Demi Lovato mempersembahkan lagu di hadapan hantu - pakdin.my

Penyanyi dan pelakon Hollywood Demi Lovato menyelami aktiviti paranormal dalam program TV terbarunya, Undentified With Demi Lovato.

Di dalam episod kedua program itu, Demi bersama rakannya dan seorang penyiasat paranormal, Chris Smith pergi ke sebuah bandar tinggal di Arizona, Amerika Syarikat.

Mereka melawat sebuah bekas rumah pelacuran di mana mereka menemui satu roh bernama Carmen yang didakwa mempunyai dendam terhadap lelaki kerana kejadian buruk yang dihadapinya sepanjang bekerja disitu.

Memetik laporan Pop Crush, pasukan Demi berhubung dengan Carmen menggunakan alat EMF yang dikatakan mampu mengeluarkan bunyi apabila ada roh yang cuba berhubung dengan manusia.

Demi cuba berkomunikasi dengan roh itu dengan bertanya sama ada dia pernah nampak makhluk asing atau UFO, namun alat EMF tersebut tidak mengeluarkan sebarang bunyi.

Pelantun lagu Heart Attack itu kemudian beranggapan roh tersebut tidak mahu berhubung jika ada dua orang lelaki di dalam bilik itu.

“Awak tak nak cakap apa-apa sebab ada lelaki dalam ni?” tanya Demi

Alat EMF itu mengeluarkan bunyi tajam yang mereka sangka roh tersebut setuju dengan pertanyaan Demi.

Demi mendakwa roh tersebut mempunyai trauma dengan lelaki.

Dua orang lelaki yang menemani Demi menyuruhnya untuk menyanyikan lagunya yang bertajuk ‘Skyscrapper’ kepada Carmen sebagai tanda kekuatan kepada roh itu.

Selepas Demi habis menyanyikan lagu, alat EMF itu mengeluarkan bunyi “beep” sebanyak tiga kali menandakan respon positif.

“Itu adalah tepukan gemuruh paling gempak saya pernah dapat,” kata Demi.

Video Demi menyanyikan lagu kepada hantu itu berlegar-legar di media sosial sehingga ada yang menjadikannya sebagai ‘memes’.

Sumber: Pop Crush

UTAMABERITADemi Lovato mempersembahkan lagu di hadapan hantu

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium