Saksi adik rentung depan mata - pakdin.my

KUALA TERENGGANU – Seorang abang melalui pengalaman tidak dapat dilupakan apabila melihat adiknya meraung dan meronta-ronta di depan mata sebelum rentung ketika terpe­rangkap dalam kenderaan yang terbakar di Jalan Kuala Terengganu-Kuala Berang kelmarin.

Mohd. Jasmani Jaafar, 50, ber­kata, dia dihalang oleh orang ramai untuk menyelamatkan adiknya, Mohd. Azizi, 37, ketika melihat Allah­yarham cuba keluar melalui tingkap kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Alza.

Kejadian pada pukul 7.05 malam dekat Kampung Wakaf Beruas itu berlaku ketika Mohd. Azizi sedang mengekori ambulans yang membawa bapanya, Jaafar Abdullah, 76, pulang ke rumah di Wakaf Mempelam di sini dari Hospital Sultanah Nur Zahirah.

Mohd Azizi Jaafar yang menghidap asma kronik dan darah tinggi diminta dibawa pulang selepas keadaannya sudah nazak selain bagi memenuhi permintaannya untuk meninggal dunia di rumah.

“Ketika itu saya berada di dalam ambulans kerana mene­mani bapa sebelum ternampak api marak daripada MPV dipandu Mohd. Azizi disusuli dengan letupan kecil.

“Saya nampak adik cuba melepaskan diri dan saya berlari untuk menyelamatkannya sebelum dihalang oleh orang ramai. Saya lihat dia menjerit dan meronta-ronta sebelum senyap dan saya hanya mampu menangis hiba,” katanya ketika ditemui.

AHLI keluarga menitipkan doa di sisi kubur Mohd. Azizi dan Jaafar yang disemadikan bersebelahan di Tanah Perkuburan Baharu Kampung Wakaf Mempelam, Kuala Terengganu semalam.Tambahnya, kesedihan tidak berakhir di situ apabila bapanya pula meninggal dunia pada pukul 5 pagi selang 10 jam selepas adiknya ‘pergi’.

Sementara itu, isteri Mohd. Azizi, Roslinda Mohd. Ramzi, 37, berkata, dia terkedu apabila kehilangan dua insan tersayang dalam tempoh tidak ­sampai 24 jam.

Tambahnya, sebelum kemalangan, arwah suaminya sempat menghantar audio menerusi aplikasi WhatsApp memaklumkan ambulans yang membawa ba­panya hampir tiba di rumah.

“Pada awalnya saya sangka abang ipar bergurau apabila memaklumkan mengenai kejadian itu kerana arwah suami baru sahaja menghantar pesanan.

“Arwah suami juga beriya-iya mahu membawa ayah yang tenat pulang dan tak sangka kasih dua beranak itu berakhir dengan kematian yang dekat,” kata ibu kepada tiga anak itu.

Tambahnya, arwah suaminya sebelum itu bersungguh-sungguh mahu mengiringi bapanya yang tenat pulang ke rumah sebagai memenuhi permintaan terakhir ayah mentua saya.

“Sejak kebelakangan ini, sikap arwah suami yang bekerja sebagai mekanik berubah apabila agak tergesa-gesa menyiapkan tugasannya seolah-olah petanda yang dia akan meninggal dunia,” katanya.

Jenazah dua beranak itu dikebumikan bersebelahan di Tanah Perkuburan Baharu Kampung Wakaf Mempelam.

Dalam pada itu, Pengarah Bomba dan Penyelamat Malaysia Terengganu, Md. Hilman Abd. Rashid berkata, siasatan pihaknya mendapati MPV itu membawa empat tangki gas termasuk oksigen.

“Kebakaran dipercayai tercetus ketika mangsa sedang memandu. Sebuah kereta jenis Pe­rodua Viva yang diletakkan di tepi jalan turut terbakar 60 peratus.

“Mangsa melecur 90 peratus. Punca kejadian masih disiasat,” katanya.

https://ulekmayang.com/empat-tangki-gas-dalam-mpv-meletup/

UTAMABERITASaksi adik rentung depan mata

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium