PERISTIWA SEBAGAI PENGAJARAN
More

    Piala AFF: Indonesia atasi skuad ‘tempang’ Singapura untuk ke final

    Indonesia melangkah ke perlawanan akhir Kejuaraan Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) 2020 selepas mencatat kemenangan 4-2 ke atas Singapura, yang beraksi dengan lapan pemain pada aksi separuh akhir kedua penuh dramatik, malam ini.

    Keputusan itu menyaksikan skuad Garuda mara dengan keputusan agregat 5-3, sekali gus mencerahkan misi mereka untuk merangkul kejuaraan Piala AFF pertama, selepas gagal dalam lima percubaan di pentas final sebelum ini.

    Pada aksi di Stadium Nasional Singapura yang berlanjutan hingga 120 minit masa permainan, Singapura mengharungi permainan itu dengan sembilan pemain selepas Safuwan Baharudin dan Irfan Fandi diperintah keluar padang masing-masing pada minit ke-45 dan ke-66.

    Kesempatan itu digunakan sepenuhnya Indonesia untuk mendapatkan dua gol pada masa tambahan menerusi jaringan sendiri Shawal Anuar pada minit ke-91, sebelum Egy Maulana meledak gol keempat pada minit ke-105 untuk mengesahkan kemenangan pasukan.

    Terdahulu, aksi dramatik itu bermula seawal minit ke-11 selepas Ezra Walian meletakkan Indonesia di hadapan dan jaringan itu mengubah tempo permainan menjadi lebih pantas sebelum Singapura menerima padah apabila Safuwan menerima kad kuning keduanya pada penghujung babak pertama.

    Keputusan pengadil Kassem Matar Al-Hatmi dari Oman itu tidak mematahkan semangat Singapura yang menyamakan kedudukan sejurus Safuwan melangkah keluar dari padang, menerusi pemain sayap Song Ui-yong berpunca dari sepakan percuma.

    Babak kedua menyaksikan perlawanan bertambah panas dan Singapura semakin tertekan selepas Irfan dilayangkan kad merah kerana menyiku pemain lawan, namun selang lapan minit kemudian Singapura berjaya mendahului 2-1 menerusi sepakan percuma yang cukup menarik dari Shahdan Sulaiman pada minit ke-74.

    Seakan kemenangan berpihak Singapura untuk mara ke final buat kali pertama sejak 2012, pemain gantian Pratama Arhan muncul watak pemusnah apabila menyamakan kedudukan 2-2 buat Indonesia pada minit ke-88, sebelum beliau kemudian memberikan sepakan penalti kepada pasukan tuan rumah.

    Namun, kesempatan itu gagal dimanfaatkan sepenuhnya Singapura selepas sepakan Faris Ramli berjaya diselamatkan penjaga gol Nadeo Argawinata pada minit ke-89, sekali gus menyaksikan keputusan terikat 2-2 dalam 90 minit permainan sebenar.

    Pada 30 minit masa tambahan, jaringan sendiri Shawal dan gol Egy menafikan peluang Singapura ke final sebelum skuad bimbingan Tatsuma Yoshida dipaksa bermain dengan lapan pemain, selepas penjaga gol Hassan Sunny dilayangkan kad merah kerana kekasaran di luar kotak penalti.

    Menanti Indonesia di bawah kendalian Shin Tae-yong di pentas final adalah antara Thailand dan juara bertahan Vietnam yang akan beraksi dalam satu lagi perlawanan separuh akhir kedua di venue sama, esok, dengan kelebihan kepada Thailand selepas merakam kemenangan 2-0 pada aksi pertama, Khamis lalu.

    — BERNAMA

    Terkini

    Kemahiran Generasi Baharu dalam Era AI

    Konsert M2M kembali ke pentas selepas 23 tahun, kenangan mengusik jiwa

    Renjer tentera sukarelawan cedera terkena bom di Pattani, Thailand

    UMNO cadang tubuh Institut Kepimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi

    Kemalangan truk FRU: Jumlah mangsa maut meningkat kepada sembilan, semua anggota FRU

    PKR 2025 Election: Continuity of Anwar Ibrahim’s leadership

    Popular

    [Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

    Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

    PROTON terus catat jualan memberangsangkan

    Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

    China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

    Video dan SD: Hubungan semburit Anwar Ibrahim dan Aidil Azim @ Raja Goyang terbongkar

    Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

    Berkaitan