijual? PMX, jangan buat rakyat keliru

Mengenai kami