Azzam Sham Selamat Bernikah Dengan Sheryl Shazwanie - pakdin.my

Dengan sekali lafaz, penyanyi Azzam Sham, 25, selamat mendirikan rumah tangga dengan penyanyi Sheryl Shazwanie, 25, tepat jam 10 pagi tadi.

Memilih tarikh tahun baru untuk mengakhiri zamab bujang, majlis pernikahan mereka diadakan di Masjid Nurul Ehsan Taman Medan, Petaling Jaya, Selangor.

Ketika dihubungi oleh Harian Metro, Azzam memohon maaf kerana tidak berkongsi perkara itu bagi memenuhi permintaan kedua belah keluarga.

“Sebenarnya majlis pernikahan sudah rancang lama. Tarikh hari ini pun dipilih dan dipersetujui kedua belah keluarga, malah mereka juga minta kalau boleh tidak dihebahkan sebab majlis hari ini hanya membabitkan keluarga saja,” katanya.

Pada majlis itu, Azzam menyerahkan mas kahwin RM300 berserta wang hantaran RM12,000.

Pasangan ini menjalin persahabatan semenjak enam tahun lalu tetapi mula menjalin hubungan pada tahun 2019 dan bertunang pada 30 September tahun lalu.

Sumber: Harian Metro
Kredit foto: Faridsm Production

UTAMABERITAAzzam Sham Selamat Bernikah Dengan Sheryl Shazwanie

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium