GAYA HIDUP“Alami batuk & kahak berdarah” – Cik B positif COVID-19, DSV mohon...

“Alami batuk & kahak berdarah” – Cik B positif COVID-19, DSV mohon doa orang ramai

Penyanyi, pelakon dan anak kepada usahawan kosmetik terkenal Datuk Seri Vida (DSV), Cik B disahkan positif COVID-19 dan sedang menjalani kuarantin kendiri di rumahnya.

Perkara itu dikongsikan oleh DSV menerusi sebuah video yang dimuat naik pada Jumaat.

“Saya panggil doktor datang ke rumah untuk periksa dan pantau Cik B sehari sekali. Saya tak mahu panik tetapi saya buat panggilan video kepada Cik B untuk memastikan dia baik.

“Anda semua kena doakan Cik B supaya dia kuat,” katanya.

Difahamkan, Cik B bukan sahaja kehilangan deria bau malah turut mengalami batuk dan kahak berdarah serta mata menjadi merah.

Selain itu, menerusi pemerhatian Xtra Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin, 16, turut memuat naik hantaran video berdurasi 50 saat memaklumkan keadaan terkini dirinya.

“Saya terkena jangkitan COVID-19. Tetapi tidak mengapa, tiada apa yang serius. Cuma saya tidak boleh bau tapi deria rasa masih okay.

“Boleh tengok mata saya merah dan bibir kering, tiada yang serius… Tidak boleh bau makanan sahaja.

“Bosanlah tetapi tidak mengapa. Saya mahu anda semua tolong doakan saya… Terima kasih,” katanya.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Takhta Negeri Sembilan kembali ke Pangkuan Adat, manakala ‘Pakar Perlembagaan’ menangis di sudut

Wawa, Aeril menjadi artis Malaysia pembayar zakat tertinggi

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami