Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]
UtamaGAYA HIDUPDuit minyak Arab perosak...

Duit minyak Arab perosak bola sepak - pakdin.my

PENGAMBILALIHAN kelab Newcastle United oleh Dana Pelaburan Awam (PIF) Arab Saudi nyata menggembirakan para peminat The Magpies.

Ketika bola sepak melalui proses evolusi yang cukup pantas faktor kewangan menjadi satu elemen yang amat penting.

Jika 10 atau 15 tahun lalu, mendapatkan pemain pertahanan dengan nilai £30 juta (RM170 juta) dianggap melampau tetapi kini kelab-kelab biasa tidak sukar untuk menjual pemain mereka yang menjadi buruan kelab-kelab kaya.

Proses pemilikan PIF Arab Saudi untuk mengambil alih Newcastle tidaklah semudah yang disangka apabila mereka sepatutnya menyelesaikan urusan tersebut sejak 18 bulan lalu.

Biarpun akhirnya impian itu menjadi kenyataan September lalu, namun pihak pengurusan Liga Perdana Inggeris terus menerima tekanan menyebabkan beberapa peraturan baharu terpaksa diperkenalkan untuk memastikan kuasa wang taikun dari benua Arab ini dapat dikawal.

Sebelum ini, Manchester City terpalit dengan skandal memanipulasi kekayaan pemiliknya apabila sebuah laman sesawang pada 2018 telah mendedahkan bahawa bekas pengurusnya, Roberto Mancini menerima gaji daripada dua pihak iaitu daripada pihak kelab dan Al Jazira Sports and Cultural Club, milik Sheikh Mansour dari Emiriyah Arab Bersatu yang merupakan kuasa petroleum dunia.

Situasi itu berlaku apabila kelab-kelab kaya ini mahu mengelak daripada dikenakan tindakan menerusi Peraturan Kewangan Adil (FFP).

Menerusi peraturan baharu berkenaan, sebarang pembayaran gaji pemain dan staf termasuk penajaan perlu diumumkan kepada Liga Perdana Inggeris.

Sebelum ini, Paris Saint-Germain yang dimiliki oleh Pihak Berkuasa Pelaburan Qatar yang diketuai Presidennya, Nasser Al Khelaifi mencipta kejutan apabila membayar sebanyak RM1.1 bilion kepada Barcelona untuk mendapatkan khidmat Neymar.

Perpindahan sensasi itu sekali gus mengubah pola nilai perpindahan pemain sehingga menimbulkan keresahan.

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Bayern Munich, Karl-Heinz Rummenigge menyatakan kebimbangan dengan gaji pemain di beberapa kelab yang disifatkan sebagai merosakkan integriti sukan.

Menurutnya, kehadiran jutawan di kelab-kelab Eropah terutama dari benua Arab menjadikan aspek kewangan tidak terhad hingga ada yang melanggar FFP.

Awal musim ini menyaksikan perpindahan Jack Grealish dari Aston Villa ke Manchester City menelan kos €117.5 juta (RM558.8 juta), Romelu Lukaku ke Chelsea bernilai €115 juta (RM546.9 juta).

Sementara itu, Presiden Real Madrid, Florentino Perez juga turut menyelar tindakan tersebut.

Kekecewaan Perez itu ekoran keengganan PSG untuk melepas Kylian Mbappe biarpun ditawarkan dengan nilai yang tinggi sehingga beliau menuduh bahawa kelab itu bukan sebuah entiti yang bersifat perniagaan sebaliknya sumber kewangan mereka mendapat bantuan daripada negara Qatar sendiri.

Facebook Comments

Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]

Berkaitan

Baca Juga

Isteri maut, suami kritikal keracunan makan ikan buntal

“Siasatan dibuat mendapati, ikan yang dipesan mereka datang daripada seorang nelayan di Endau, Mersing dan diproses oleh pengedar di Batu Pahat. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162963

[VIDEO] Pelukis pelan didakwa hantar komunikasi jelik

Muhammad Firdaus Embong, 39, selaku orang kena saman (OKS) didakwa menggunakan aplikasi Facebook 'Firdaus Embong' untuk membuat dan memulakan penghantaran komunikasi berbentuk gambar dan teks yang jelik sifatnya dengan niat untuk menyakiti hati orang lain BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162952

[VIDEO] Detik-detik kubah Masjid Tifatul runtuh ketika Salat Tarawih, 14 Jemaah cedera

Akibatnya, sekurang-kurangnya 14 mangsa dcedera dan 5 daripadanya dikejarkan ke hospital berhampiran, akibat kecederaan parah. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162939

[VIDEO] Mahkamah Rayuan benar permohonan Ahmad Zahid dapatkan pasport secara kekal

Menerusi afidavit sokongan, Ahmad Zahid berkata hakim Mahkamah Tinggi terkhilaf dan salah dalam menggunakan budi bicara ketika menolak permohonannya untuk mendapatkan dokumen itu secara kekal. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162928

[VIDEO] Pemilihan UMNO Bawa Gelombang Baharu, Bersama Rapatkan Saf Demi Pengukuhan – Zahid

Saya harus bersama-sama dengan mereka untuk membina kekuatan baharu dan merapatkan saf barisan kepimpinan di setiap peringkat,” katanya. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162918

Soon Huat-Shevon kempunan raih gelaran Terbuka Switzerland

Soon Huat-Shevon yang turun sebagai pilihan keenam kejohanan terpaksa akur, apabila penampilannya pada musim ini disekat Jiang Zhen dan Wei Ya BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162907

[VIDEO] Bencana alam melanda tiga kawasan di Sumatera Barat mengakibatkan seorang maut

Sementara itu, puting beliung melanda Desa Lubuk Begalung di Lakitan Nagari Selatan, Kecamatan Lengayang, Kabupaten Pesisir Selatan BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162896

[VIDEO] APMM Kelantan tahan empat bot, 31 nelayan Vietnam ceroboh perairan negara

Keempat-empat bot juga tidak memiliki permit untuk menangkap ikan di bawah Akta Perikanan 1985. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162883

[VIDEO] 3 pendaki terkandas di Gunung Liang diselamatkan

Kesemua mangsa tidak dapat turun ke kaki bukit atas faktor cuaca dan laluan merintangi sungai telah dinaiki air disebabkan hujan lebat berterusan BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162873

[VIDEO] Dua jemaah pada Subuh maut akibat tanah runtuh ketika berada di dalam tandas masjid di Agam

Ketika ditemui seorang telah meninggal dunia, dan seorang lagi dalam keadaan kritikal BACA seerusnya di: https://pakdin.my/162861

[VIDEO] 60 mangsa banjir dipindah ke PPS di Taiping

Banjir berpunca daripada hujan lebat berterusan melebihi dua jam dan melibatkan kawasan perumahan yang rendah BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162851

Kami perlu lebih pantas dalam aksi menentang Hong Kong – Darren

Pan Gon berkata beliau menuntut banyak daripada pemain sepanjang perlawanan dan melihat sebahagian mereka bergelut untuk mengikut rentak BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162838