Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]
UtamaPOLITIKPILIHAN RAYA#PRNMelaka: Taruhan PN lantik...

#PRNMelaka: Taruhan PN lantik wanita jadi Ketua Menteri tidak menjadi - pakdin.my

Pengundi bukan tolak wanita sebagai Ketua Menteri tetapi tengoklah wanita macamana, tak kan nak bagi kepada katak.

Tawaran Perikatan Nasional (PN) untuk melantik wanita sebagai Ketua Menteri, ternyata belum mampu memikat pengundi Melaka pada Pilihan Raya Negeri (PRN) atau memberi mandat kepada gabungan parti itu untuk memerintah negeri.

Ketua Bahagian Bersatu Masjid Tanah Datuk Mas Ermieyati Samsudin, 45, yang menjadi taruhan PN kecundang dalam persaingan tiga penjuru di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara apabila Ahli Parlimen Masjid Tanah itu kekurangan 364 undi berbanding Datuk Seri Ab Rauf Yusoh yang julung kali bertanding mewakili Barisan Nasional (BN), memperoleh 3,559 undi.

Ab Rauf yang juga Pengerusi UMNO Melaka berjaya mengatasi Mas Ermieyati merangkap Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, yang memperoleh 3195 undi.

Ini kali pertama seorang wanita dan ‘muka baharu” yang dipertaruhkan sebagai calon ketua menteri dalam pilihan raya negeri kali ini.

Selain Mas Ermieyati, dua lagi taruhan calon Ketua Menteri iaitu Datuk Seri Sulaiman Md Ali (BN) dan Naib Presiden Amanah Nasional, Adly Zahari yang merupakan calon dari PH, turut menang mudah di kerusi masing-masing.

Sulaiman memenangi kerusi DUN Lendu dengan majoriti undi 4,486, manakala Adly mengekalkan kerusi DUN Bukit Katil dengan undi majoriti 1,057.

Dalam pada itu, Pensyarah Kanan Fakulti Teknologi dan Informatik Razak Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Dr Mazlan Ali melihat kemenangan Sulaiman mampu meneruskan kembali kestabilan politik di negeri itu.

Pengalaman dan kematangan Sulaiman mentadbir Melaka sebelum ini membuktikan beliau layak dipilih sekali lagi untuk mengemudi negeri bersejarah itu, katanya.

“Bagaimanapun beliau (Sulaiman) mungkin kena belajar daripada kesilapan dan pengalaman yang lepas supaya politik di Melaka semakin matang serta tidak hilang fokus dengan kuasa sebaliknya mementingkan kepentingan rakyat,” katanya kepada Bernama.

Sulaiman dijangka mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Melaka ke-13 di hadapan Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam di Istana Melaka, awal pagi ini.

Sementara itu, Pensyarah Kanan Program Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Dr Jamaie Hamil berkata kemenangan Adly adalah disebabkan pesona dan latar belakang bekas ketua menteri itu yang lebih disenangi oleh penduduk setempat.

Menurut Jamaie aura Adly sendiri yang telah dikenali oleh penduduk Melaka dilihat menjadi faktor beliau memenangi kerusi DUN Bukit Katil, selain dibantu rakan dalam PH seperti DAP dalam kempen pilihan raya.

Menyentuh mengenai kekalahan Mas Ermieyati di DUN Tanjung Bidara pula, Jamaie berkata perkara itu telah dijangka memandangkan kawasan itu merupakan kubu kuat BN.

Jelasnya, walaupun Mas Ermieyati pernah menjadi tokoh kuat di Melaka, namun kemenangan beliau sebelum ini adalah atas tiket BN sebelum beralih kepada Bersatu dan tindakan itu kurang disenangi penduduk setempat. — BERNAMA

Facebook Comments

Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]

Berkaitan

Baca Juga

Ceramah di media sosial tarik Siti Hawa peluk Islam

Anak kelima daripada lapan beradik itu juga mengakui hatinya meruntun apabila mendengar ayat-ayat suci al-Quran dan mahu mempelajarinya. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162815

Zii Jia mara separuh akhir Terbuka Switzerland

Tampil sebagai pilihan kedua, Zii Jia menepati ramalan apabila tidak berdepan masalah untuk menewaskan pemain Taiwan, Lee Chia Hao 21-12, 21-17 BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162805

[VIDEO] Kertas siasatan SPRM terhadap Hakim Nazlan terdedah

Selaku General Counsel & Company Secretary Maybank, Nazlan tau mengenai aliran wang dari Maybank ke PPD & SRC. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162791

Pulau Selatan Thailand akan dibangunkan sebagai tempat pelancongan bertaraf dunia

Wilayah Satun terkenal dengan pemandangan semula jadi yang indah, dengan hutan, gunung dan pantai. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162780

Kereta terbalik, remaja putus jari kelingking

Kenderaan mangsa dipercayai terbabas melanggar pembahagi jalan lalu terbalik BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162769

Kes saman fitnah Ahmad Zahid terhadap Tun M ditetapkan pada November

Kenyataan fitnah itu adalah jelas dikeluarkan dengan niat jahat sebagai alat untuk mempengaruhi dan memberikan reputasi buruk serta negatif kepadanya selaku pemimpin tertinggi parti Barisan Nasional BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162758

Pekerja seks didakwa selepas lelaki berusia 70 tahun ditemui mati di hotel selatan Thailand

Polis membuat kesimpulan bahawa Chang meninggal dunia akibat serangan jantung selepas melakukan hubungan seksual dengan wanita itu BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162734

[VIDEO] Khemah bazar Aidilfitri diterbangkan ribut, pokok tumbang

Hujan dan angin kuat tersebut telah mengakibatkan pokok tumbang dan khemah jualan di bahu jalan diterbangkan angin lalu menutup jalan utama Jitra-Changlun BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162724

Malaysia kalahkan Turkmenistan 1-0 pada perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1

Malaysia kalahkan Turkmenistan 1-0 pada perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1 di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162714

[VIDEO] Masjid Ibnu Sina di Titiwangsa musnah dalam kebakaran

Kebakaran melibatkan ruangan solat di dalam masjid dengan angaran kemusnahan sebanyak 90 peratus BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162695

[VIDEO] Guna cek palsu, bekas pembantu tadbir Felda dipenjara, denda

April tahun sama di sebuah bank di Bandar Tun Abdul Razak, Maran, melibatkan nilai antara RM6,436 dan RM7,000 BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162685

[VIDEO] Pembinaan MRSM berbayar tidak libatkan peruntukan kerajaan – Ahmad Zahid

Pelan futuristik yang sedang disusun atur Majlis Amanah Rakyat (Mara) itu akan menggunakan kaedah inisiatif pembiayaan swasta (PFI) serta kerjasama dengan institusi kewangan. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162674