UtamaPOLITIKPILIHAN RAYAKami sokong Sulaiman sebagai...

Kami sokong Sulaiman sebagai Ketua Menteri, tiada tentangan – Ab Rauf - pakdin.my

ALOR GAJAH — Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh menafikan khabar angin bahawa terdapat tentangan terhadap pelantikan Datuk Seri Sulaiman Md Ali sebagai Ketua Menteri.

Beliau berkata, kesemua ketua-ketua bahagian parti itu di negeri ini sebulat suara menyokong penuh pelantikan itu sebagaimana dinyatakan sebelum ini.

”Saya ingin maklumkan bahawa kami tiada masalah, kita telah bersama-sama mendapat kerajaan yang stabil. Oleh itu saya menolak yang kononnya ada kemelut antara kami yang menentang Ketua Menteri sedia ada

”Kesemua kami (ketua-ketua bahagian), termasuklah saya selaku Pengerusi Badan Perhubungan UMNO akan berikan sokongan penuh kepada kepimpinan Datuk Seri Sulaiman sebagai Ketua Menteri Melaka,” katanya  pada sidang media di sini malam ini.

Beliau juga menegaskan lantikan Sulaiman menunjukkan kepercayaan rakyat Melaka dengan kerjasama semua Ketua-ketua Bahagian UMNO untuk memastikan selepas ini mereka bersedia menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

”Fokus kini adalah berhubung pentadbiran kerajaan negeri yang baharu dan kami tiada masalah kerana kita telah mendapat sebuah kerajaan yang stabil,” katanya.

Dalam pada itu, Ab Rauf menyerahkan kepada pucuk pimpinan parti itu sama ada mahu menggunakan model parti itu pada PRU-15 sehingga membawa kejayaan besar dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Katanya, penampilan 86 peratus muka baharu dalam PRN kali ini terbukti membuahkan hasil apabila rakyat dan pucuk pimpinan BN dapat menerima formula itu dan diterjemahkan melalui keputusan PRN semalam.

Sulaiman mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri awal pagi tadi selepas Barisan Nasional berjaya memenangi 21 daripada 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandingi parti itu. –BERNAMA

Berkaitan

Baca Juga

Renjer maut, 9 cedera letupan berkembar di Sungai Padi, Narathiwat

Seorang renjer tentera terbunuh, manakala tujuh anggota polis dan dua orang awam cedera dalam letupan bom di sebuah kebun getah dalam daerah Sungai Padi,...

Kerajaan lambat, penternak tanggung akibat apabila sekatan ditarik, kata pembekal ayam

Ayam memerlukan perancangan 40 hari bukannya serta-merta. Ketiadaan jawapan daripada kerajaan menyebabkan penternak kerugian kerana tidak dapat merancang untuk memenuhi permintaan baharu dari...

[VIDEO] Murid Tahun Enam Guna Telefon Bimbit Sedang Dicas Maut Dipanah Petir

GUA MUANG: Polis mengesahkan kematian kanak-kanak 12 tahun yang maut ketika menggunakan telefon bimbit, di sini, semalam 15 Ogos 2022 adalah akibat renjatan elektrik...

[VIDEO] Wanita warga emas hilang dijumpai semula lepas 5 hari

BATU PAHAT – Wanita warga emas yang dilaporkan hilang selepas keluar mencari daun kelapa sawit untuk dijadikan penyapu lidi pada 10 Ogos lalu ditemui...

[VIDEO] Bekas pengarah urusan BNS didakwa pecah amanah RM21.08 juta

Bekas Pengarah Urusan Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd  (BNS) Tan Sri Ahmad Ramli Mohd Nor dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas...

Projek LCS: Bekas pegawai BNS akan didakwa dibawah CBT pada 16 Ogos

Seorang bekas pegawai tinggi Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) akan didakwa atas tuduhan jenayah pecah amanah (CBT) berhubung skandal Littoral Combat Ship (LCS)...

[VIDEO] Atlet Muay Thai meninggal dunia selepas pukulan knockout petinju Malaysia

Seorang petinju dari Thailand yang juga peserta Kejohanan Muay Thai Ambang Merdeka 2022 di Padang Kolej Uniti Kota Bharu, Kampung Che Deris Badang di...

[VIDEO] Penduduk teruja lihat kapal layar mewah RM200 juta

KANGAR: Kehadiran sebuah kapal layar mewah jenis Adastra di muara Sungai Perlis, Kuala Perlis berhampiran Terminal Feri Kuala Perlis, di sini semalam ternyata menggamit...

[VIDEO] Pengkid berpakaian ihram boleh terkeluar Islam, murtad

Tindakan individu didakwa wanita berperwatakan lelaki berpakaian ihram di hadapan kaabah boleh dianggap sebagai mempersendakan agama yang dikhuatiri menyebabkan dia terkeluar daripada landasan Islam. Mufti...

[VIDEO] Salman Rushdie parah, perlukan mesin ventilator

WASHINGTON – Pengarang Britain, Salman Rushdie terpaksa menggunakan mesin ventilator dan berisiko hilang satu mata selepas ditikam berulang kali dalam satu acara kesusasteraan di...

[VIDEO] Tekong darat pandu 30km lawan arus bawa enam PATI dicekup

GUA MUSANG: Tindakan nekad seorang tekong darat yang membawa enam pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar melarikan diri sejauh 30 kilometer (km) membawa...

Parti Liar: Datuk Seri antara 25 ditahan di Janda Baik

BENTONG -- Seorang lelaki bergelar “Datuk Seri” merupakan antara 25 individu ditahan dalam “parti liar” di sebuah banglo yang disewa di Janda Baik, Bukit...