Banjir: Kerajaan dah bagi bantuan kewangan, tiada i-Citra RM10,000, kata PM

Kerajaan tidak bercadang membenarkan pengeluaran i-Citra Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) RM10,000 sekali lagi walaupun didesak beberapa pemimpin politik selepas rakyat berdepan bencana banjir.

Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob, berkata ia berikutan kerajaan sudah menyediakan bantuan kewangan kepada syarikat dan individu bagi meringankan beban mereka yang terjejas.

“Kalau beri alasan nak buka perniagaan baru kerana terjejas banjir, TEKUN sudah tawar RM10,000, pinjaman mudah tanpa faedah dan moratorium tak perlu bayar setahun.

“Bank seperti BSN juga akan beri pinjaman RM10,000 secara pinjaman persendirian untuk beli barangan keperluan asas rumah dengan tanpa faedah dan enam bulan moratorium,” katanya pada sidang media selepas menghadiri program gotong-royong pembersihan kawasan terjejas banjir di Taman Sri Nanding dan Kampung Dusun Tua.

Sebelum ini, Ketua Pemuda Umno, Asyraf Wajdi Dusuki, memohon kerajaan atau mana-mana kesatuan sekerja tidak menggunakan alasan simpanan hari tua berhubung isu pengeluaran i-Citra KWSP sebanyak RM10,000.

Asyraf berkata, situasi pasca perintah kawalan pergerakan (PKP) amat sukar bagi kebanyakan rakyat, apatah lagi mereka yang hilang punca pendapatan akibat diberhentikan, dicutikan tanpa gaji, dipotong gaji dan kerugian perniagaan.

Beliau berkata, Bantuan Wang Ihsan (BWI) RM1,000 dijanjikan oleh kerajaan untuk mangsa banjir juga tidak mencukupi.

Mengulas lanjut Ismail berkata, wang simpanan KWSP adalah untuk kegunaan hari tua selepas tidak bekerja lagi.

Katanya, selepas memberi dua kali pengeluaran wang KWSP, sebanyak 20% Melayu dan Bumiputera tinggal hanya RM1,000 dalam simpanan mereka.

“Kalau pencen nantu automatik akan jadi miskin tegar,” katanya.

Rebat bil elektrik

Sementara itu, Ismail berkata Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan memberikan rebat 100% pembayaran bil elektrik bulan ini untuk membantu mangsa banjir.

Katanya, bantuan itu akan meringankan dan membantu 72,000 mangsa yang terjejas.

Beliau berkata, Perodua juga akan memberi bantuan percuma kepada pengguna kereta jenama itu dari segi perkhidmatan trak penunda dan upah buruh.

“Alat ganti pula diberi diskaun 50% oleh Perodua,” katanya.

Ismail berkata, kerajaan akan mewujudkan satu jawatankuasa khas untuk menghadapi gelombang kedua banjir yang dipengerusikan Ketua Setiausaha Negara.

Facebook Comments

BERKAITAN

Kategori:

TERKINI

Padah benarkan pelajar perempuan ambil gambar tanpa baju

Guru seni wanita, 41, dipecat selepas membiarkan pelajar berusia 15 tahun bergambar TANPA BAJU dan murid lain membuat simulasi melancap dan memegang botol alkohol...

Kesesakan LRT: PH melalak dan merapu sembang fasal dasar pengangkutan awam, rakyat teraniaya

Korang nak tahu tak fasal LRT 3 yang dijangka dirasmikan dan digunapakai tahun 2023 nanti actually tersasar dari jadual asal sepatutnya tahun 2020 dah...

Gol pelik punca Selangor diratah JDT

Ketua jurulatih Selangor FC, Michael Feichtenbeiner menyifatkan dua gol pada awal permainan yang dijaringkan Johor Darul Ta'zim (JDT) mematahkan semangat pemainnya hingga diratah 1-5...

[Video] Jalan sesak akibat Kemalangan 2 lori terbalik di KM 425.7 (arah utara) PLUS Utara di antara Bukit Beruntung & Bukit Tagar.

Kejadian berlaku kira-kira jam 10 pagi di KM425.7 (arah utara) Lebuhraya Plus diantara Bukit Beruntung ke Bukit Tagar. Kesesakan berlaku sejauh 18 kilometer dari Rawang...

Syed Saddiq mempergunakan nama ibu bapa untuk berbohong?

Syed Saddiq didakwa mengeluarkan wang tunai RM1.12 juta secara tidak jujur daripada akaun bank PPBM untuk kegunaan sendiri. Daripada situ, dia menggunakan RM100k untuk membeli...

[Video] Seorang daripada dua remaja hilang akibat arus deras di Penampang ditemukan

Penampang: Seorang daripada mangsa yang dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus deras di Sungai Kampung Pogunon, sejak semalam, ditemukan lemas di Sungai Moyog Kampung Pagansakan...

SPRM akan siasat individu terima dana UKSB termasuk Muhyiddin Yassin

SPRM dalam kenyataan berkata, agensi itu juga mengesahkan sudah menerima beberapa aduan terhadap individu terbabit Siasatan yang akan dijalankan mengikut bidang kuasa yang...

Artis versetile, Adibah Noor meninggal dunia

Ramai peminat masih tidak dapat menerima kenyataan pemergian artis versatile Adibah Nor. Media sosial di penuhi dengan berita pemergian beliau. Berita awal mengenai pemergian Allahyarham...

2 remaja maut motosikal bertembung kereta di Kalumpang

HULU SELANGOR: Dua remaja lelaki maut selepas motosikal dinaiki mereka, bertembung sebuah kereta di Kilometer 75 Jalan Kuala Lumpur-Ipoh dekat Taman Keliang, Kalumpang di...